Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai
Ceritanya begini..
Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.
Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).
Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999
tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.
Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
- 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
- cd Marketing & You
- tempat duduk kedua paling hadapan
- khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.
Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
- tempat duduk paling depan
- 1 sesi group mentoring
- personal coaching selama 12 bulan
- sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
- review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
- peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman
Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu
seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 - 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh
Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.
tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan...
hm...
Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI
Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan
Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..
Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.
Tamat sesi seminar 4 hari
Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.
Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.
Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.
Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada
Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..
tunggu punya tunggu...
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.
Diam... tak ada jawapan
Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan
'dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut'
Aik... Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?
Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?
Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.
Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..
Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.
Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh... personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?
Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.
Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, 'Ini poyo'
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.
Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu...
boleh baca di screenshot di bawah
Persoalan:
1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?
Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.
Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/
Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia 'sesuatu' yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.
********************
TERKINI!!
********************
Kes ini telah selesai.
Perkembangan dan kesudahan kisah ini boleh dibaca DI SINI.
Jemput semua membacanya.

Ulasan
nak tanya lah, selain buat seminar, apa lagi bisnes yg generate income DAO ye..? sy kurang kenal beliau (malas nk google latar belakangnya)..
saya secara peribadi memang tak percaya dengan seminar yang dianjurkan, sejak dia mulakan dengan kejayaan melihat pada tarikh lahir seseorang.
saya panjangkan dan kongsikan di blog saya cerita ini.
Ada beberapa rakan FB bg link blog ini dan sememangnya penulisan yang "worth it".
terima kasih. Byk saya belajar.
Bagi saya, tak perlu tunggu untuk kumpulkan semua mangsa (kalau boleh, of coz lagi bagus!). Tapi setiap mereka yg tertipu berhak mengambil tindakan secara bersendirian atau berkumpulan. Buat je laporan polis dan laporkan jugak kepada tribunal pengguna.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152454481696091&set=a.391866321090.177132.167956226090&type=1&theater
saya mulakan perniagaan tanpa modal,
ada jugak la modal, pinjam kereta ayah, pergi sana sini, dan makan yang parent tanggung kira modal.
Ideas make Cash
Cash make Ideas
saya hanya guna konsep
dari 2 jadi 4,
4 jadi 8
8 jadi 80, 80 jadi 800 dan seterusnya, guna lah pressure dalam diri untuk terus mencapai dengan langkah yang gagah, semua dalam diri kita,
Kita boleh berfikir, tapi idea dan ilham dari ALLAH S.W.T. baca lah Al- Quran, tawakal pada ALLAH dengan usaha, ilham datang dalam ketenangan dari NYA.
jangan putus asa dalam pernigaaan, mungkin hal ini memberi satu positive pressure
perniagaan saya adalah www.afiqtech.com.my
import and local distributor
Seluruh Malaysia,
ALHAMDULILLAH
trainer seminar jutawan kaya dan semakin kaya sebab orang2 yang nak jadi kaya ni terutama orang melayu beli buku dan bayar kursus untuk dengar macam mana nak jadi kaya, macam tulah mereka boleh mengekalkan kekayaan mereka. kalau setakat nak jadi kaya, kat google berlambak cara2 nak jadi kaya, free lagi, rajin atau tak rajin je. lagipun ajarannya pasal rahsia tarikh lahir kan ke mengarut, adakah dalam agama dibenarkan meramal dan menilik sesuatu melalui tarikh lahir dan sebagainya?
sekian dari saya... btw done follow u - Noob
saya join dan ambil pakej supreme diamond sebab saya ingat dia boleh ajar dan guide saya macamana nak anjurkan seminar pelaburan hartanah dengan baik dan bagaimana nak menulis dan hasilkan buku.
pada masa itu, saya ingat dia jujur dan dia memang dah biasa buat seminar gempak. jadi, apa salahnya saya beljar dari pakar.
tak sangka jadi macamni pula.
Kalau kita nak belajar niaga, bukan ikut bulat apa yang dia kata.... kita tengok juga cara dia kaut keuntungan, dan apa yang dia jual....
Dalam seminar IJI tu saya pun penah pergi, saya ingat dia ada kata, kalau nak niaga kita kena fokus satu bidang sampai bagus baru kita boleh buat benda lain. kita kena ada kepakaran dalam barang apa..
Kita tengok dia plak...
dia ada niaga macam2 bukan setakat satu barang..macam2 dia jual...daripada garam, aura tah apa lagi yang dia jual, keropok
Jadi kita tak payah ikut sangat apa yang dia cakap kita tengok sekali apa yang dia buat sampai jadi jutawan. Ye dia memang jutawan seminar, pandai tarik orng tuk bayar seminar yang mahal2, sekali buat seminar dia dah boleh jadi jutawan. Itulah perniagaan dia yang sebenar...
Jadi jangan cepat terpedaya kena pandai melihat dari sudut yang berbeza
cuma cara percakapan yang berapi itu mmg mampu menarik minat. utk menaikkan semangat mmg bagus
tapi ramai juga bangsa kita yang minat berniaga tidak tahu ilmu tersebut,jadi tidak salahlah utk hadir. bagi saya tiada penipuan jika sekadar hadir di seminar biasa
tapi perbuatan tidak fulfillkan apa yang dijanjikan mmg tidak patut sama sekali. dan saya sangat sokong tindakan puan.
apa perkembangan terkini dalam perkara ini?
Sabar kpd yg terkena dan jgn ade yg terkena lg.ambik yg baik2 je.yg buruk2 buang..sya sgt2 pelik kenapa org sggup belajar dri dunia yg bukan realiti.kenapa perlu hadir seminar (xpelik untk yg tiada ilmu).sya xpernah hadir seminar DOA tpi sya just baca apa idea dia di blog.sya ambik ilmu sikit2 je.yg selebihnya sya bnyk belajar dri taukey2 cina sbb sya suke 'reality experience'.basic ape yg dipelajari adlh lebih kpd basic marketing,service quality,tqm,customer statisfaction yg mana nie semua basic bg sesiapa yg belajar HR,marketing,bisness,sains pentadbiran..the scholar still the same but he (DOA) he tried to make it simple..good!!
Tpi sya xsetuju kalau yg pergi tu adlh org yg berilmu yg mana dorg nie lepasan u yg belajar tentang semua ni..sbb dorg xsedar,semua yg DOA ckp dorg dah blajar..this happened to my friends..when i asked them they keep saying owhh lebih baik aku olahkan sendiri ape yg aku belajar dri 3thn degree drpd aku dengar org olahlan 3thn aku belajar...
Nak kata dia menipu 100% tu tak patut. Ramai yang pergi kursus dia, bawa pulang ilmu dan semangat yang bermanafaat. Dia ada ilmu. Apa yang disampaikan betul, bukan penipuan. Dia bukan menipu dari segi ilmu yang disampaikannya.
Apa yang kurangnya adalah perlaksanaan jual beli perkhidmatannya, menyebabkan ramai yang tertipu. Tertipu bukan dengan ilmunya tapi tertipu dengan urusniaganya. Dia menjual khidmat, khidmat mentorship dan khidmat mengajar. Apa yang dijualnya itu mahal harganya. Kebanyakan yang pergi untuk belajar, bukan orang senang, mahu laburkan ribuan ringgit bukan suatu yang kecil. Bila yang ditawarkan tidak ditunaikan seperti yang dijanjikan, itu tidak patut. Jadi tunaikanlah apa yang menjadi hak orang lain.
Sempurnakanlah akad jual belinya. Jangan berjanji dipentas, tapi wakilnya dibawah menjual khidmatnya dengan terma dan syarat yang berlainan dari yang ditawarkan.
Saya belum sentuh tentang diskriminasi dikalangan anak muridnya. Dimana ikhlasnya guru? jikalau membeza-bezakan anak murid yang bayar yuran lebih dengan yang kurang. Adakah dia benar-benar ikhlas nak bantu ekonomi orang lain atau sememangnya hanya nak berniaga? Ketika anda sudah bergelar jutawan, mengapa masih berkira-kira bayaran dua tiga ratus dari orang yang bergaji dua tiga ribu?
Saya tidak pernah sebulu dengan orang yang menjual ilmu. Jadikanlah amanah Allah itu satu kewajiban untuk disebarkan. Terimalah bayaran untuk khidmat berpada-pada dan berlapang dadalah dengan orang yang kurang berkemampuan. Apakah tuan mengira kecil atau besar hasrat dan usaha seseorang melalui wangnya?
saya pernah pergi program dr azizan dua kali masa tahun 2010 kalau tak silap... sedikit sebanyak ada ilmu yang boleh dipraktikkan
masalah yg dikata menipu mungkin dari akad jual beli
harap2 semua boleh settle dgn baik..aminn
Boleh lihat prosedur di link ni;
http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/ttpm/tatacara
mohon update juga bila dah berjaya dapatkan balik wang saudari melalui tribunal, supaya orang kita celik akan hak mereka.
apa la kak...saya baca post seblm nih, akak sendiri tulis akak sangat seronok dan sangat menghargai ilmu yg dia bagi...akak sendiri cakap kena pergi, tulis takboleh gambarkan besarnya nilai pergi dapatkan ilmu yg dia share...
pastuh akak terbising2 nak cakap ni scam....
mungkin kekurangan dia, tak beri apa dia janji..tuntut je la...takyah jd gaduh..ingat tak dia cakap pasal negative tarik negative?...keberkatan ilmu terletak pada guru?...akak fikir2 kan...
1. Rahsia tarikh lahir, ustaz-ustaz menolaknya, ia boleh membawa kepada syirik.
2. PhD yang beliau perolehi, adakah benar atau tipu? Cuba cari Gordon University Florida.
Dua perkara ini sudah cukup untuk tidak lagi mengikuti apa-apa daripada beliau.
Wallahu'alam.
Kaedah penipuan spt Seminar Jutawan ni ah lama orang Cina di Malaysia buat dan mereka jadi Jutawan hanya dengan mengadakan seminar ...coaching yang dia buat ni xde apa2 pun yang menarik ... cuma amik kat internet je...
Saya nasihatkan orang Melayu bahawa kenapa kita masih percaya dan mahu dengar orang yang MENIPU kita dengan gelaran Dr..sedangkan dia xde kelulusan pun...cuma diploma je dr Uitm...
Org lain bertungkus lumus habiskan masa 3-4 tahun buat PHD full time...utk dpt Dr..dia senang2 je guna gelaran Dr.yg di beli...
wallahualam... :-)
Maaf puan, I beg to differ.
Memang ramai yang membela Azizan ni, hanya (kononnya) kerana 'guru'. Bagaimana pula yang menjadi mangsa spt penulis blog? melayu berjaya bila mereka tahu nilai diri mereka, tahu hak2 mereka. Jangan kerana 'guru' semua hak2 dan nilai mereka boleh dimainkan sewenangnya. dan satu lagi, Melayu tak berpecah kalau sama-sama jujur, amanah; bukan dengan merasa puas hati bila dimainkan, merasa redha dan pasrah semata-mata yang menjahanamkan kita adalah seorang 'guru'.
saya rasa perlu diselesaikan secara baik ,pergi ke syarikat jumpa dr disitu atau pegawainya boleh sattle rasanya atau mintak dia bayar balek 20k yg telah dibayar utk kursus tu..
saya menyertai yg percuma dan berbayar dan dapat menafaat drpd kursus tersebut alhamdullilah
http://1mediamoney.weebly.com
DAO thorbaikkk!
1. Besi
2. Air
3. Api
4. Pokok
5. Tanah/bumi
Dimana kita tahu bagaimana perwatakan kita, mempelajari metafizik memang sangat baik khas utk mereka yg berkecimpung didalam dunia sales / networking..
Secara peribadi saya boleh membantu utk menunjukkan perwatakan peribadi cik walaupun saya tak pernh jumpa, sebilangan saintis berkata metafizik adalah penemuan yg amat ketara dalam srmua aspek..
Untuk mengenali metafizik sila email ke mynmpro@gmail.com saya akan membantu mereka yg ingin mengenali diri mereka dengn lebih dekat lagi dan dari situ mereka boleh memperbaiki kesilapan sendiri..
97% adalah betul dan 3% terpulang dengn kepercayaan.
Pasal DAO tu no komen tp ntahla.. Mungkin... Atau mngkin tidak siapa tahu..
Kawan sy adalah seorang peserta DAO dan dia adalah seorang yg x berhenti mencuba.. Setiap ilmu yg dicurah pasti dia akan pegang teguh.. Pendapatan setahun mencecah 3juta lebih.. Kemungkinan semangat kekuatan yg diperolehi melalui DAO ataupun dirinya sendiri kita tak tau..
Jangn jadikan ini sebagai penghalang, jadikan ia sebagai batu loncatan dimasa akan datang.. Tiada manusia yg akan lari daripada masalah..
Buat yg terbaik dan jadilah yg terbaik!
KELAB TASIK PUTRAJAYA PRESINT 8 PUTRAJAYA
4th-5th April 2015
With TUAN SYED ABD AZIZ AL-QUBRA
now in slot 'Celik Kewangan.. Di Selamat Pagi Malaysia setiap khamis 9am Hanya di TV1
1.Increase your financial awareness
2.Financial Tips For Dummies
3.Tips Pengurusan Kewangan Mudah
4.Personal Financial Planning & Investment Scam
PM FOR RESERVATION
limited seat
0166001447
Wahai para komenter yg bingai..
Boleh xjgn nk keluar topic..
Cik Noor nih nk minta hak dye sebagai pembayar yuran..
Bukan nk jatuhkn dr mickey mouse yg mmg bangang nih..
Korank nk puji2 si mickey mouse nih lebih2.,
Ingat dye tuh dewa kekayaan ke..
Bce lh betul2 ape yg dimaksudkn cik tersebut..
Dye dah byr yuran tpi kelas persendirian yg dijanjikan xdpt..
Tentulah dye baran..
Ingat dye bodo mcm korank ke..
Itu hak dye..klw dh berhubung dgn MM nih..
Tpi dye buat endah xendah..
Dgn ske2 tukar latihan ikut kehendak dye..
Mestilah cik nih marah..
Di sini kte mcari ketelusan seorang MM yg korank sanjung nih..
Biar miskin hina tpi telus..amanah dan fatonah..
Dri mkn duit org..
Beli gelaran DR kt internet..
Pastu dgn sifat jahil nih..
Korank bukan men back up dye mcm dye bgi korank rezeki pulak..
Dua - AO dulu buat seminar Tarikh Lahir. Tak lama lepas buat seminar jadi jutawan lancau...tiba2 ada pangkal Doktor...memang pandai bercakap ..yg itu pun korang kata ilmu...itu boleh google je lah...baca buku motivasi...NGOK!
Adik saya sendiri membayar pakej Advanced Marketing Power RM9999 (Share berdua dengan kawannya) tetapi indah khabar dari rupa. Ya benar, memang dijanjikan group personal coaching tapi group tersebut tak pernah wujud pun. Dan adik saya tak berminat nak memanjangkan issue ni. Kebanyakan orang yang terkena tidak sanggup pun nak ulang alik pergi balai buat report apa semua sebab dia punya pengaruh besar tapi saya sangat puji dengan Puan Rohaniah ni di atas keberanian beliau. Sikap sebegini yang patut dipuji.
Bersambung..
Ada beberapa orang JUTAWAN yang DAO masukkan cerita mereka dalam video-video konon-kononnya mereka telah menjadi JUTAWAN setelah pergi seminar DAO. Terus terang mereka sebenarnya telah membayar sejumlah amaun kepada DAO untuk melayakkan mereka dapat peluang tersebut nama diup dalam video, cerita diup dalam video sedangkan produk yang kononnya berjaya menjadikan orang tu jutawan belum terjual pun lagi. Jadi ada penipuan di situ. Bagaimana video dimasukkan kononnya dia berjaya menjadi jutawan dengan jualan mencecah jutaan ringgit selepas menghadiri seminar DAO padahal produk tersebut belum terjual pun. Ada lagi seorang peserta yang DAO masukkan video kononnya telah menjadi JUTAWAN dengan menghadiri seminar-seminar DAO tetapi saya yang menjadi agent dropship "JUTAWAN" tersebut masih kehidupan biasa-biasa duduk di rumah teres 1 tingkat tetapi di dalam video tersebut dia di claim sebagai jutawan. Ya, video-video yang dimuatkan itulah sebenarnya yang akhirnya meletupkan produk seseorang tu. Bukan sebelum video kejayaan dimuatnaik di media sosial. Sebelum tu mereka tiada apa-apa pun. Hanya kerana mereka telah membayar sejumlah wang dan cerita kejayaan mereka dimuatkan di media sosial, setelah itu barulah mereka terkenal dan selepas itu mereka mula menjadi jutawan. Tetapi cerita kejayaan kerana menghadiri seminar DAO sebenarnya tipu semata-mata. Kalaulah bukan kerana orang-orang di dalam video itu saya kenali pasti saya pun akan terus memuja DAO tetapi sejak itu seminar FREE pun saya tak berminat lagi nak hadir. Kerana saya kesian kepada mereka-mereka yang terlalu taksub kepada seminar DAO sehingga sanggup berhutang sana sini demi mencari ilmu kononnya. Sedangkan mereka boleh dpt ilmu itu dengan lebih murah lagi. Ramai lagi yang layak selain DAO dan lebih ikhlas memberi ilmu. Carilah, pasti anda akan jumpa. Jangan terlalu taksub dengan DAO. Dia jadi jutawan kerana seminar-seminar yang dia anjurkan. Kerana ramai orang sanggup membayar berapa sahaja. Cuba jadi seperti saya. Pergi semua seminar FREE dan perhatikan cara DAO buat duit melalui seminar. Anda akan nampak sendiri. Malahan perhatikan juga orang-orang yang DAO panggil naik ke pentas. Untuk menceritakan cerita-cerita kejayaan dan tolong kaji semua cerita tersebut benar atau tidak. In shaa Allah kita dapat mengelakkan diri ditipu. Tidaklah saya mengatakan DAO langsung tak boleh pakai tp ada juga ilmunya yang bermanfaat tapi ilmu tu tak memadai dengan jumlah yang perlu dibayar.
Maafkan saya menulis terlalu panjang.
Lihatlah Tiada lebih jauh kerana syarikat Gochel Kewangan di sini untuk memberikan anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 4% tanpa pemeriksaan kredit dan jaminan 100%.
Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman termasuk pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, Pinjaman Rumah, Pinjaman Startup, dan lain-lain melalui e-mel am_credit@outlook.com.
Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon e-mel kami dengan butir-butir di bawah.
Umur:
Nama penuh:
Jumlah Diperlukan:
Tempoh Pinjaman (masa bayar balik):
negara:
bandar:
Alamat Tetap:
seks:
Nombor telefon:
Pendapatan bulanan:
pekerjaan:
Keluarga terdekat:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
Nombor telefon:
Adakah anda memahami bahasa Inggeris:
pekerjaan:
Setelah maklumat ini diterima oleh syarikat saya, prosedur pinjaman akan bermula pantas menghubungi kami melalui e-mel am_credit@outlook.com

Yang komen kutuk-mengutuk dan cakap macam² pada owner blog ni, ramai tak faham apa maksud beliau menulis dalam blognya. Dan di akhir entri kan dah beliau tulis kes dah selesai. So, kita tak perlulah panjang²kan cerita dan tohmah dia macam². Mentang²lah beliau bukan artis... Cuba kalau beliau ni artis. Ada ke anda nak kata beliau macam²? Baca betul² apa dia tulis barulah nak kata dia ni memburukkan Idola anda semua.
Benar, apa pun jika kita nak duit yang banyak, memang kita perlu laburkan duit yang banyak. Itu memang strategi marketing. Saya tabik Pn. Rohaniah kerana tak takut menanggung risiko dari mula hingga akhir termasuk siri pendedahan beliau. Syabas Puan.
Dalam hal ni, kita usah terlalu taksub. Yang mana baik dari DAO kita ambil. Ilmu kita boleh cari di mana sahaja. Tapi, untuk keberkatan, carilah ilmu dari yang mursyid dan tiada unsur yg meragukan. Kita kan Allah beri fikiran...
Salam perkenalan Pn. Rohaniah saya ieta blog saya : www.blogieta.com