Langkau ke kandungan utama

episod 2 blurr nak buat perjanjian sewaan

sambungan dari artikel saya sebelum ni

bila perjanjian sewaan dah siap ditandatangani, seeloknya kenalah buat mati setem atau bahasa inggeris kita panggil stamping.

mati setem tu apa?
masa budak-budak dulu saya ingat mati setem tu adalah kita bakar setem pos yang 20 sen tu.. lol...
sebenarnya mati setem setakat yang saya faham la.. adalah kita bayar cukai kepada kerajaan melalui pembelian setem hasil yang dijual oleh LHDN.
setem itu kemudian dimatikan supaya tak bolehlah digunakan berulang kali.
ini kefahaman saya lah.. mungkin LHDN ada definisi sebenarnya

wajib ke mati setem? tak mati setem perjanjian tak sah ke?
kalau saya dah kata perjanjian verbal pun sah mengikat, apatah lagi perjanjian bertulis yang tak mati setem
cuma bezanya, kalau tak dimatikan setem, perjanjian tu tak boleh dibawa ke mahkamah sebagai bukti
bahasa undang-undangnya dipanggil, not admissible to court
bermakna kalau ada apa2 pertikaian berkaitan perjanjian sewaan atau sewaan ni..
contoh mcm penyewa tak bayar ke..
 penyewa menyewakan pulak pada orang lain dan ambil untung ke...
penyewa rosakkan barang-barang berharga dalam rumah dan tak nak bayar ke..
kalau nak bawa ke mahkamah, perjanjian sewaan yang penting ni tak boleh jadi bahan bukti.
tidakkah rugi?

satu lagi, untuk tujuan nak buktikan ke bank yang kita ada pendapatan tambahan
iaitu pendapatan sewa ni lah
ini kalau kita nak buat pinjaman lain atau pinjaman untuk beli hartanah seterusnya.

kalau kita mati setem, perjanjian ni hanya memerlukan bukti duit sewa masuk sekurang-kurangnya selama 3 bulan sahaja
tapi kalau tidak dimati setem, bank memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan bkti duit sewa masuk ke akaun bank kita

kat mana nak mati setem?
haaa.. ada 2 cara yang saya tahu dan biasa pakai



1) pegi pejabat LHDN.
sama ada beli setem fizikal bersamaan dengan caj cukai yang kita kena bayar atau pakai je setem cop dan cuma bayar tunai je kadar cukai tu.
tak semestinya kita kena pergi ke pejabat LHDN.
kita boleh wakilkan.



2) mati setem di pejabat peguam
cara ni pun boleh.. beli setem hasil rm10 tu dari pejabat pos, kemudian minta peguam kita matikn setem tu.
tapi rasanya tak semudah tu peguam nak matikan setem kita kalau dia tak kenal kita.
jadi, elok rujuk dan tanya peguam rasmi kita atau peguam yang uruskan pembelian rumah tu dulu sama ada dia boleh bantu.

mahal ke mati setem tu?
hm,. ada kadar tertentu berdasarkan kadar sewaan dan tempoh sewaan tersebut.
sesiapa yang ada pegi sharing session property n co tahun lepas, pasti dah ada senarai anggaran caj mati setem tu.
ada kami berikan dalam fail kit.

ala.. leceh lah.. nak kena tanggung kos mati setem berpuluh-puluh ringgit....
hm.. rilek rilek.. kenapa pulak kita tuan rumah yang kena tanggung?
kos mati setem ditanggung oleh penyewa.
tambahkan sekali dalam deposit yang patut mereka bayar tu.
kalau anggaran caj mati setem tu rm25, ambillah rm50 dari penyewa
bukan apa.. selebihnya tu untuk kos duit minyak dan masa kita pulak..

berapa salinan nak kena mati setem?
ini terpulang.. seeloknya dua salinan perjanjian asal.
satu salinan untuk tuan rumah
satu salinan untuk penyewa
jadi, dua-dua matikan setem
kalau caj mati setem katalah rm25, untuk salinan seterusnya hanya rm10 je..
maknanya cuma rm35 lah untuk 2 salinan
kalau 3 salinan? rm45

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
As.salam..

"bank memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan bkti duit sewa masuk ke akaun bank kita.."

baki akaun tu kalau tak sebanyak mana pun boleh dikira jugak ke?? bank boleh caya ke?? :D

fairuz ngadiman
Rohaniah Noor berkata…
baki akaun tutak kisah.. tu terpulang la kat kita kalau kita nak keluarkan duit tu letak kat bank lain ke .. asb ke.. niagakan ke.. belanja ke.. yg penting amaun yg masuk stp bulan sama dgn amaun dalam tenancy agreement
Fikry berkata…
Salam, saya tgh surf2 and found that you ada unit yg u sewa kat cyberjaya. I ada manage few unit kat cyberjaya gak. maybe we can share about maintaining the units mcm cari plumber, handyman etc. mana tau bleh dpt yg murah. by sharing info bleh kita sama2 maju. hope you are ok with that. Cheers!!!
Unknown berkata…
Asslm kak...sy baru nk ceburi bidang ni...dlm agreement ada bgtau semua kos guaman bg melaksanakan klausa ni ditangubg oleh penyewa..maksudnya apa?? Lau penyewa tu da xleh byr sewa 2 bulan...mampu ker nk byr yuran guaman??

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...