Langkau ke kandungan utama

perjanjian sewaan dan tuan rumah berhati kering

Hari ini saya ingin membuat sedikit sedutan dari apa yang saya kongsikan pada hari Ahad lepas.
masa tu saya dijemput sebagai penceramah jemputan untuk Seminar Advanced PHTM.
memang bertubi-tubi soalan yang saya terima.
wow.. powerlah!



Antara persoalan dan jawapannya:

Kenapa pentingnya perjanjian sewa secara bertulis?

ok, mula-mula saya nak beritahu, perjanjian boleh termaterai dan mengikat melalui 3 cara
- bertulis
- verbal
- implied

implied ni, kita tak bercakap.. tak ada perjanjian bertulis..
tapi perbuatan antara kita dan pihak satu lagi tu menunjukkan yang perjanjian tu wujud.

contoh, tempoh perjanjian sewa dah tamat sebenarnya tapi penyewa tetap bayar sewa macam biasa
tuan rumah pun diam je.. ambil duit sewa dan tak kata apa-apa.
jadi, walaupun tak ada persetujuan verbal sewaan diperbaharui, dan tak ada perjanjian bertulis
ini bermakna secara impliednya, perjanjian itu diperbaharui.

Jika wujud perjanjian bertulis dan semua terma ada dinyatakan, lebih mudah untuk apa-apa pertikaian di masa depan.
Sebab ia lebih jelas. senang nak rujuk
Kalau secara verbal atau secara implied, sukar nak dibuktikan.



Kenapa perlu perjanjian dimatikan setem?

Sebab jika ada apa-apa pertikaian yang menyebabkan ia terpaksa dibawa ke mahkamah, perjanjian yang tidak dimati setem tidak boleh dijadikan bahan bukti.
Lagipun, jika perjanjian itu dimati setem, bank terima sebagai bukti pendapatan tambahan dan anda perlu sertakan penayata bank yang membuktikan pendapatan sewa itu untuk 3 bulan sahaja
Jika tidak dimati setem, bank akan minta penyata pendapatan 6 bulan.


Bolehke kalau dah berbulan-bulan baru nak matikan setem?

Perjanjan perlu dimati setem dalam tempoh 30 hari.
Jadi, kalau dah lewat berbulan-bulan tu masih boleh mati setem...
cuma kena bayar denda. Ada kadarnya yang telah LHDN tetapkan.


Bagus ke kalau saya nak buat kontrak sewaan 2 tahun terus?

Bagi saya, dua tahun lebih baik dari setahun, sebab untuk dua tahun tu saya dah boleh rileks dan terima je duit masuk setiap bulan.
Kalau setahun ni, dah kena mencari penyewa lain, dan buat stamping ini semua semula.
Bagi saya, masa itu penting.


Macamana kalau sewa kat situ hot. Dalam setahun boleh naik sewa 10%. rugilah kalau buat perjanjian 2 tahun dan harga mati untuk 2 tahun tu

Ya, perjanjian ini mengikat tuan rumah dan pemilik untuk menyewakan pada harga itu sepanjang 2 tahun.
Tuan rumah tak boleh naikkan sewa sesuka hati sebab dah terikat.

Apa yang boleh dibuat:

a) buat perjanjian 2 tahun yang dah tetapkan siap-siap, tahun pertama sewa katakan RM 1200 dan tahun ke2, sewa RM 1300.
Jadi secara automatik bila tahun kedua, sewa akan naik ke RM 1300

b) jika perjanjian masih berkuatkuasa dan anda nak naikkan sewa, tamatkan perjanjian awal sepertimana tertulis dalam perjanjian.
Jika perjanjian kata, tuan rumah perlu bagi dua bulan notis, bagilah dua bulan notis.
Jangan langgar perjanjian.
Berilah apa-apa alasan seperti kita nak pakai rumah tu, saudara nak duduk dsb.
Kemudian selepas penyewa keluar, carilah penyewa baru dengan harga baru.

Tapi pastikan lah yang pasaran sewa di situ memang panas.
Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Teknik ini juga memerlukan tuan rumah yang berhati kering.
:)


Insya Allah, saya akan pindahkan ilmu, tips dan teknik yang saya kongsikan mengenai Teknik Menyewakan rumah dan menangani penyewa dari Neraka ini dalam bentuk ebook tidak lama lagi.

Ulasan

Unknown berkata…
Satu perkongsian yang baik.
sitiezahim berkata…
bagus info ni. mudah paham hehe
AMIR.DIN berkata…
Terima kasih atas perkongsian. Tapi saya susah sebenarnya nak kuatkuasakan kt penyewa.
Rohaniah Noor berkata…
Cikgu Ameer, terima kasih

SItiezahim, wahh.. anda sudah advance, dah boleh faham.. hehehe

AMIR.DIN, sebagai tuan rumah professional, kita kena ada cara professional.
JULIANA berkata…
Terima kasih atas perkongsian. Nak tanya, bagi tahun kedua, sewa dah naik. So bagaimana pula dengan deposit? Bila dah hujung tahun kedua, jika tenant bayar penuh sehingga bulan terakhir, nak pulangkan deposit dengan nilai sewa sptmana tahun pertama ke?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...