Langkau ke kandungan utama

shopping buku di UPM

saya ingin berkongsi cerita jumaat lepas.
sibuk sangat tak sempat menulis lagi hingga lah hari ini

saya dapat beli 2 buah buku PTS dengan diskaun terbaik!

ceritanya begini
peruzz tawarkan di Facebook, siapa yang nak beli buku2 terbitan PTS dengan harga istimewa
rupanya adik dia yang belajar di UPM ada buat jualan buku di UPM

saya memang berhasrat nak membeli dua buah buku iaitu
- Kuasai Dunia Dengan Berfikir 
- Tips Menjadi Penulis Bestseller

Buku Penulis Bestseller tu memang dah lama berhajat nak beli tapi belum sempat je lagi
tapi bila membaca ulasan tuan aqif azizan ni, membuatkan semangat nak membacanya membuak-buak.
ya, itulah besarnya pengaruh ulasan kan



Tapi kesibukan masa menyebabkan saya masih tidak sempat mencari buku ini di kedai
jadi, bila peruzz tawarkan pembelian buku dengan harga menarik ini, apa lagi
saya terus tempah dua buku ini lah

alhamdulillah.. jumaat lepas saya pergi ambil buku ni dari adik peruzz di UPM
wahh.. betul lah.. saya dapat diskaun RM 8 untuk dua buah buku ni.
best best

sempat berborak sebentar dengan tokey muda ini.
hebat beliau. muda lagi tapi dah berjinak-jinak menjadi usahawan
harapan saya, semoga dia berjaya di dalam bidang yang diusahakannya ini
dan jangan lupa keuntungan dari perniagaan, simpan dalam bentuk kenaikan modal iaitu melalui hartanah ya
boleh belajar dari abang dia yang memang dah sifu dah ni..
:)

Ulasan

Derok berkata…
ade lagi tak expo tu..huhuh
sitiezahim berkata…
fuh banyak tuh kasik diskaun sampai 8 hengget..moga murah rezeki dia lepas ni kan :D
Rohaniah Noor berkata…
derok, bukan expo. beli terus dr adik dia. ada aritu peruzz promote kat group FB property n co

sitie, amiin... haah.. banyak gak tu. lepas ni boleh beli lagi dr dier.. hehehe
Derok berkata…
owhyeke..igt kan ade expo..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...