Langkau ke kandungan utama

Kami bersemangat dan menghitung hari



Wahhhhh...
Lagi beberapa hari sharing session HOW WE MAKE MONEY FROM PROPERTY INVESTMENT: A FAST TRACK akan berlangsung.
Sabtu dan Ahad ini di International Youth Club, Bandar Tun Razak, KL.
Bilik Sakura.

saya dan kawan2 blogger sudah bersemangat membuat persediaan.

Sesi ini kecil sahaja... kami cuma ingin bertemu dgn kawan2 pembaca blog dan berkongsi dengan mereka pengetahuan kami yang ada di antaranya susah nak diceritakan di blog.

Ya, pada asalnya kami nak buat session ni hanya utk kawan2 terdekat sahaja.. namun tiba2 kami terfikir, apa salah nya buka sedikit untuk pembaca-pembaca blog yg lain yang selama ini sudi singgah di blog kami.

Walaupun kehadiran anda di blog saya ini mungkin secara terang-terangan melalui komen.. atau melalui diam-diam ubi berisi.. sebenrya amat saya hargai.

Ada yg masih menghantar emel kepada saya.. kenapa saya tiba2 mendiamkan blog ini..
hm.. nanti akan saya ceritakan.
namun demi minat yg mendalam pada hartanah, saya sebanrnya tidak berdiam diri..
tetap ada aktiviti berkaitan.

hm.. tak sabar nak bertemu kawan2 semua sabtu ahad ini.
sesi nanti adalah satu sejarah besar kepada saya dan kawan2 blogger lain sebab ini pertama kali kami melakukan sesi sebegini.

So setakat ini kami masih ada limited seat lagi utk sesiapa berminat.
Sesiapa yang biasa attend seminar hartanah, mereka tahu harga sesi ini mmg tak munasabah.
Sebab ini bukan preview tau.. ini sesi penuh 2 hari 8 jam sehari.
Siap dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang.
Memang harga yang terbaekkkk la...

Kami ada banyak hand out nak dikongsikan.
Kami ada banyak cerita nak disampaikan.

Doakan saya dan kawan2 dapat organise sesi ini sehabis baik.
Kami mahukan sesi santai yang sungguh informatif tetapi menyeronokkan.

Boleh baca maklumat lanjut sesi ini di sini ye


(sign tu ada silap sikit.. sepatutnya Property & Co bukan Property.Co
tapi kami dah minta dibuat pembetulan.. so takde masalah....)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...