Ia satu projek kondominium pertama di Saujana Prima, Kajang.
Merupakan satu lagi projek pembangunan oleh TLS dan reka bentuk kondonya memang menyerupai projek Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah, Kajang.
![]() |
Model Ivory Residence |
TLS sememangnya pemaju yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Kajang.
Projek terdahulu mereka seperti Sri Ria, Sri Lavender, Sri Ixora di Taman Sepakat Indah 2 memang mencatat kenaikan harga yang baik dan kadar sewaan yang bagus semenjak pelajar-pelajar arab di UKM, UNITEN dan sekitar memilih kawasan itu untuk tinggal.
Terkini, Pearl Avenue di Taman Sepakat Indah sedang rancak dibina dan tak lama lagi akan siap.
Projek ini dibina di atas tanah freehold.
Ada 3 blok semuanya.
Keluasan setiap unit sama sahaja iaitu 1288 sqft.
Harga jualan bermula dari RM 353,520
Ini bermakna harga bagi setiap kaki persegi adalah bermula dari RM 275 per sqft sahaja.
Harga ni dikira harga yang murah berbanding kondominium baru yang lain.
Untuk keseluruhan projek ni, ada 730 unit semuanya.
Tiada DIBS, bermakna akan ada progress payment semasa di dalam pembinaan.
![]() |
Ruang tamu dan ruang makan selepas dicantikkan. Anda dapat kosong je nanti. |
Sebenarnya kondominium ini termasuk di dalam pembangunan Taman Mutiara Heights.
Taman Mutiara Heights mengandungi rumah teres 3 tingkat, unit kedai pejabat, rumah kelab dan kondominium ini.
Kelebihan lokasi ini adalah ia begitu hampir dengan Giant Saujana Prima.
Ia juga mudah diakses melalui Lebuhraya Silk, Lebuhraya Cheras - Kajang dan Lebuhraya LEKAS.
Dalam lebih kurang 4 kilometer dari tapak projek ini, ada TESCO dan juga stesen MRT yang akan dibina.
Tak boleh lah nak berjalan kaki ke stesyen MRT tapi sekurang-kurangnya memudahkan perjalanan anda.
Selain itu, ia juga berhampiran juga dengan projek TTDI Grove, Kajang dan Penjara Kajang.
Untuk membuat tempahan, pembeli hanya diperlukan membayar RM 1,000 sahaja.
Kemudian pemaju menawarkan diskaun 9% dari harga jualan.
Jadi, apabila menandatangi s&p, pembeli hanya perlu menambah RM 2K++ sahaja untuk mencukupkan bayaran deposit sebanyak 1% sahaja.
Jadi, dengan hanya lebih kurang RM 3500 ke 3900, anda boleh memiliki satu unit kondominium ini.
Siapa kata nak beli rumah mesti keluar duit berpuluh ribu kan?
Selain itu, pemaju juga menawarkan
- percuma 4 biji aircond
- percuma kabinet dapur, hood dan hob
- percuma 3 bulan yuran penyenggaraan
- percuma yuran guaman s&p dan yuran guaman pinjaman
- percuma duti setem
- percuma deposit bil elektrik dan air
- percuma cukai tanah untuk setahun
![]() |
Kabinet dapur ini yang anda akan dapat nanti. Percuma |
Yuran penyenggaraan adalah 13 sen per sqft.
Ia dijangka siap pada tahun 2015.
terkini, blok B dan C dah pun habis terjual.
Hanya tinggal blok A sahaja dalam lebih kurang 40 unit.
Jelas, nampak macam projek hangat di sini.
![]() |
Bilik master |
Persoalan yang perlu kawan-kawan jawab di sini adalah, apa tujuan kawan-kawan membelinya?
Ingin saya memberi pandangan saya?
Ini hanya pandangan peribadi, saya tidak bertanggungjawab jika pandangan saya silap dan memberi kerugian kepada kawan-kawan.
Pada pendapat saya, jika untuk tinggal sendiri, saya merasakan lokasi ini bagus juga sebab senang akses ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang dan Cheras.
Apatah lagi nanti apabila stesyen MRT sudah siap dibina.
![]() |
Balkoni. ini tiles nya |
Jika untuk flipping, mungkin bagus juga bergantung kepada berapa amaun keuntungan yang kawan-kawan target.
Jika hanya target keuntungan dalam 80K - 100K, mungkin boleh.
Jika harapkan lebih dari itu, mungkin kena tunggu sedikit.
Jika kawan-kawan membeli untuk disewa, yang ni saya pun musykil.
Adakah kadar sewa di sana akan melambung dan cukup untuk sekurang-kurangnya membayar pinjaman rakan-rakan?
saya berpendapat, jika kawan-kawan buat pinjaman bank sebanyak 90%, mungkin boleh cukup-cukup makan.
Tapi jika kawan-kawan buat pinjaman kerajaan 100%, ada risiko aliran wang negatif.
Sebab bayaran balik pinjaman 100% dari harga jualan agak tinggi juga.
Jika berminat untuk membeli, boleh hubungi Puan Siti di talian 0192948477.
bagitahu lah dapat dari blog saya, rohaniah noor / anie.
boleh saya minta puan sitie belanja saya minum nanti.
atau kawan-kawan boleh email saya no telefon anda, nanti saya forwardkan ke Puan Siti.
Email saya propertywaltz@gmail.com
7 ulasan:
aku selalu beranggapan yg pemaju yg menawarkan diskaun adalah menjual pada harga apa bila rumah itu siap 3 tahun akan datang.
they make the ownership easy so that they can sell their house. i you plan to rent it out, kene kira dulu roi, the initial payment mmg sikit tapi kalau dah siap nnti bagi sedap jenuh nak top up duit sendiri baik tak payah.
setuju ngan matjoe..., nak sewa mcm tak berbaloi rasanya. Jika harga rm 353k masih boleh dpt landed house di sekitar kawasan tu.( semenyih)
matjoe dan kahirul fauzee,
dulu pada tahun 2010 ramai yang cakap begini juga. harga mereka jual adalah harga pada masa akan datang.
ini pula pandangan saya.
developer naikkan 10% harga dan beri diskaun 9% atau 10% ni sebenarnya adalah strategi pemasaran. sebab ramai orang tak ada banyak cash nak beli rumah. developer pula nak jual cepat unit-unit mereka.
adakah ia harga masa hadapan?
mungkin ya jika harga ini lebih tinggi dari harga pasaran sekarang, tapi berapa hadapan?
pada tahun 2010 dahulu, ramai yang cakap begini juga. harga yang mereka jual adalah harga bila dah siap.
tapi jika dilihat pada tahun 2012 - 2013, apabila projek2 ini siap, mereka mengalami kenaikan harga 25% hingga 30% dari harga sebelum diskaun.
kalau banding dengan harga selepas diskaun, kenaikan boleh pergi hingga 35 - 40%.
ini bermakna, untuk tahun 2012 ini, siapa yang beli projek baru pada tahun 2009 - 2010 memang mendapat keuntungan modal yang bagus.
walaupun harga jualan itu dikatakan harga pada masa hadapan, tapi ia bukan lah harga apabila ia siap sebab bila dia siap, harganya jauh lebih tinggi.
contoh: satu kondo yg harga sebelum diskaun adalah 220K tahun 2010. lepas diskaun jadi 198K.
tapi pada hujung 2012, harga pasaran dah naik 300k
so, walaupun developer naikkan harga 10% utk membolehkan diskaun besar diberikan, harga bila siap tetap lebih tinggi.
cuma persoalan di sini, adakah situasi 2010 - 2012 ini (kenaikan harga 25% - 40% lepas siap) akan berulang untuk hartanah yang dibeli pada tahun 2012 siap pada 2015?
itu tiada siapa dapat jangka kerana ia bergantung pada keadaan ekonomi semasa pada tahun 2012, 2014 dan 2015 itu nanti..
mungkin sama, mungkin kurang sedikit (20% - 25% ke.. siapa tahu..)
maknanya, kalau nak flip, market pembeli baru adalah dari kalangan mereka yang ingin tinggal sendiri lah ye..? kalau nak sewa, cik kata ia kurang menarik, bermakna pembeli baru mungkin bukan pelabur..ke macam mana?
tapi untuk jangka masa panjang ia tetap berbaloi kan.
Derok, saya tak kata kalau nak sewa ia kurang menarik. cuma saya tak pasti kadar sewa di situ boleh memberi pulangan yang bagus atau tidak. adakah kadar sewa di sana boleh mencecah at least breakeven. sebab di sana, belum ada kondo lagi. hanya rumah bertanah dan apartment medium cost. jadi, saya tak ada benchmark nak dirujuk.
tapi bila nak jual nanti, pembeli mungkin terdiri dari orang yang nak duduk sendiri atau pelabur, jika mereka nampak potensi tempat tu selepas MRT siap.
Harga ni takde 7% off utk bumiputera ke?
Start bayar selepas siap? Atau dah kena bayar masa dlm proses pembinaan?
We offer the best tinted film price and tinted film with highest quality. Sun Ice Tinted Workshop located at No. 25A, Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, 47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA. Contact us for free Quotation at 03- 8066 4432 / 018-257 2826. Sun Ice Tinting Supplies offer various type of tinting film, window film, glass film, solar window film and including tinted Roll.W/site : www.sunicetint.com.my
Catat Ulasan