Langkau ke kandungan utama

50 pemilik rumah di Midori Green, JB menang saman pemaju. Apa kisahnya ni?

 Kita selalu dengar cerita pasal pembeli rumah yang tak puas hati dengan pemaju.

Masa jual, janji bukan main gempak.
Lukisan cantik, fasiliti mewah, ayat marketing pun power.

Tapi bila rumah dah siap dan kunci dah dapat,
banyak benda tak jadi macam yang dijanjikan.

Ni ada satu kes kat Johor Bahru yang elok sangat pembeli rumah ambil tahu.




Dalam kes ni, seramai 50 pemilik apartment di Midori Green, Johor Bahru bawa pemaju mereka, Austin Heights Sdn Bhd, ke mahkamah.
Sebabnya satu je.
Rooftop garden yang dijanjikan masa jual rumah dulu langsung tak pernah dibina.

Yang buat kes ni kuat ialah,
rooftop garden tu bukan sekadar janji cakap-cakap atau ayat brochure.
Ia memang tertulis dalam perjanjian jual beli (SPA).

Pemilik-pemilik ni tunggu lama.
Bukan setahun dua.
Hampir 9 tahun.

Akhirnya mereka ambil keputusan untuk lawan secara undang-undang.

Mahkamah Tinggi memutuskan Austin Heights Sdn Bhd telah gagal mematuhi kontrak.
Pemaju diarahkan membayar lebih kurang RM2.7 juta sebagai ganti rugi kepada semua pemilik apartment terlibat.
Selain itu, ada juga pampasan berkaitan kelewatan serahan rumah.

Kes ni penting sebab ia beri mesej yang jelas.
Apa-apa yang ditulis dalam SPA bukan hiasan.
Pemaju tak boleh sesuka hati buang fasiliti yang dijanjikan walaupun projek dah lama siap.

Untuk pembeli rumah, kes ni patut jadi satu peringatan besar.
Baca SPA betul-betul.
Simpan semua dokumen.
Dan jangan terus anggap kita tak ada kuasa bila pemaju mungkir janji.

Kadang-kadang, lawan tu memang berbaloi.


Kalau nak baca berita ni, boleh klik LINK NI ya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Bakal graduan bertanya bila boleh buat pinjaman rumah?

Entah kenapa sekarang ni mood rasa nak jawab Q&A. Soalan diterima dari pembaca blog saya. Saya copy paste termasuk ejaan dan bahasa rojak. "Assalam kak rohaniah..sy student uitm..n dah final semester...insya Allah bln 7 ni selesai study sy...sy nk btanyakan 1 soalan...lps study ni mungkin sy akan bekerja...berapa lama tempoh bekerja yg bank akan tengok kita dah boleh buat loan rumah..segelintir kenalan sya kata ia mgambil masa hingga 2 tahun utk bank tgk komitmen kewangan golongan mcm sy ni. Baru lah bank pcaya yg kita dah kerja lama n stabil..ada ke cara utk sy dapat loan lbh cepat drpd mnggu smpi 2 tahun?...memndangkan harga rumah pun semakin mahal..minta pencerahan kak..sy bru nk belajar psl property... " Jawapan: Untuk memohon pinjaman perumahan, anda perlukan 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata bank yang menunjukkan gaji masuk ke dalam bank. Amaun dalam slip gaji dan amaun yang bank in ke bank hendaklah sama. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 3 bulan b...