Langkau ke kandungan utama

pencarian bermula.. pangsapuri sri tanjung



sambung cerita realiti kak as.

sebelum saya tamat exam, beberapa kali saya ditanya oleh kak As setiap kali berjumpa.
"Bila kita nak tengok rumah?"
Saya hanya sengeh dan jawab, "Hm.. tu lah... Nanti bagi saya lepas exam dulu ye kak As"

Exam semester ke8 saya berakhir 5 mei yg lepas. (fuhhh belajar lama giler macam nak buat medic je..)
kemudian saya start ajar kak as tengok-tengok iklan rumah for sale di beberapa kawasan yang dia target.
Dia baru bermula dari zero kan... so ada lah kawan dia beritahu ada member2 mereka nak jual rumah di pangsapuri sri tanjung, seksyen 16 subang jaya.
saya pun ada juga kawan nak jual apartment di shah alam.
jadi kami set satu masa tgk rumah dalam satu masa yang sama.

Butiran pangsapuri sri tanjung
- tingkat 10
- 3 bilik tidur, 1 bilik air (sebenrnya 2 bilik air tp mereka renovate jd 1 bilik air yg lebih luas)
- ruang tamu dah renovate
- nak jual dgn 4 aircond
- tingkap pun renovate
-keluasan 650 sqft
-Freehold

Harga jual 80K
tapi kalau tak mahu aircond, mereka boleh kurangkan 75K
kadar sewa di kawasan tu lebih kurang rm550 - 600
kalau kira rental yield = (550 x 12 x 100 ) / 80000 = 8.25%
hm.. boleh tahan.

Rumah ni dulunya owner duduk, tak disewakan.

bank valuation belum cek lagi. tp kalau google, org mmg jual dlm lingkungan harga 75k - 85K untuk basic unit.
so, saya rasa mungkin unit ni ok juga utk kami tgk.

kami ke sana petang. waalupun dah set appointment tapi owner tak dtg. rumah tu memang dah kosong.





Positif point:
- rental yield yg bagus.
- occupancy rate lebih 80%
- dekat dgn LDP ( kat tepi LDP je) . lokasi bagus.
- rumah dah renovate. mmg cantik.
- market penyewa adalah golongan bekerja sama ada keluarga atau bujang. USJ kan.. kawasan penuh manusia tu.

Negatif point

- tingkat atas sekali
-didapati keadaan apartment mmg kurang memuaskan. lif kat level tu panel dia dah tercabut. so kalau nak turun ke bawah, tak boleh tahan lif. kena turun ke tingkat bawah sebab kat situ ok.
- banyak kes pecah rumah
- rumah dah renovate. so harga jual tinggi sikit lah... heheh.. saya selalu prefer rumah tanpa renovation kalau kita beli utk disewakan. sebab boleh beli dgn harga lebih murah. lagipun sesetengah tenant tak peduli sgt renovation tu. habis rosak je nanti.
- 2 bilik air jd 1 bilik air? alamak... ni mmg tak best. sesuai utk duduk sdr tp utk valuation rumah?



Hm.. sedang saya menilai, kak as call la tuan rumah tu bgtau yg kami dah set appointment nak tgk rumah. ye lah.. kalau boleh nak masuk dalam rumah pulak.
sekali owner bgtau yg rumah tu dah dijual semalam.
anak owner yg merupakan kawan kak as tu mungkin terlupa nak bgtau kami supaya kami tak perlu datang dah..

hm.. takper.. at least kami melawat apartment yg belum pernah dilawati.
kak as pun perlukan pengalaman view rumah.

kisah akan bersambung lagi.

Iklan sebentar: bagi mereka yang nak memulakan perjalanan pelaburan hartanah anda sendiri atau mmg dah memulakannya tapi percaya pada lifelong learning, dijemput menghadiri sharing session oleh Property & Co pada 9 dan 10 Julai ini. Layari di sini utk maklumat lanjut.


Untuk kak as, jgn putus asa. ni baru rumah pertama. saya tujukan lagu ni utk kak as dan diri saya sendiri ye


Ulasan

sitiezahim berkata…
hehehe..kalau ada masa memang bes jenjalan servey kan..:D
Rohaniah Noor berkata…
haah... gi survey rumah mmg bes kalau time cuti sem.. hehehehe. ni namanya lawatan sambil belajar

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...