Langkau ke kandungan utama

Belum ada rezeki nampaknya

Di dalam azam saya tahun ni adalah mula menceburkan diri dalam pelaburan hartanah komersial
Tapi sebenarnya hujung tahun lepas saya cuba membeli satu unit kedai kos rendah di Subang Jaya.
Harga menarik, di bawah harga pasaran.
sewa pun mmg best. rental yield bagus.
penjual tu memang nampak penjual terdesak.
dia nak jual kedai tu segera.

Sekali apply loan punya susah nak lulus.. tu pun saya partner berdua.
agen hartanah tu dah bising sebab belum tandatangan s&p walaupun dah sebulan dari tarikh tandatangan offer to purchase.
tp yg jadi sampai sebulan tu pun sebab nak siapkan s&p ambil masa lebih 2 minggu.
lawyer vendor banyak komplen grammar s&p tu.. hahahahaha

puas mencari loan, last sekali Public Bank janji, insya allah boleh lulus.
kami pun senyum gembira la sebab harapan tu cerah
sekali public bank call saya
loan utk kedai ni tak boleh lulus
Sebab?
sebab vendor ni ada hutang lain dgn public bank
hutang tu yg vendor ni tak bayar
so, mahkamah dah keluarkan notice of bancruptcy
Dia belum bakrap tapi dah dapat notis kebankrapan
maknanya akalu buat bancruptcy search, memang tak nampak.
Nampak dia ok
Tapi sebab loan tu dengan public bank, maka public bank boleh detect org yg mereka dah hantar notis kebankrapan

hm.. bahaya kan..
sebab biasa kita atau lawyer kita buat bancruptcy search je..
bancruptcy search hanya semak kalau orang tu dah diistiharkan bankrap
tapi orang yg baru dapat nitis bankrap belum dikiran bankrap tapi mereka sepatutnya dah tak boleh buat sebarang perjanjian atau kontrak dengan sesiapa, seolah2 macam dah bankrap.

untuk kes ini, bersusah payah saya dan lawyer nak membuktikan yang dia dah dapat notis bankrap tu tau
sebab kami nak semula duit booking 3% tu
kenyataan orang public bank tu pulak tak boleh dijadikan bukti sebab maklumat ni private and confidential
nanti tak pasal2 orang bank yg nak tolong saya tu kena tindakan pulak
hm...
tapi alhamdulillah sabtu lepas dah dapat balik cek utk duit booking tu semula..
boleh lah simpan utk property seterusnya...

tapi, macamana saya buat utk butikan?
saya akan cerita kemudian..
:)

Ulasan

zz berkata…
waa.. camni pun ada, nasib baik public bank tu tau mamat tu bankrap..kalo buat loan ngan bank lain dah susah..pengalaman yang menarik..
Farazila Wahab berkata…
Alhamdulillah... semua yg berlaku ada hikmahnya...
Rohaniah Noor berkata…
zz, haaa tu lah. .seb baik mereka bgtau saya yg vendor tu nak bankrap. belum bankrap lagi...

fara, alhamdulillah kes ni settle juga kan..
sitiezahim berkata…
atleast dapat balik duit booking tuh huhuhu
blog-tips-kurus berkata…
pengalaman berharga ni. boleh jadi tempat saye merujuk nanti, kan? :-)

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...