Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2025

Dateline atau deadline Houzkey Maybank

Baru lepas jumpa owner sebuah kondominium di Cyberjaya. Dia beli rumah ni melalui produk Houzkey oleh Maybank. Sebenarnya ia sistem sewa beli. Owner dikira menyewa dengan option untuk beli semula. Jadi tak ada SPA dan perjanjian pinjaman yang owner sign masa beli rumah ni. Yang ada hanya perjanjian sewa dengan Maybank. Yang bestnya, tak perlu bayar deposit. Tak perlu bayar progress payment juga. Kadar bayaran tahun pertama ke Maybank pun murah je. Cuma RM900.  Naik tahun berikutnya barulah bayaran sewa atau ansuran ke Maybank tu naik ke RM1300. Masalah muncul bila dah nak menjelang 5 tahun. Iaitu dateline untuk sistem sewa beli Houzkey ni. Sebelum cukup 5 tahun, owner kena buat keputusan. 1. - sayang rumah? Kena beli. Buat pinjaman untuk at least baki hutang (ada baki hutang walaupun program sewa beli). 2. Cari pembeli baru. Bergantung la dapat jual pada harga berapa. Ada untung, owner dapat la duit untung ru  3. Kalau stuck dua-dua di atas tak boleh buat, owner ke...

50 pemilik rumah di Midori Green, JB menang saman pemaju. Apa kisahnya ni?

 Kita selalu dengar cerita pasal pembeli rumah yang tak puas hati dengan pemaju . Masa jual, janji bukan main gempak. Lukisan cantik, fasiliti mewah, ayat marketing pun power. Tapi bila rumah dah siap dan kunci dah dapat, banyak benda tak jadi macam yang dijanjikan . Ni ada satu kes kat Johor Bahru yang elok sangat pembeli rumah ambil tahu. Dalam kes ni, seramai 50 pemilik apartment di Midori Green, Johor Bahru bawa pemaju mereka, Austin Heights Sdn Bhd , ke mahkamah. Sebabnya satu je. Rooftop garden yang dijanjikan masa jual rumah dulu langsung tak pernah dibina . Yang buat kes ni kuat ialah, rooftop garden tu bukan sekadar janji cakap-cakap atau ayat brochure. Ia memang tertulis dalam perjanjian jual beli (SPA) . Pemilik-pemilik ni tunggu lama. Bukan setahun dua. Hampir 9 tahun . Akhirnya mereka ambil keputusan untuk lawan secara undang-undang. Mahkamah Tinggi memutuskan Austin Heights Sdn Bhd telah gagal mematuhi kontrak . Pemaju diarahkan membayar lebih kur...