Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Jejaka macho perlu tahu cat minyak ni apa

Hari kedua mengecat rumah. Belum siap lagi. Cat yang saya share semalam tu cat untuk dinding batu. Orang kampung panggil cat air. Tapi kalau nak cat pintu, frame.pintu, gril tingkap dan apa juga yang dibuat dari kayu dan besi, kena guna cat minyak. Kalau cat air, pelarutnya airlah. Tapi cat minyak, pelarutnya adalah thinner. Jadi jangan lupa beli thinner sekali untuk cairkan cat jika perlu dan basuh peralatan dan tangan anda. Tapi dulu-dulu saya selamba guna minyak gas untuk cuci tangan dan peralatan. Boleh juga. Cat minyak pun ada pelbagai warna. Ia menghasilkan kemasan berkilau. Tapi yang kurang syok adalah ia berbau tengik ketika masih basah Perlu ke tuan rumah tahu ni semua? Kan boleh upah je.. Jawapannya perlu sebab 1) buat sendiri lebih jimat 2) boleh maintain macho kalau orang yang anda upah tu cuba nak.kelentong atau tunjuk pandai dengan anda 3) jaga air muka. Mana tau kalau-kalau kahwin dengan tuan rumah perempuan comel yang tahu ilmu ni lebih awal. H...

Cat boleh lap, cat tak boleh lap?

Weekend ni saya ada projek besar. Projek mengecat rumah idaman saya dan keluarga. Ahaa... Alang-alang nak mengecat, saya nak berkongsi sikit mengenai cat ni. Gebanglah istilah gempak macamana pun. Bagi kita tuan rumah ni, nak bagi senang faham, cat ada dua jenis je. 1) cat kapur 2) cat boleh lap-lap. Cat kapur ni biasa jual dalam tong1 liter, 7 liter dan 16 liter. Tengok gambar tong cat warna putih tu. Standard sama tak kisah la jenama jotun, nippon, skk, maxilite atau apa jugak. Harga RM30++ - 40++/untuk 7 liter. Cat boleh lap-lap ni lebih tahan lasak. Tahan kena cuaca hujan dan panas. Kalau kena conteng dengan pen, boleh lap je kasi bersih. Jual dalam tong 1 liter dan 5 liter. Warna terlalu banyak pilihan. Nanti dia masuk mesin, campur warna untuk jadi macam yang kita order dan goncang-goncang. Harga RM 80++ - 110++ untuk 5 liter. Kalau nak sewa rumah kat expat, pakai cat boleh lap-lap lah. Nampak kualiti. Kalau buat homestay, elok juga pakai cat boleh lap-lap pa...

Mahal mana kereta yang mahal?

Sambungan perkongsian rahsia kereta semalam. Bila saya kata 'dapat gaji je terus beli kereta yang mahal', makna perkataan mahal tu bukan kereta berharga RM70,000 ke atas. Mahal atau murah ni subjektif. Bergantung pada pendapatan kita. Orang bergaji RM2,500 merasakan kereta berharga RM 70,000 itu mahal. Tapi bagi pilot atau kapten kapal yang berpendapatan RM20,000 sebulan, mungkin kereta sebegitu macam celah gigi dia je. Nak beli rumah lagi dan lagi? Pakailah kereta yang ansuran bulanannya tak lebih 13% dari gaji. Kalau lebih dari tu, kereta itu terlalu mahal buat anda dan di luar kemampuan anda. Sebab kalau pinjaman dah banyak kat kereta je, margin yang tinggal untuk buat pinjaman rumah dah kecik. Tu belum kira kad kredit, pinjaman rumah untuk duduk sendiri, pinjaman peribadi dan pinjaman ASB. Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim masih pakai Myvi walaupun wang simpanan dalam banknya ada RM8juta. "Tapi Rohaniah, bagaimana kalau 13% dari gaji saya...

Nak beli rumah banyak?

Semalam semasa minum pagi selepas sesi Selamat Pagi Malaysia tamat,  saya ditanya, macamana nak beli rumah banyak-banyak? Jawapan saya, pertamanya lihat kereta apa yang kita pakai. Adakah ia di luar kemampuan kita? Ni mentang dapat gaji je terus beli kereta yang mahal. Tapi kereta adalah keperluan, tanya mereka lagi. Ya.. Keperluan untuk bergerak dari lokasi A ke lokasi B. Adakah mesti dengan kereta yang ada sport rim? Kalau tak ada sport rim dan leather seat, boleh sampai tak? Begitulah jawapan saya semalam yang katanya jika dipandang sekali imbas, mirip sangat muka Amy Mastura. Bukan saya cakap, penonton yang cakap kat saya. Saya terpaksa redha.

May 28, 2015 at 05:43AM

Sambungan Tips Jimat Kos Peguam. Kalau dah buat muka sedih, tapi peguam tu tak dapat atau tak beri diskaun, jangan la terus ban peguam tu. Ingat. yang paling penting adalah peguam tu dapat buat kerjanya dengan baik. Dapat jaga kepentingan kita sebagai client dia. Bukan pada diskaun seratus dua. Kalau dia buat kerja cun, tak beri diskaun pun tak apa. Kalau dia buat kerja cun tapi beri diskaun, itu bagai bulan jatuh ke riba. Tapi kalau dia buat kerja cun, bujang, wajah dan budi bahasanya pun cun, itu namanya jalan ke sorga. #semuaorangbolehbelirumah #tipsbelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1QaUHFl

Tips jimat kos peguam

Tips 1: Kalau anda pembeli, jangan lupa buat muka sedih dan ayat manis minta diskaun. Dapat diskaun RM100 atau RM200 pun duit juga. Kalau anda penjual, guna lawyer yang sama dengan pembeli. Jadi tak dikenakan caj penyediaan SPA. Gambar hiasan: Flora Damansara Blok F 850 sqft 3 bilik 2 bilik air. Corner lot. Nak jual RM210K, market value RM235K. Call / whatsapp 0123547636 #semuaorangbolehbelirumah #rumahuntukdijual #rumahbelowmarket #belowmarketvalue Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1AsDHZp

Seri Binjai: Memudahkan bumiputra membeli rumah

Sejak akhir-akhir ni banyak kes jenayah berlaku di Malaysia. Pecah rumah, penculikan, rompakan. Ini menyebabkan keselamatan menjadi satu elemen penting dalam memilih rumah yang akan dibeli untuk diduduki. Kalau kondominium, memang biasanya ada pengawal keselamatan dan CCTV. Jadi aspek keselamatan memang dah ada. Tapi kalau beli rumah landed atau rumah bertanah? Masih banyak rumah bertanah yang tak ada ciri-ciri keselamatan begini. Terutama rumah bertanah yang sedia ada. Last-last penduduk buat inisiatif sendiri, kutip duit bulanan dan dapatkan servis pengawal keselamatan sendiri untuk berkawal dan menjaga di pintu masuk kawasan rumah mereka. Oleh yang demikian, untuk projek rumah bertanah yang baru, pemaju bina perumahan yang siap ciri-ciri gated and guarded, iaitu berpagar dan ada pengawal keselamatan. Hari ini, saya nak kongsikan projek rumah bertanah gated and guarded di Seri Binjai, Rahang, Negeri Sembilan. Ini projek IJM Land, dekat area Seremban nak ke Senawang. ...

Apa Offer to Purchase form ni?

Baru pulang bertemu vendor untuk menandatangani Offer to Purchase form. Apa tu? Offer to purchase form ni dalam bahasa mudahnya borang booking rumah. Borang ni digunakan dalam urusan jual beli rumah subsale. Pembeli tandatangan borang ni tanda menawarkan untuk beli rumah ni pada harga sekian sekian dengan deposit 3% dan terma yang tertera di borang tu. Penjual atau vendor tandatangan sebagai tanda setuju untuk menjualkan rumah ni pada harga sekian sekian dengan deposit dan terma yang telah tertera. Bila dua-dua pihak dah tandatangan, maknanya perjanjian dah tertera. Penjual dah tak boleh jual pada orang lain. Pembeli dah terikat untuk teruskan pembelian. Siapa batalkan hasrat, duit deposit burn dan boleh dikenakan bayaran penalti. #prosesjualbelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1BlHS48

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A. Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak. "Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... " Jawapan: Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan b...

QA jual rumah ada strata owner oversea macamana?

Assalam. Saya ada beberapa pertanyaan dari saya ni.... Saya ada apartment  yg ingin dijual, nak tahu 1. Berapa lama masa yg perlu dalam proses menjual sekiranya dah ada buyer? 2. Berapa % yg perlu dibayar pada agen hartanah? 3. Sekiranya penjual berada di luar negara dalam jangkamasa lama , boleh proceed tak jual beli? 4. Apartment saya belum tukar strata, bolehkah terus letak nama pembeli? Harap sangat saudari rohaniah dapat membantu, terima kasih. Jawapan: 1) sekiranya dah ada buyer dan kedua-dua pihak telah tandatangani perjanjian jual beli, proses pindah hakmilik dan pembayaran oleh pihak bank hingga ke pemilikan kosong dan penyerahan kunci biasanya mengambil masa paling cepat 3 bulan , biasanya 6 bulan bagi hartanah freehold. Bagi hartanah leasehold pula 6 ke 9 bulan. 2) Fee agen hartanah atau perunding hartanah berdaftar adalah maksima 3% dengan 6% GST dari 3% tadi. 3) Boleh jual jika penjual di luar negara. Penjual perlu menyediakan surat kuasa atau power of...

posing Havoc

Dr Azizul kata masa talk dia tadi, cik Rohaniah tu gen Y. Woww.. Itu satu penghormatan kepada kecomelan saya. Kerana itu, saya berbesar hati ajak dia bergambar bersama meskipun akan jelas ketara berdiri tak sama tinggi duduk sama bergaya. #havochartanah #rohaniahnoor #semuaorangkenabelirumah Dr Azizul kata masa talk dia tadi, cik Rohaniah tu gen Y. Woww.. Itu satu penghormatan kepada kecomelan saya. Kerana itu, saya berbesar hati ajak dia bergambar bersama meskipun akan jelas ketara berdiri tak sama tinggi duduk sama bergaya. #havochartanah #rohaniahnoor #propertywaltz #semuaorangkenabelirumah Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1bYWpMu

Antara penghavoc

Memang havoc habislah JB kali ni. #havochartanah #rohaniahnoor #semuaorangkenabelirumah

Selamat Pagi Malaysia: debaran dilamar kali pertama

Semalam  14 Mei memang pengalaman yang sangat mahal buat saya. Saya telah dijemput sebagai tetamu jemputan dalam Selamat Pagi Malaysia. Berkongsi mengenai pelaburan hartanah dalam slot Celik Kewangan. Kredit foto: NAS Saya bersiaran dari jam 9.10 - 9.30 pagi. Bukan sahaja sampai Selamat Pagi Malaysia habis, tapi sampai studio dah tutup lampu, saya masih dalam tu. Ada staff RTM menegur dan bertanya soalan. Harap soalan saya membantu dia.  Tengok dia pun dari blur jadi berkerut lepas saya bagi cadangan, formula dan pilihan-pilihan yang dia boleh ambil. hehehe Ramai yang komplen, apsal tak beritahu awal? Hahaha.. saya dapat panggilan telefon pada petang hari Selasa. Maknanya lagi satu hari setengah sahaja lagi. Bila pegawai RTM tu call je, dalam kepala saya mula panik. Satu perkara je yang saya risau. Nak pakai baju apa? Saya kan selalu cakap, hidup di bawah kemampuan. Kena pulak budak Jengka ni dulu tau menoreh dan main bola getah ...

Ekspo Prospek Hartanah

Ekspo Prospek Hartanah di Festival City Mall, Setapak. Ada pameran hartanah dan talk percuma pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 12.00 tengah hari. Insya Allah saya akan berkongsi topik mengenai penyewaan rumah pada hari Sabtu jam 12.00 -12.45 tengah hari. Lepas tu sesi speaker lain pula. Kawan-kawan kat Lembah Klang yang nak belajar mengenai pelaburan hartanah, jemput datang ya. #semuaorangkenabelirumah #propertytalkpercuma #prospekhartanah #rohaniahnoor #festivalcitymall #sewarumah #pelaburanhartanah #hartanah

Havoc Hartanah @Iskandar Malaysia: Nak pencen awal?

Panggilan untuk kawan-kawan di Johor. - Iskandar Malaysia -perception versus reality - Lebuhraya Wang - Strategy membina portfolio hartanah RM1Juta - Problem dapat pinjaman? - How to pay less tax on property. Bayangkan dalam 2 hari 11 speaker akan menyampaikan tajuk-tajuk di atas dan banyak lagi tajuk berkaitan pelaburan hartanah dan kewangan. Padat. Non-stop. Insya Allah saya sendiri akan membentangkan tajuk Jom Pencen Awal dengan Hartanah, khas buat kakitangan awam. Havoc Hartanah @Iskandar Malaysia 16 dan 17 Mei ini, bertempat di IMIC, Dangabay, Johor Bahru. Speaker yang akan turun JB nanti adalah: 1. Azizul Azli Ahmad 2. En Mknk 3. Rohaniahnoor Di Sini 4. Dr Daniele Gambero 5. AbangAbu Abuayubul Ansari 6. Adrian Wee 7. Elizabeth Siew Wai Kit 8. Wan Infolelong 9. Khalil Adis 10. Dr Mohd Waqiyuddin 11. Richard Oon  Harga tiket cuma RM90 untuk dua hari dan RM50 kalau nak hadir sehari sahaja. Siap dengan 3 meal. ***** PERCUMA 2 EB...

Jengka Ceria Homestay: jana pendapatan pasif di rumah

Saya pernah berkongsi mengenai gaya hidup orang Jerman. Mereka membina rumah dalam 2 atau 3 tingkat, satu tingkat ada satu atau dua pintu. Maknanya dalam satu bangunan kediaman, ada 2 - 6 unit rumah di dalamnya. Satu rumah mereka duduk,  Rumah lain mereka sewakan. Dengan cara ini, mereka menikmati pendapatan pasif secara bulanan. Kalau mahu baca dengan lebih lengkap, boleh klik artikel terahulu saya ini DI SINI. Mengambil semangat dan keazaman yang sama, maka kakak saya, puan Noor Azlina sendiri telah membina 3 bilik penginapan homestay di rumahnya. Semasa beliau mengubahsuai rumah, beliau masukkan dalam pelan dan bajet untuk ada 3 bilik ini siap dengan bilik air masing-masing. Jadi, bolehlah ia menjana pendapatan sebagai homestay. Jengka Ceria Homestay. Lokasinya di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Tak jauh dari UITM Jengka. Keunikan bilik homestay ini adalah ia lebih bajet berbanding homestay lain di sana. Kerana homestay lain tu, sewa satu rumah terus. Jadi ...

Jalan terus

Setiap hari kita akan temui pelbagai halangan dan menempuhi pelbagai cerita. Ada orang yang menyukaimu tanpa sebab. Ada orang menyakiti hatimu tanpa sebab. Asal kita tahu apa yang kita lakukan itu sehabis baik terus dari hati, jalan terus sahaja. Jalan terus, jalan tunduk. #motivasi #elephant #elephanttrekking #krabi #aonang #jalanterus #jalantunduk #rohaniahnoor Setiap hari kita akan temui pelbagai halangan dan menempuhi pelbagai cerita. Ada orang yang menyukaimu tanpa sebab. Ada orang menyakiti hatimu tanpa sebab. Asal kita tahu apa yang kita lakukan itu sehabis baik terus dari hati, jalan terus sahaja. Jalan terus, jalan tunduk. #motivasi #elephant #elephanttrekking #krabi #aonang #jalanterus #jalantunduk #rohaniahnoor #propertywaltz Disalin dari Laman FB Rohaniah Noor http://ift.tt/1EiBeM7