Langkau ke kandungan utama

mesyuarat Joint Management Body (JMB) Neocyber

Sabtu lepas, 22 September 2012 telah berlangsung Mesyuarat Agung Badan Pengurusan Bersama Neocyber untuk kali ke3.
(Annual General Meeting for Neocyber Joint Management Body)

Badan Pengurusan Bersama atau dalam bahasa inggerisnya Joint Management Body ni merupakan satu badan yang dianggotai oleh pihak pemaju dan semua pemilik unit di dalam sesebuah bangunan.
Ia diperuntukkan di dalam Akta 663, Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pegurusan) 2007
Jadi, semua urusan penubuhan dan pengendalian JMB mestilah mengikut peruntukan di dalam undang-undang ni


Sebenarnya JMB ni bersifat sementara.. sementara sesebuah bangunan tu belum mendapat strata title individu lagi
Bila strata title individu dah keluar, akta ni dah tak terpakai.
Kita akan tertakluk pada Akta 318 iaitu Hakmilik Strata pula
Tiada lagi JMB, hanya tinggal Management Corporation yang dianggotai oleh semua pemilik, tiada lagi wakil pemaju.

Saya boleh menulis dengan lebih terperinci mengenai JMB memandangkan akta ini merupakan kajian projek tahun akhir saya.

Tapi hari ini saya cuma nak berkongsi kisah mesyuarat JMB Neocyber Sabtu lalu.


Seawal 9.45 pagi, saya sudah tiba.
hmm.. mungkin saya antara pemilik unit terawal yang tiba hari itu.
kaunter pendaftaran masih belum bersedia sepenuhnya
saya kena menunggu untuk mendaftarkan nama saya.


Semasa menunggu di depan kaunter, saya ditegur Tan Sri, pengerusi JMB
"Adik ni owner ke?"
saya menoleh pada dia, senyum dan menjawab, "haah"
walaupun panggilan adik kepada saya sangat membanggakan hati, tapi saya kontrol macho juga :)

"oo.. baguslah.. muda-muda dah beli rumah", kata Tan Sri.
saya senyum je lah... bangga seh..
terima kasih kepada tshirt sempoi, jeans murah dan beg galas yang saya bawa yang menonjolkan imej 'adik' kepada yang melihat ini.
:)

saya jenguk dalam dewan, kerusi dah pun disusun.
tapi, sikitnya kerusi??

Sarapan dah disediakan, saya pun lepak di tepi meja makanan. minum teh o
perlahan lahan, pemilik lain sampai.


jam 10 pagi, quorum belum cukup.
jam 10.45 akhirnya mesyuarat dimulakan.
tak lah ramai sangat yag hadir, tapi kerusi yang disediakan tu tak cukup.
pihak pengurusan ambil masa untuk sediakan kerusi kepada semua ahli mesyuarat.

Mesyuarat ni memang panassss
Isu bil air, sangat menghairankan bila bil air melambung apabila unit kedai itu kosong
sedangkan semasa ada penyewa, bil hanya dalam RM 30 sahaja.

pihak syarikat pengurusan, Burgass Rawson cuba mengelak dari menjawab.
tapi kami semua desak dia jawab juga.
Jawapan bla bla bla... sangat tak memuaskan hati.
Tan Sri pula emosional, dia salahkan pemilik yang mengadu pula.

Bila kami suruh BR siasat, Tan Sri suruh kami pula tubuhkan pasukan dan cek meter air dan buat pengiraan sendiri
buat kerja site sendiri supaya boleh counter check BR
aikkk... takkan lah pemilik kena turun padang buat kerja syarikat pengurusan yang kami bayar?
Kami bantah, Tan Sri membebel.




Pembentangan Laporan Kewangan yang telah diaudit juga mendapat tentangan
nombor-nombor yang dibentangkan nampak tak masuk akal
perbelanjaan terlalu tinggi untuk perkhidmatan keselamatan yang kurang bagus.

Nasib baik ada beberapa pemilik yang mahir dengan perakaunan dan audit
ramai juga yang peka menilai nombor-nombor tu
jadi memang banyak betul soalan dan pertikaian


Selain itu, format laporan kewangan agak mengelirukan
Nombor muka surat pun berulang-ulang.
Ada 4 muka surat yang bernombor sama
Ada juga muka surat yang tak ada nombor
Sungguh susah nak rujuk!


Seorang pemilik bangun menunjukkan gambar yang ditangkapnya menunjukkan pegawai keselamatan tidur ketika bertugas
Seorang lagi komplen gate masuk parking selalu rosak
Tapi Tan Sri akan cuba cari kesalahan pengadu tu balik..
Ada aja yang dia cuba pertikaikan semula
"are you staying there?"
"do you come last meeting?"

Jam 12.30 tengahari, masih ding dong ding dong lagi
Ramai ahli mesyuarat terpaksa balik dulu walaupun resolution no 5 mengenai cadangan kenaikan yuran penyenggaraan belum sampai gilirannya lagi

Bila tiba resolution no 5 ni, hahahaha.. tiada siapa menyokong!
memang yang datang ni pun sebab nak menentang cadangan ni lah..

Pihak BR kata, sebab perbelanjaan bulanan lebih tinggi dari amaun yang sepatutnya dikutip dari setiap unit
cajnya mahal-mahal...
untuk yuran perkhidmatan BR sahaja, cajnya 13k sebulan, caj gaji pekerja BR 22k++ dan ada lain2 caj lagi yang BR ambil
untuk syarikat keselamatan yang agak mengecewakan tu, kami bayar rm44k sebulan.
belum lagi pembersihan, landskap, penyenggaran lif dan lain-lain...
wowww.. bajet memang burst meletop letop!

Bagi kami pemilik yang hadir mesyuarat hari tu mudah je
jika kita ada wang rm20, belanja lah atas bajet rm20 tu
kenapa dah tahu ada rm20 tapi nak berbelanja sampai rm30.
memang lah tak cukup bajet.
sampai bila nak naikkan kadar penyenggaraan kalau comittee dan BR tak jaga bajet?

punyalah tak cukup duit sampai penutup tandas awam sebelah kolam renang ni dah  berbulan-bulan tak berganti baru
kami setuju, ahli comittee baru akan tengok balik perkara ini dan kaji balik, perlu sangat ke naikkan yuran penyenggaraan

resolution ke3: ahli committee yang gagal hadir mesyuarat bulanan 3 bulan berturut-turut tanpa alasan bertulis akan dikira sebagai meletak jawatan telah diluluskan.
bila dah dikira letak jawatan, ahli commitee sedia ada akan lantik orang lain sebagai pengganti sementara menunggu mesyuarat tahunan seterusnya

resolution ke6: elaun perjalanan rm100 untuk setiap ahli committee yang hadir mesyuarat sebulan sekali juga diluluskan

akhir sekali lantikan ahli commitee baru.
semua ahli commitee lama digantikan dengan muka-muka baru.
boleh dikatakan semua ahli baru ni adalah muka-muka yang banyak bangun dan bersuara dalam mesyuarat ini
tapi sedih juga sebab ada beberapa pemilik yang bagus dan bangun bersuara tidak dapat dilantik sebagai committee sebab mereka tidak sanggup
mungkin sebab lokasi kerja dan tempat tinggal
mungkin juga ada yang terlalu sibuk dengan kerja masing-masing
hm.. pemilik wanita yang merupakan akauntan tu pun tak berani menjadi comittee..
kalau tak, mesti best sebab ada akauntan kan..

bab nak lantik sebagai committee pun jadi pertikaian
BR menolak kami mencalonkan seorang pemilik yang dah bayar semua yuran penyenggaraan tapi ada pertikaian bayaran bil air
bagi saya, dalam akta jelas. pemilik mestilah tidak mempunyai outstanding dalam yuran penyenggaraan
bil air adalah utiliti, bukan yuran penyenggaraan
jadi sepatutnya pemilik tersebut layak mengundi dan layak dicalonkan sebagai commitee

Tan Sri juga kata commitee mestilah 5 - 14 orang
saya bangun pertikaikan. mengikut akta, commitee mestilah 5 - 12 orang sahaja.

oh ya, awal-awal pagi sebelum mesyuarat tadi pun saya dah membantah BR tidak membenarkan pemilik tunggal melantik proxy
dia kata ada dalam akta.
saya membantah.
tiada peruntukan dalam akta 663 menghalang pemilik tunggal melantik proxy.
hohoho...  nampaknya bagus juga saya pilih tajuk akta 663 ni sebagai kajian projek tahun akhir saya..

Akhirnya 8 orang dilantik sebagai commitee baru
saya dilantik sebagai commitee juga. sebagai setiausaha.

besar sungguh amanah ini..
Semoga Allah membantu saya dan rakan-rakan comitte baru untuk menguruskan Domain, Domain 2 dan Biz Avenue @ Neocyber dengan lebih baik lagi...
itu harapan saya..

Senarai penuh Joint Management Committee Neocyber 2012 - 2013


1.      Chairman : Kong Ai Yian
2.      Secretary : Rohaniah Noor
3.      Treasurer: Shasi

4.      Committee Members
         a.      Kharini Supinah
         b.      Abdul Rahman
         c.      Simon Peter
         d.      Chuah Yoke Mooi
         e.      Ismail Thamby Ibrahim
         f.       Anniz Bajunid


Ulasan

AMIR.DIN berkata…
Nanti boleh kongsikan lagi. saya suka untuk tahu.
Matjoe berkata…
very informative and fun to read. all the best jadi setia usaha
sam berkata…
maaf.. tak dapat hadir.. ada diluar kawasan.. terima kasih kerana sudi menyumbang tenaga dlm committee baru ni.. all the best..
Haruki berkata…
Congrats on being secretary! I love it, Adik jadi secretary.....
Kissman berkata…
Ada member pernah jadi committee, lepas tu committee tu pulak terlebih aggresive. Depa pegi remove a/c owner yang pasang tak ikut spec kot. Owner tu saman, committee kalah. Kesian gak member coz dia macam comittee biasa je, ada satu geng dlm comittee tu yg jenis aggresive. Nasib baik last2 dia gi jumpa owner and buat deal lain.
Rohaniah Noor berkata…
AMR.DIN, insya allah.. terima kasih..

Matjoe, hahaha.. aku harap mereka akan tukar post aku dari secretary kepada ahli biasa. huhuhu...

sam, its ok. hope to meet you in the next meeting. :)

Haruki, hehehe... kelakar juga kannn...

Man Buncit, mana boleh bukak aircond rumah orang. it dah menceroboh. kuasa JMB tak sampai oleh menceroboh harta owner.
Farazila Wahab berkata…
Tahniah jadi secretary... ok juga kan kena tulis minit mesyuarat... post ni pon boleh jadi minit mesyuarat dah... tinggal kena edit sikit2 je...

PS:Fara tak pernah pi meeting JMB... terukkan... huhuhu
united berkata…
apa kesudahan resolusi no. 5 tu?

tak lulus ke? atau akan dibawa ke mesy akan datang?

kelulusan kenaikan kadar tu perlu kelulusan dalam AGM ke? atau comittee je memadai?

thanks
Rohaniah Noor berkata…
ctfarazila, terima kasih... hahaha.. yang buat minis mesyuarat adalah syariket burgass rawson. so dah lega sedikit di situ.

united, pasal maintenance fee tu tak diluluskan lagi. committee yang baru akan lihat dan kaji semula. perkara ini jika ingin diluluskan, mestilah dibawa ke mesyuarat akan datang di dalam AGM.
amni berkata…
assalamualaikum...
semoga diberi kekuatan membawa amanah ALLAH n manusia.saya silent reader selama ni.penduduk cyberjaya juga =)

shaun berkata…
Thanks for posting. Keep up the good work for maintaining the lifts. Kwong - Home Lifts [Alternative Lift Company].
shaun berkata…
Thanks for posting. Condo dwellers may have issues with lift etiquette and maintenance. See the videos I posted. Shaun Kwong - Home Lifts [Alternative Elevator Co] http://www.elevatormalaysia.com
Andak Li berkata…
Adik,

Saya nak tanya, saya mengesyaki sesuatu yang meragukan dengan JMB di tempat saya. Tetapi seperti ditempat adik, JMB dipengerusikan oleh seorang TanSri dan AJK kebanyakannya bersekongkol.

Dimana boleh saya mengadu salah laku mereka?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...