Langkau ke kandungan utama

taktik agent mau duit lebih

lama tak menulis... sebab di kampung saya internet sangat lah teruknya.
rasa mau komplen, tapi takde guna juga...

saya mau cerita pasal real estate negotiator yang tamak...
untuk pengajaran kita semua.

kisah berlaku 3 thn lepas.

saya pergi tgk satu rumah.. mmg best la rumah tu.
harga letak 170K... kata negotiator tu, negotiable... biasa la kan.. ayat biasa
lepas tgk rumah, saya mmg rasa berminat sangat. so, kami duduk kat kedai mamak utk bincang.

saya pun keluarkan ayat biasa... (dialog yg diringkaskan.. tak boleh tulis panjang2 sbb nak bersiap tgk konsert francissca peter.. hehehe)

saya: en R, harga ni negotiable kan..

en R: boleh la kurang sket2...

saya: kasi 165K la..
(saya tak reti sangat masa ni... minta kurang pun sikit je..)

en R: hm.. macamni la... saya boleh cuba mintak dgn owner kurang jadi 165K... tapi kita kasi win-win la..

saya: (blur) win-win macamana?

en R: saya kurgkan harga 165K, awak suda jimat 5K. awak kasi saya cash 3K, awak amik la diskaun 2K... (muka confident)

saya: ha? kenapa saya kena kasi cash 3K?

en R: sebab saya sudah kasi awak jimat 5K la... awak kongsi la dgn saya.. kasi saya cash 3K.

saya: (kira dlm hati.. kalau 170K, deposit kuar cash 10% = 17k.. kalau 165k? 16,500 + 3k = 19,500?.. gile ke?) Takmo la... saya kena keluar cash banyak.. apa hal pulak... kasi turun harga 165K je la...

en R: ok la okla.. kita share 50-50.. awak kasi saya cash 2,500.. awak jimat 2500..

saya: takmola!

en R: takpun, saya usahakan awak dpt diskaun jd harga 160K.. awak jimat 10K.
so awak jimat 10k kan.. awak bayar saya cash 5k.. 50-50...

saya : ( ckp dalam hati: giler la ejen ni..)
takmo la.. kalau harga 170K, saya keluar cash 17K je.. ni kalau harga 160k, saya keluar cash 16k + 5k kasi kat awak.. tak pasal2 saya keluar cash 21K. saya nak jimat cash

en R: awak sudah untung 10K kan... win-win la...

saya: takmo takmo.. baik kekalkan harga 170K je.. saya keluar 17k je..

en R: hm.. ok la..

saya: takper la.. saya fikir dulu la... nnt esok saya call u semula.

masa en R dok belek2 buku dier, kawan saya yg teman saya tgk rumah ternampak no tel atas nama owner.. sebab sblm tu saya dah tanya dier saper nama owner, dier bagitau nama org tu M.

bangun je dr situ, kawan saya suruh saya simpan no tu.

esoknya saya call owner, cerita la cubaan dier nak menipu.

owner tanya saya dtg dengan ejen saya sdr ke? saya jwb la tak.. saya dtg dgn member perempuan sorg
kemudian owner cerita, en R tu kelentong kata saya dtg dgn ejen saya sdr.. lelaki...
so en R tu mintak double komisen sebab nak kena bayar 2 org ejen...

hm.. ni namanya kelentong nak makan lebih kat dua2 belah pihak
kat saya dier mintak cash, kat owner minta komisen double...

untuk kawan2 semua, berhati2 dgn negotiator yg tak beretika begini.

utk en R, lagu ini saya tujukan utk anda...




Ulasan

sourplum berkata…
cmni cara die
nice
Haruki berkata…
Wow Eun-yong, thanks for sharing. This is why Sara says: "Don't know what kind of negotiators are out there..."
Mohd Aslam berkata…
perghh...senang gile nk amik duit org..
Matjoe berkata…
ini macam pun ada, hampeh nyer agent, takde etika langsung
kambingselam berkata…
negotiator yg x beretika..nampak duit jaa nie..bling2..mau nyanyi lagubpoetic ammo..Monay Monay depan muka dia...huhuhu
Rohaniah Noor berkata…
sourplum, hm.. tak biasa dgr kan taktik menipu mcm ni.. hehehe

haruki, i think we need to be extra careful when dealing when negotiators. luckily i am note become his victim.

aslam, ada.. macama2 org ada..heheh

matjoe, monay monay monay...show me the monay..

sitie, seb baik bukan sitie kt dlm dialog akak tu.. hehehe

kambingselam.. kan kan kan.. kalau jumpa org mcm ni lagi, kita naynyi lagu ni siap dgn rap depan dier ye..
my my my my my.. show me the monay
my my my my my .. i need more monay..
heheheh
Jom2Lelong berkata…
berhati2 dgn agent... mmg ada jenis mcm ni... walau saya agent, saya tak nafikan di sebabkan duit diorg sanggup menipu... thanks for sharing..
Rohaniah Noor berkata…
jom2lelong, tu la.. kena berhari2.. nasib baik saya gunakan common sense je masa tu.. dlm kepala dok fikir nak jimat cash je..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...