Langkau ke kandungan utama

Rumahku syurgaku, punggungku kematu

Malam tadi saya terima satu soalan menarik dari rakan Facebook saya.
Untuk manfaat bersama, saya kongsikan soalan dan jawapan itu di sini tapi identiti rakan tersebut dirahsiakan.

Soalannya berbunyi lebih begini

salam. puan..
saya mohon pendapat puan tentang bandar AKADEMIA. lenggeng .N9. harga 276k
Saya kerja pulau meranti . puchong.
jarak dgn akademia . lebih kurang 55km..
saya ingin membeli rumah untuk tinggal sendiri. dan jual. adakah akademia berpotensi untuk pelaburan..
atau ada yg lebih sesuai dari akademia.

Jawapan saya, (saya ada tambah sedikit point-point yang tertinggal)
waalaikum salam..
kalau tuan nak beli untuk tinggal sendiri, jangan fikirkan aspek pelaburan. fikirkan, sesuai ke nak ulang alik 55 km satu perjalanan bersamaan dgn 110km satu hari ke tempat kerja. ekonomik ke?
ada sekolah ke kat situ untuk anak-anak? ada pasar atau kedai tak untuk membeli barang? macamana dengan aspek keselamatan? macamana dengan jiran-jiran di situ? selesa tak tuan nak tinggal dalam persekitaran begitu?
jangan campur aduk penilaian utk pelaburan dan penilaian utk tinggal sendiri

Jawapan balas beliau

owh.camtu. saya rasa terlalu jauh. 110km. . dan tempat tu baru serta masih belum ada sekolah. paling dekat pun semenyih..
sekarang ni saya buntu nak buat pilihan.. sekarang saya tinggal sg. buloh. wife pun kerja guru di sg buloh. dan saya kerja puchong. kebanyakkan di puchong leashold. .

Jawapan saya lagi (sekali lagi saya ada tambah sedikit point yang tertinggal semalam):

Tuan, carilah rumah di tengah-tengah antara sg buloh dan puchong. Yang harganya di dalam kemampuan tuan. Ia mestilah sesuai utk didiami, selesa dan memudahkan semua ahli keluarga tuan. Yang ada semua kemudahan asas yang tuan perlukan dan kejiranan yang baik dan selamat. Itu paling utama.

Kesimpulannya:
membeli rumah untuk kediaman sendiri ni kriteria pemilihannya yang sangat berbeza dengan membeli rumah untuk pelaburan.
Jangan keliru, jangan tercampur aduk.
Kebajikan, keselesaan, keselamatan dan kemudahan diri dan keluarga adalah aspek yang perlu dilihat.
Tapi yang penting, harganya di dalam kelayakan dan kemampuan anda.

Sanggup ke beli rumah lebih murah
tapi terpaksa berulang alik dengan motorsikal jauh-jauh sampai punggung naik kematu?

kalau naik kereta pun, cuba kira berapa kos minyak dan tol sebulan
dan masa yang diambil untuk mengharung kesesakan lalu lintas.

kalau beli rumah yang lebih murah tapi terpaksa memperuntukkan
- RM 88 sebulan tol  (jika tol sehari rm2 satu perjalanan x 22 hari x pergi balik)
- dan RM 400 sebulan untuk petrol
adakah berbaloi?

Namun sekiranya anda bercita-cita untuk membeli rumah untuk pelaburan juga satu hari nanti
jangan pula beli rumah untuk kediaman sendiri yang mana harganya sampai mencecah kelayakan maksima anda dan pasangan
jangan pula sampai buat pinjaman bersama (joint loan) dan gunakan maksima kelayakan kedua-duanya

Simpanlah sedikit kelayakan pinjaman itu untuk rumah pelaburan anda nanti
Kalau dah perhabis kali ini, macamana bank nak luluskan pinjaman lagi di masa depan, kan?

Kecualilah jika anda ada kenaikan pendapatan yang sangat tinggi selepas ini
:)

Ulasan

Mohd Aslam berkata…
setuju dengan RN. dengar-dengar akedemia tu jual lot banglo sejibik sejibik. tanah lain pula harga. nak ikut dari pandang harga, rumah besar dan harga kira murah. tapi jauh tu
RosyFitrah berkata…
Banyak lagi property di laluan Naga emas..iaitu dari Damansara ke Puchong sebagai pilihan pelaburan yg lebih menguntungkan..
Mila@Rimbun berkata…
Sangat setuju...
Akak sendiri beli rumah kecik ajer yg dekat ngan KL sebab mmg tahu, takan bekerja jauh dari bandaraya KL. Walaupun ianya leasehold, tapi walking distance to school, 3 minutes to giant n groceries shop, 15 minutes to KL. Potensi untuk naik harga in future pun ada(walaupun x sama harga dgn freehold), tapi bukan itu main point. Bukan takat wang ringgit yang perlu difikirkan, tp kualiti masa... kalau hari2 sampai rumah anak dah tidur, rumah besar pun takde maknanya
Matjoe berkata…
true that, jauh benor, jadi rugi duit & masa jg
Shahril Sidek berkata…
beli rumah utk investment jer.. rumah yag nak duduk, sewa jer.. sng citer. tak suka dgn kwsn sekitar, pindah. tukar tempat kerja, pindah. dah rumah sewa la katakan.
Unknown berkata…
Bandar akedemia agak jauh ke dlm dari laluan utama. Jgn terlalu terpengaruh dgn iklan pemaju. Nanti tebal punggung...hii hii (pengalaman sendiri)
Mal berkata…
hmmm mcm2. .kalo sy pilih rumah yg dekat tempat kerja , bawah harga pasaran dan sekaligus sebagai pelaburan ditambah capital appreciation.. nk tau caranya add page facebook.com/hartanahbanklelong ...

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...