Langkau ke kandungan utama

Cukai dalam Islam dan Cukai dunia kapitalis

Dah 13 hari GST berkuatkuasa dan beroperasi di Malaysia. Goods and Service Tax.

Tapi memandangkan hanya pada 11 April saya berada di Malaysia, baru 3 hari saya merasa kesannya pada wang poket saya.  Keluar je dari Lapangan Terbang KLIA2, saya perlu membeli topup Maxis Hotlink RM30. Tapi kena bayar RM 31.80.

Wohooo.. selamat datang ke dunia GST.

GST ni bukan sistem percukaian baru. Memang dah banyak negara aplikasikannya termasuklah di Thailand, destinasi terakhir pengembaraan 13 hari Indochina saya. Tetapi di Thailand, mereka panggil sebagai VAT. Value Added Tax. Sama je.

Dalam mengalami impak jangka pendek GST ni, saya terfikir nak review perbezaan GST dengan sistem percukaian Islam. 

Jom kita lihat.


Sistem Percukaian Islam.

Dalam sistem percukaian Islam, zakat dibayar oleh orang yang mempunyai harta melebihi sukatan yang ditetapkan. Ini bermakna, orang yang lebih berada sahaja yang membayar cukai dan hasilnya digunakan untuk membantu orang yang fakir, miskin, musafir dan golongan lain yang layak. 
Kadarnya tidak membebankan. Hanya 2.5% sahaja dari nilai bersih.


GST / VAT

Dalam sistem percukaian GST atau VAT, setiap perbelanjaan dikenakan cukai meskipun dalam membeli barang dapur asas atau keperluan untuk pengangkutan dan perhubungan. Tak kiralah sama ada yang membeli atau mendapatkan perkhidmatan itu golongan fakir, miskin, pelajar, lepas-lepas hidup atau mereka yang harga upah pendandan rambut pun melebihi gaji minimum rakyat. 
Kadar yang dikenakan sebanyak 6% atas setiap harga barang dan perkhidmatan.


Jadi, rasa-rasa sistem mana lebih baik?

DI Malaysia, zakat ni memang ada dikutip oleh BaitulMal dan agensi kutipan zakat. Ia boleh off set bayaran cukai pendapatan kita. Tetapi GST, anda tak boleh lari haaa......


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...