Langkau ke kandungan utama

Jom check defect

Saya biasa perhatikan pembeli rumah baru begitu teruja apabila mendapat kunci rumah pertamanya.
Ye lah.. selepas menunggu 2 - 3 tahun dibangunkan, akhirnya rumah itu siap juga.

Jadi bila wakil pemaju bawa mereka masuk ke rumah, mereka memang rasa sangat teruja.
Seyum, tersengeh... hati girang.

Kemudian, mereka mengira bilangan point elektrik, bilangan kepala paip dan bilangan suis elektrik.
Kemudian semak bilangan kunci. Cukup ke tak.
Cukup semuanya terus tandatangan borang penerimaan rumah.

Selepas tu, mereka akan dibekalkan dengan borang laporan kerosakan.
ada wakil pemaju yang nak cepat selesaikan semua, jadi mereka terus periksa kerosakan masa tu juga.
Belek sikit-sikit... dah..




Sebenarnya, pembeli berhak menerima rumah yang dibina dengan sempurna.

Tiles yang dipasang sempurna
dinding bilik air yang tak ada kebocoran air
paip yang tak bocor
tandas yang boleh dipam
cat yang sempurna dan tak comot
dinding yang rata
lantai yang tak bertakung air
pintu kayu yang kayunya tak terkopek
frame tingkat yang tak bercalar
dan lain-lain.


Mungkin ada yang mahir dengan pembinaan rumah, ini semua enteng  sahaja..

tapi mungkin bagi pembeli rumah yang tak biasa dengan perkara sebegini, agak blur juga.

28 hb September ini, Sabtu
saya akan adakan satu sesi khas hands-on check defect rumah baru.
lokasi di Domain 3, Neocyber, Jalan Lingkaran Cyber Point Barat, Cyberjaya.

sesi ini akan diadakan dari jam 9.30 pagi - 12.30 tengahari.

Saya akan kongsikan pengalaman dan teknik yang saya biasa guna untuk cek defect unit pemaju ni
begitu juga penerangan mengenai tempoh masa laporan kerosakan boleh dibuat
dan prosedur berkaitan.
kemudian kita akan sama-sama secara hands-on periksa defect pada rumah yang saya jadikan lokasi ini.
praktikal terus.

Yuran cuma RM 50 seorang dan jika berdua, RM 95
Tetapi jika anda ahli Kelab Alien Hartawan, yuran cuma RM 45 seorang dan RM 85 jika berdua.

sesi ini terhad untuk 10 orang sahaja.
setakat ini sudah ada 6 orang mendaftar.
jadi, ada 4 orang lagi tempat kosong.

Selepas ini, tak tahu bila saya akan adakan sesi yang sama sebab sukar nak dapatkan rumah yang baru siap dibina yang mahu dijadikan eksperimen :)

untuk menyertai sesi ini, mohon bank in yuran ke
- CIMB 16010000461106 atas nama Kaseh Trading and Services.
atau
- Maybank 166010190175 atas nama Rohaniah Noor Jahron
masukkan email rohaniahnoor@gmail.com sebagai notifikasi pembayaran

kemudian isi borang pendaftaran di bawah ini.



Sesi ini sesuai untuk mereka yang baru bermula dan belum berpengalaman check defect lagi.
sesuai untuk mereka yang tak mempunyai kepakaran dalam kualiti pembinaan bangunan.

Kurang sesuai kepada yang sudah mahir atau mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah.

Terima kasih dan jumpa nanti!

Ulasan

Rohaniah Noor berkata…
sitiezahim. terima kasih.. :)
Unknown berkata…
inshaAllah kalau ada keluangan masa, boleh join ni :D

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...