Langkau ke kandungan utama

Hari ini dalam sejarah


Hari ini merupakan satu sejarah kepada saya
kerana selama lebih 30 tahun saya hidup, tak pernah sekali saya membeli majalah Remaja.
Saya cuma pernah membacanya semasa kakak saya berada di alam remaja dulu sebab dia yang membelinya.
Adakah zaman remaja saya dulu bosan sebab tak membeli Remaja?
Tidak juga.. sebab dulu saya biasa membeli URTV dan Media Hiburan serta komik bersiri Tony Leung.
(wallawehhh.. best giler baca komik Alam Perwira dulu.. kungfu dia superbbbb... )
Tapi sekarang ni cuma 2 je majalah yang saya tak putus beli setiap bulan..
Majalah iProperty dan Property Buyer.. hehehehe


Tapi hari ini saya telah memecahkan rekod ini apabila saya membeli majalah remaja terbaru ini.
Semuanya gara2 gambar saya ada di dalamnya...
betull... tak percaya?
eh tapi bukan lah cerita saya.. cerita kawan saya, Ieja di dalamnya tapi ada terselit gambar ramai2 yang ada muka saya juga dan kawan2 geng yang lain.

Maka dengan munculnya muka saya menempel kat dalam tu, bolehlah dikatakan saya muncul dlm majalah tu kan...
kira ala-ala featuring la..
hahahahaha....

untuk kenang-kenangan, maka saya pun membeli majalah ini untuk disimpan.
sekurang-kurangnya boleh lah saya bercerita dan tunjuk pada anak cucu saya nanti... kalau ada...
kalau takde.. anak cucu sedara pun ok.. :)

sebenarnya saya pernah juga muncul di suratkhabar.. sekali masa saya darjah 1.. saya, adik saya dan jiran2 saya dgn muka letih tunggu Dr mahathir sampai.
tulisan di bawah gambar adalah "wajah mereka yang menanti ketibaan Perdana Menteri Malaysia..)
adik saya siap duduk mencangkung lagi... hahahahaha

kali kedua muncul di surat khabar adalah apabila saya memenangi pertandingan syarahan agama semasa saya di Darjah 5.
Pertandingan antara sekolah-sekolah agama rakyat peringkat negeri Pahang.
Berita Harian.. edisi Timur.
Ingat lagi muka saya dalam gambar tu, giler buruk!

oleh kerana pada masa itu saya sangat gagal bab menyimpan dokumen ni, (rasanya sekarang pun masih gagal lagi cuma ada perubahan la... ) maka kedua2 keratan akhbar ini telah hilang.. sayang kan..
:(

so dah tua2 ni, harapnya saya dapat jaga majalah Remaja ni dengan baik
sebagai kenangan cerita kawan saya dan tentang betapa beliau meminati Kak Francissca Peter.

Tribute untuk kawan2 geng dan kak Bibs yang telah membantu saya brainstorm tagline propetywaltz.com tadi..
Terima kasih juga kepada Otromen kerana kongsikan lagu ini di wall FB saya semasa saya stuck tadi..
kini saya kongsikan pula lagu waltz ini kepada semua pembaca .
Tajuknya Waltz of Beauty.
:)



Ulasan

sitiezahim berkata…
yg mencangkung tuh cam sitie aje..hahaha
Rohaniah Noor berkata…
hahahahaha... seb baik ingat lagi.. hahahaha... dah la muka monyok, mencangkung lak.. hahahahah

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...