Langkau ke kandungan utama

Property & Co sharing session batch julai 2011



alhamdulillah... sharing session property & co sesi julai 2011 telah selamat dan berjaya dijalankan.
sabtu 30 julai sampai ahad 31 julai 2011
tempat di first business inn, kuala lumpur.

ada 22 peserta semuanya.. semuanya muda-muda dan majoriti adalah lebih muda dari saya.
wahh,.. bagus nya kan anak muda kita sekarang.
muda-muda dah celik dgn pelaburan.
ramai juga yang dah pun membeli rumah sekurang-kurangnya satu. hebat!
saya percaya jika mereka terus komited begini, mereka akan berjaya, jauh lebih berjaya dari kami.
kami hanya berkongsi ilmu dan tips..
berkaitan strategi pelaburan, pemilihan hartanah, berkaitan tenant management, berkaitan tips lulus pinjaman, berkaitan pelaburan rumah lelong dan macam-macam lagi..
tapi semua ilmu itu tidak akan dapat dimanfaatkan jika tidak dipraktikkan.

terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta.
terharu saya melihat mereka sanggup habiskan masa sabtu dan ahad bersama2 kami belajar berkaitan pelaburan hartanah
lagi terharu sebab ada yang datang dari pulau pinang, johor bahru dan miri, sarawak.
wahhhh....terima kasih!
ada juga yang datang tu kawan lama saya.. wah.. terharu saya..
tapi saya dapati mereka semua ni memang bersemangat dan bercita-cita tinggi.
satu penghargaan saya dapat berjumpa dengan mereka.

alhamdulillah.. walaupun terpaksa ditunda akibat pertembungan dari tarikh bersih 2.0, mereka tetap sudi datang.



kali ni pertandingan team terbaik masih diteruskan.

terima kasih kepada Abang Ensem sudi datang berkongsi rahsia-rahsia beliau di dalam pelaburan hartanahnya..
memang beruntung sangat kami dan semua peserta
lagi beruntung sebab boleh jemput AE untuk bagi hadiah kepada kumpulan yang menang sebagai kumpulan terbaik.
so boleh la kami semua relaks sket dan ambil gambar je.. hehehehe
AE yang nakal dalam penulisan rupanya seorang jejaka yang pemalu dan sopan.. hm...
jangan tak sangka... hehehe....

selepas sesi ini ditunda, memang ada 8 orang tak dapat datang
tapi jangan risau, anda semua boleh datang pada sesi berikutnya pada 15 dan 16 oktober nanti.
tanda pada kalendar awal2 ya..!

marilah kita tengok antara gambar-gambar semasa sesi ini :)









Ulasan

sitiezahim berkata…
tahniah..hehehe...asal tak masukkan gamba menari ngan AE?? hahaha
Rohaniah Noor berkata…
hahaha.. gambar tu limited edition.. mahal tu... hahahaha
Matjoe berkata…
tahniah team property and co
Rohaniah Noor berkata…
terima kasih matjoe :)
gambar tu ade kat abangensem.com
Rohaniah Noor berkata…
abgNgah, haah... hahahahaah

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...