Langkau ke kandungan utama

azam tahun 2011

saya ni pemalu orangnya... dan low profile.. hehehe
jadi saya tak suka menulis azam saya di public
tp utk matjoe, saya tulis juga sebahagian dr azam saya.

azam 2011 saya yang boleh saya kongsi di sini balance dr 4 aspek.




1) education: kalau diizinkan Allah saya mampu berusaha keras dan tabah... jika saya lulus semua paper tahun 2011, pada penghujung 2011 saya akan tamat pengajian. pengajian Bachelor of Legal Studies yg sepatutnya mengambil masa 5 thn iaitu 10 semester dpt ditamatkan dlm masa 9 semester sahaja. tapi jika tidak, saya tetap akan tabah meneruskan semester ke 10 pada awal 2012. :)

2) family: saya berazam akan mencari duit dan pergi ke Germany bersama2 mak saya. kami nak melawat adik saya dan keluarganya di sana. hm..azam ni saya sangat berharap, tp saya tahu bukan mudah. saya akan memikirkan cara termurah utk ke sana. mungkin ambil air-asia ke london then amik low-cost european flight.. atau amik train. modal mungkin pertengahan 2011 baru ada.

3) kewangan: tahun depan saya harap impian saya nak memiliki sebuah landed commercial property akan tercapai. mulai tahun depan juga, saya ingin mempraktikkan 6 jars of money sptmana yg diajar oleh milan doshi dan michael tan.

4) kesihatan: saya dan kawan saya, chan target nak lari half marathon hujung 2011. sasaran kami, penang marathon 2011. utk target ini, saya kena cukup bersedia.. wpun saya tahu at the end of the running, saya akan join kelab kaki kengkang juga (sakit kaki sbb lari) hehehe

ada beberapa azam lain yg saya akan tulis dan simpan dlm almari.. bukan utk tontonan umum... :)


contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz(rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'

Ulasan

pak wan berkata…
selamat menggapai azam2 tersebut... dah kupas eh pasal 6 jars of money tu? cam menarik jekkk :)
Rohaniah Noor berkata…
ojah, saya lum kupas lagi. ok, next entri saya cerita pasal ni ye..
Farazila Wahab berkata…
selamat mencapai azam baru... moga-moga Allah permudahkan... Amin!
Rohaniah Noor berkata…
terima kasih fara.. amiiinnn
semoga fara pun dpt capai azam fara pula
Matjoe berkata…
thanks eun yong for joining this contest. dont forget to 'like' the picture in my facebook page

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...