hari ni kita pergi jauh sedikit ye..
jauh ke pantai timur di Kerteh, Terengganu
Sabtu minggu terdahulu saya dijemput menghadiri pre-launch satu projek baru di Kerteh
demi projek ni saya sanggup pergi hari ke kerteh!
dah lah ahad pagi-pagi saya ada terry fox charity run
sudahnya seminggu saya kepenatan...
tak dapat tulis cepat pun review projek ni... huhuhu
Nama projek ni The Glades Villa
projek eksklusif 14 unit rumah semi-D dan banglo
terletak di atas sebidang tanah rezab melayu tapi freehold
betul2 hampir dengan Kompleks Petronas dan Mesra Mall
Ada 3 jenis layout dan saiz
Paling murah adalah unit semi-D 2 tingkat setengah
ada 9 unit sahaja, memang unit terhad ni
keluasan tanah adalah 43'x40'
keluasan lantai adalah 3800 sqft
ada 5 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas
Harga bermula dari RM 487,279

Jenis seterusnya adalah unit banglo dua tingkat setengah
Unit ini dinamakan Villa Orchid
cuma ada 4 unit sahaja, lagi terhad
keluasan tanah sama, 43'x40'
keluasan lantai pula 3300 sqft
ada 6 bilik tidur, 5 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas
Harga bermula dari RM 580, 168
Jenis ketiga merupakan unit banglo dua tingkat setengah juga
Unit ini dinamakan Villa Lily
hanya ada 2 unit sahaja dan sangat esklusif
keluasan tanah 63'x40'
keluasan lantai pula 4350 sqft
ada 7 bilik tidur, 6 bilik air dan 1 bilik attic di tingkat atas
Harga pula bermula dari RM 651,483
Pemaju menawarkan percuma yuran guaman, percuma television 42'' dan percuma pemasangan astro.
Untuk booking, pembeli hanya perlu bayar rm1k sahaja.. kemudian bayar baki 10% semasa menandatangi s&p.
namun jika ada masalah dengan pinjaman, pemaju bersedia memulangkan semua deposit 10% ni setelah ditolak dengan caj pengurusan.
Apa yang saya nampak, rumah-rumah ni memang sangat mewah dengan harga yang jauh lebih murah jika di KL.
kalau kat Lembah Kelang ni, rumah teres 2 tingkat setengah pun saya tengok dah 500K.
contoh projek terbaru di Bandar Baru Bangi.
di putrajaya, lagi hilang akal. rumah teres dua tingkat pun harga rm600K ke atas.
hm..
Tapi projek ni semi-D 2 tingkat setengah dengan 5 bilik tidur baru 480K++
beruntung kan mereka yang tinggal di luar lembah klang dan mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang baik
Tinggi syiling 9'
jenis tiles bercampur.. di ruang tamu, mereka akan gunakan tiles 2" x 2"
setiap unit akan dilengkapi dengan 3-phase wiring, wiring telefon, wiring water heater dan wiring serta lubang untuk aircond.
Pemaju juga menawarkan pakej tambahan pemasangan alarm bagi pembeli yang berminat.
Mereka juga menerima permintaan customization.
Mereka juga menerima permintaan customization.
contoh kalau pembeli nak minta ubah kedudukan point lampu, nak plug elektrik lebih, nak minta tambah point aircond, tukar tiles kepada ayng lebih mewah dan lain-lain.
Boleh duduk berbincang dan mereka akan tawarkan harga terbaik.
Projek ini juga berkepadatan rendah.
cuma 14 unit sahaja.
Tanah dah diratakan dan lot-lot tanah tu pun dah ditanda.
jadi pembeli boleh terus tengok lot bagi rumah yang mereka nak beli tu.
Nama pemaju adalah Manifest Glory, anak syarikat Sumur Bumi Holding Sdn Bhd.
Sehingga review ini ditulis, saya mendapat tahu yang unit dah hampir habis.
tinggal beberapa unit terhad sahaja.
tapi kalau ada pembaca di terengganu berminat, boleh hubungi pihak pemaju sendiri
Mohd Faiz 017-2805546
Aqeel 016-3334497
Ahmad Aslam 012-9600598
9 ulasan:
fuyoo kerteh kampung ku.. ni mesti target org petronas nih ..
hehe.. takpe le, bagus gak naik le rege umah di kerteh nanti :)
haah.. lokasi pun mmg dekat betul dgn pejabat2 petronas
dekat rumah juga ni...;)
pendapat aku tentang rumah kat kertih... harganya overprice untuk sebuah bandaraya seperti kerteh. Official valuation dari pihak bank memang bawah dari harga 'market'.
lagi satu kat bandaraya kerteh ni pembeli punyai banyak pilihan... tanah berlambak2... just my 2 cents.
btw aku duduk kat paka...
betuila.. tanah kerteh banyak lagi esp. ke jalan Kg. Chabang (nanti exit dari LPT).. dulu selot dalam 45K skrg dah ada yg 70K.. boleh wat banglo sebijik tu konon 400K.. dalam 500K dapatla banglo sebijik..
tapi yg tepi Mesra Mall tu agaknya prestige area la kut nanti heheh :)
wakif, ojah, harga property baru mmg naik lah kan skang ni... beli tanah dan bina sdr pun ok.. boleh ikut deisgn yg kita suka kan.. cuma beza pada loan kan?
kalau beli rumah dr developer boleh buat loan rumah dgn bank. tp kalau ada tanah dan nak bina sdr rumah, boleh buat loan rumah ke eh? atau terpaksa PL je? setahu saya kalau loan gomen mmg ada facility ni.. buat loan utk beli tanah dan bina rumah..
still boleh buat loan... buat sendiri x semestinya kita 'buat sendiri'... kita still guna 'developer' utk buat rumah tu... dan harga jauh lebih murah kalau buat cara ni... easily 20-30% less...
nak makan kedarah apa sampai dekat setengah juta. dah lah kita org kampung benci rumah tepet-tepet/sambung dgn org lain. buat ah sutir-sutir. pemaju nok utung banyok jer.
Apa jadi dgn project ni? X nmpk pun
Apa jadi dgn project ni? X nmpk pun
Catat Ulasan