beliau sewakan rumahnya pada pekerja kedai runcit dan restoran mamak.
ada 3 orang pekerja yang akan duduk tapi sewa dibayar oleh tokeh kedai.
entah la.. kawan saya ni baik sangat orangnya..
ada ke patut tokeh kedai tu.. dia mintak diskaun dr harga yg kawan saya ni nak sewakan...
kawan saya ni baik dan lembut hati, bagi sewa walaupun harga tu mmg termurah di apartment tu.
kemudian tokeh kedai tu, oleh kerana dah bayar deposit 2 buland dan deposit air, dah tak cukup duit nak bayar advance sewa.
maksudnya sepatutnya kalau pindah masuk bulan januari, biasanya penyewa dah bayar siap2 sewa bulan januari tu sekali dgn deposit kan..
nanti bulan februari bayar pulak la 1 hb untuk duduk bulan februari.
tapi tokeh kedai ni pelik sikit.. dia nak duduk dulu baru bayar.
1 februari dia baru nak bayar utk duduk januari.
1 mac baru bayar untuk duduk februari.. ada ke?
kalau saya, memang jangan harap lah.. sebab macamana kalau pada 29 januari dia dah lari?
boleh ke kita dapat sewa utk tempoh yang dia dah duduk tu?
nak naik bas, misalnya.. kena lah bayar dulu baru lah bas hantar ke lokasi.
kalau dah sampai ke lokasi baru nak bayar, macamana kalau penumpang lari?
tapi tu lah... kawan saya dan suaminya jenis orang yang sangat baik..
mereka setuju.
beberapa bulan berlalu, pembayaran sewa takde masalah.
sehinggalah tiba-tiba bulan ini bayaran lewar lewat.. dan lebih 10 hb masih belum dibayar.
bila ditanya, mereka minta tempoh lagi seminggu
tiba-tiba juga restoran mamak dan kedai runcit beliau ditutup.
kawan saya dah rasa sesuatu tak kena.
call lagi, mereka minta tempoh sampai selasa baru-baru. mereka akan bayar.
bila kawan saya datang untuk kutip sewa selasa tu, barulah mereka bagitau yang mereka nak pindah keluar.
sebab? pekerja-pekerja tu takde permit. restoran dah kena serbu dengan pegawai imigresen dan diarahkan tutup.
semua pekerja diarahkan pulang.
maka sewa bulan lepas kawan saya nampaknya burn begitu saja...
mereka janji semalam akan pindah keluar.
tapi bila kawan saya datang mlm tadi untuk ambil kunci, mereka tak mahu pindah keluar juga.
nasib baik juga suami berkeras kali ni.
paksa juga mereka keluar malam tadi juga,
hm.. nasib baik lah ada lelaki kan..
kalau tuan rumah yang comel mcm saya ni dtg sorang2? terpaksa cakap lembut2 je la... hehehehe
so disebabkan penyewa mengambil kesempatan atas kebaikan hati mereka, mereka rugi sewa bulan lepas dan sewa bulan ini.
deposit 2 bulan walaupun hangus, cukup untuk cover bayaran 2 bulan ini yang tertunggak sahaja..
tapi saya tetap doakan Allah bantu mereka suami isteri untuk dapatkan penyewa yang bagus.
Semoga Allah balas segala jasa dan persahabatan kawan saya pada saya dengan rezeki yang lebih murah di masa depan...
cuma pesanan saya, jangan berlembut sangat dengan penyewa kerana mereka akan ambil kesempatan. (bab ni kadang2 saya pun fail juga.. huhuhu)
deposit mestilah 2 bulan walau apa juga pujukan rayu mereka.
jangan sekali-kali setuju penyewa duduk dulu baru bayar.
hm.. kepada semua tuan-tuan rumah dan pelabur hartanah di luar sana, lets chill and make money
:)
2 ulasan:
Wow... nasib baik ada deposit 2 bulan, dan takde kerosakan rumah.
huhuhu..bahaya gak kan lembut2 sangat pada penyewa..:)
Catat Ulasan