Langkau ke kandungan utama

Laporan Domain 3

saya masih lagi sibuk menyiapkan rumah domain 3.

peti ais dah masuk. beli 2nd hand dari en fadzil, seorang juruteknik yang buat bisnes part time jual barang elektrik terpakai.
dia tawarkan mitsubishi atau LG.
agak fobia dengan jenama oppa, saya pilih mitsubishi.



malam tadi, satu bahagian dinding dah saya cat untuk menambahkan seri.
saya cat sendiri je. cat kcc paint jenis berkilat dan boleh dilap jika ada kekotoran.
harganya rm112 untuk 5 liter.







mesin basuh pun dah dipasang.
jenama pilihan adalah sharp memandangkan harganya lebih murah tetapi setakat saya pakai, kualiti jenama ni mmg baik dan tahan lama.
harganya rm 570 untuk 6.5kg.



cuma water heater saya ambil jenama pensonic.
sebelum ni saya biasa pakai jenama panasonic.
dari 5 unit jenama ni yang saya pasang, dua daripadanya pernah ada masalah.
tapi bila dibaiki, dia ok. tak delah masalah berulang.



saya pernah pakai joven dan pensonic, setakat ni belum ada masalah.
cuma joven ni kalau pasang air besar, kena set hampir maksima baru air tu cukup panas.
pensonic yang saya pakai di rumah lebih baik.

jadi untuk kali ini saya pilih pensonic untuk water heater.
harganya pun lebih murah.

selain itu, loceng pintu dan rel langsir pun dah pasang.
cuma langsir ni macam terlebih labuh pula.
nak kena pendekkan sedikit.

esok atau lusa orang pasang gril pula akan datang.
kemudian barulah kitchen cabinet.
untuk kitchen cabinet, saluran paip air di bawah sink perlu diubah sedikit.
akan minta tolong plumber indonesia dekat rumah saya nanti

Ulasan

salfhi berkata…
Akak ni laki ke pmpuan sbenanye? Kata cat umah buat sndiri tp yg gmbr ngecat kt atas tu boboy.. Kwang3
sitiezahim berkata…
menarik kalau dah siap nanti...hehehe
Rohaniah Noor berkata…
salfhi, hahahaha... nak buat macamana.. semasa gambar ni diambil, saya terpaksa pause mengecat dan jadi jurukamera... huhuhu

sitiezahim, kan.. rasa mcm best kalau kasi fully furnish ni.
Derok berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Derok berkata…
boleh tak admin taruh button "search" kat blog ni..sebabnye mudah untuk saya & pembaca lain untuk cari maklumat tertentu melalui "keyword"..ke saya yang tak nampak button tu..hehe
dzirhans berkata…
Lawak pulak bila baca komen ni..!
Shamsul Aizat berkata…
Salam. Saya berminat dengan domain 3 ni. Ade tau sesiapa yg ingin menjual blok di situ? pm me at shamsulaizat@gmail.com

THanks.
Haruki berkata…
Anie, your washing machine looks very new. Also, how much did you buy the doorbell?
Rohaniah Noor berkata…
Derok, saya dah letak search tu. tapi sebelum ni dah ada tapi bila saya tengok hasil cariannya lain macam, saya buang sekejap.

dzirhans, hehehe... mmg lawak pun..

haruki, washing machine tu memang baru, not a second hand. bought it at rm570, brand sharp.
doorbell i bought at about rm55. not a branded one la.. china mari

Rohaniah Noor berkata…
ctfarazila, i pun loikeee!!
fadh berkata…
nak tanya...kat mana nk beli perabot 2nd hand tu? sbb saya ada apartment unipark...nak plan sewa/jual..kalau sewa tu sy igt nak letak sikit perabot...
Rohaniah Noor berkata…
fadh, saya hanya beli peti ais je yang 2nd hand. mesin basuh tu baru.
saya survey kat mudah.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...