Langkau ke kandungan utama

saya budak baru belajar


result sudah keluar.. alhamdulillah lulus semua subjek.
termasuk subjek intellectual property law 1 yg sangat susah itu.
lulus dengan jayanya setelah bertugkus-lumus membaca, memahami, menyusun semula isi-isi penting dan membuat nota sendiri berasaskan konsep "IP law for dummies"..
saya la 'dummies' yg dimaksudkan tu..
tp alhamdulillah berkat nota dummies tu, dummy ni lulus dengan jayanya
cuma kurang puas hati dengan law of association.. memang teruk saya jawab soalan part c haritu..
apa boleh buat, tu je rezekinya...
tapi kesimpulannya, saya tetap bersyukur sebab lulus semuanya...

sepertimana yg saya selalu tulis di sini, saya ni masih belajar
saya masih belajar utk menjadi seorang pengamal undang2
saya masih belajar untuk menjadi pelabur hartanah
saya bukan azizi ali atau milan doshi
saya tulis blog ni bukan nak menunjuk pandai
saya tulis blog ni bukan nak mengajar sebenarnya

pada asalnya saya tulis blog ni sebab saya suka menulis
daripada saya merepek tulis pasal cerita tak de faedah, bershopping, jumpa kawan, mengumpat..
baik saya tulis apa yg saya suka utk rujukan saya sendiri

jujur saya katakan, saya tulis blog bukan bertujuan utk org baca.
saya tulis utk diri saya sdr..
cuma kalau ada pembaca berminat nak baca, saya alu2kan

oleh kerana saya baru belajar
saya bukan milan doshi yg dah terbukti jutawan melalui hartanah
maka janganlah percaya apa yg saya tulis bulat2
study sendiri pasal hartanah
dapatkan pengalaman tokoh2 terkenal yg dah pun menjadi jutawan
dan kemudian, sila buat perkiraan sendiri

cerita saya cuma cerita org yg sedang belajar
masih bertatih
kalau saya jatuh, saya bangun sendiri
kalau anda jatuh disebabkan apa yg saya tulis? maaf saya tak bertanggungjawab
sebab saya dah tulis dengan jelas disclaimer atau penafian saya
blog ni cuma utk perkongsian pengetahuan dan pengalaman sahaja

cuma prinsip asas yg saya pegang dlm pelaburan hartanah ni adalah prinsip yg diajar oleh azizi ali, renesial leong dan milan doshi
dan sedikit mula sedikit ajaran dr peter yee
tp aplikasinya dah tentu tidak sebijik2 sama

maka jika anda nak memulakan langkah dlm hartanah
jgn belajar dr saya
jgn belajar dr org yg dia sendiri goyah nilai pelaburannya
belajarla dr tokoh yg dah menjadi jutawan dlm bidang ini
belajar lah dr mereka 4 org yg saya sebut ini
pastikan anda baca buku2 mereka dan hadir seminar mereka
lakukan apa yg mereka ajar
elakkan apa yg mereka tidak galakkan
insya allah anda akan berjaya

p/s: belajar IP law dari Professor Dr Lim Heng Gee, tokoh IP terkemuka di Malaysia memberikan kejayaan saya dlm peperiksaan IP law 1 ini...
begitu juga hasilnya bila belajar constitutional law dengan Prof Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi, tokoh undang2 perlembagaan yg terhebat dan pakar rujuk terkemuka di malaysia
alhamdulillah...
terima kasih Prof Lim dan Prof Shad
(nota yg bersepah kat belah2 belakang dlm gambar tu nota org lain pulak...
bukan saya punya semua...
teh cameron 2 kotak tu pulak tiada kaitan dengan peperiksaan.. hehehe)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...