Langkau ke kandungan utama

esok mengecat

esok saya akan membantu kawan saya mengecat rumah.
tengahari ni pergi beli cat dulu.
kawan saya baru dpt kunci utk rumah subsale yg dia beli.
lokasi taratak muhibbah harga jual 58K, markup snp jadi 65K
memang terbaek dr ladang la..

oleh kerana dier tak biasa sangat dgn kerja2 mengecat ni, maka otai dan planner adalah saya
so tghari ni saya yg akan shopping cat.
pemilihan warna adalah atas kebijaksanaan saya.. hehehehe
bijaksana sangat la kan..

teringat pulak projek2 mengecat saya sebelum ni.
saya dgn adik2 saya dan mak saya.. pernah sama2 mengecat rumah kami di pahang masa saya sekolah menengah
then lama tak mengecat...
hingga lah pada thn 2008 apabila penyewa rumah adik ipar saya keluar.
rumah di taman putra perdana, puchong.

condition cat rumah tu pada masa tu sungguh teruk. banyak kulat dan terkopak2.
kami kena mengecatnya semula sebab kami nak cari pengganti penyewa secepat mungkin.
lgpun adik saya tu duduk kuantan.
so kena la setlle cepat sebb esoknyanak kena balik kuantan dah..
takkan la saya mengecat sorang2 kan..

saya ingat lagi hari tu sabtu tp hari cuti umum.
susah betul nak cari kedai hardware yg bukak.
berpusing2 mencari sebab ilham nak mengecat tu dah lepas zohor baru datang.

kebetulan pula esoknya 1 ramadhan...
kami jumpa kedai cat yg dibuka dan berjaya beli cat dlm pukul 4 ptg.
pukul 6 ptg start mengecat.. straight sampai waktu sahur.. hampir pukul 5 pg.
balik rumah saya jap di desa pinggiran putra (pada masa tu) utk bersahur... then tido
pukul 10 pg dah pakat bangun semula dan bergerak semula ke rumah tu utk sambung mengecat.
saya je ada hal sikit, pukul 12 baru start semula.
kami mengecat sampai la dekat pukul 3 ptg baru selesai...
wah.. express... tak sampai 24 jam!

tenaga pengecat, mak, saya, 2 adik saya dan adik ipar.
tenaga sokongan moral = anak adik saya yg masa tu baru 3 thn kot.
adik saya pun masa tu baru je lepas keguguran...
sungguh tabah kami 2 hari tu.
hasilnya pun superb. siap ada feature wall lagi.. hihihi
sampai arini cat tu masih nampak cantik lagi.

heheh.. dan yg sedih dan lawaknya.. sepanjang malam mak ckp... mak tak terawikh malam ni...
malam pertama ramadhan.. hehehehe
apa boleh buat mak... demi anak2 terchenta... hehehehe

lepas projek tu, kami jd team pengecat famili.
cat rumah saya, rumah adik saya di kuantan dan turun bersama2 mengecat rumah kakak saya di jengka.
even adik saya yg bongsu tu involve sama masa saya terlibat projek mengecat rumah member kat vista angkasa.
cayalah!

so.. ok... besok main cat lagi!
alamak.. nak kena cari baju lama yg nak dirisikokan utk kena percikan cat la ni...

(sedih.. team mengecat cuma tinggal saya dan mak.. yg lain dah jauh...)

Ulasan

pak wan berkata…
Selamat mengecat.. Nampak dah x sabatr dah tuuu :)
Haruki berkata…
Have fun and create another masterpiece!
sitiezahim berkata…
huhu sedey beb..mengecat selepas DnC..
Rohaniah Noor berkata…
ojah, semangat.. tp tak siap gak dlm satu siang hari.. hahaha....

haruki, yes.. it will be a sweet and romantic purple house, i think..hehehe

sitie,.huhuhu.... seb baik sedih2 pun siap gak kurang 24 jam.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...