Langkau ke kandungan utama

Hari-hari telan kopi kelulut dan susu kambing Arfah

Saya sebenarnya sangat bangga bila nama ibu saya diangkat menjadi jenama produk kesihatan.
Bukan perasan.. tapi memang betul.


Bermula dari mesyuarat kecilan di rumah, membawa kepada pengeluaran sampel produk yang pertama hinggalah ke produksi pengeluaran yang pertama. Maka keluarlah Kopi Kelulut Arfah.

Kopi Kelulut Arfah ini merupakan kopi dengan gabungan 12 jenis herba iaitu
Propolis kelulutHabbatus sauda, Kurma, Halia, Ginseng, Halba, Buah tunjuk langit, Buah goji, Buah pala, Kunyit,  Teh hijau dan Kayu manis.

Kelulut ni madu yang istimewa sebab ia lebah yang lebih kecil, tidak menggigit dan menghisap debunga yang berada di kawasan lebih dalam. Jadi khasiatnya lebih berbanding madu lebah biasa.



Sekarang ni, bukan hanya kopi kelulut. Tapi dah ada pula Susu Kambing Arfah, Susu Kambing dengan kolagen, Susu Unta Arfah dan Susu Kuda Arfah pun ada. 
ahaa.. jangan main-main ha...

Susu kambing ni walaupun namanya kambing, tapi tak berbau. Ada rasa strawberi sikit. Jadi memang sedap diminum. Antara khasiat susu kambing adalah merawat luka dalam badan, memberi bekalan kalsium dan minuman sunnah Rasulullah memang susu kambing. Bagus juga untuk pererdaran darah dan elakkan bayi dari kuning.

Kalau nak cantikkan badan, boleh minum susu kambing yang ada kolagen tu. Boleh licinkan kulit, memutihkan dan kasi kulit gebu. woww..

Yang diet dan nak kurangkan pemgambilan lemak, boleh ambil susu unta. Sebab dia rendah lemak. Lagipun ia cepat mencuci usus dan sesuai untuk mereka yang ada sakit athma. 



Susu kuda pula lebih kepada menstabilkan hormon, anti-kanser dan meningkatkan kadar motabolisme badan.

Pengalaman saya sendiri, setiap kali saya travel ke luar negara, saya pasti akan bawa kopi kelulut beberapa paket. Sarapan dengan kopi kelulut dan maggie dan cukup memberi saya tenaga. Yelah.. biasanya makan maggie ni kenyang sekejap je. Tapi bila ambik kopi kelulut, tak lunch sampai jam 4 petang pun badan masih segar.


Itu yang saya alami semasa di Myanmar, Vietnam dan Laos baru-baru ni. Masa kat Veng Vieng, Laos, dah jam 6.30 petang baru lunch + dinner. Jadi apa tu? Lunner?

Jadi, kalau nak kuat bertenaga ibarat pengembara yang payah jumpa makanan halal, boleh la main klik-klik DI SINI dan DI SINI.

Yosh!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...