Langkau ke kandungan utama

Betul ke anda beli TV LED? macam kena tipu je

Salam hari sabtu..

Saya masih lagi dalam mood "Hak Pengguna".
Nak kongsikan satu artikel yang sangat menarik.
mungkin ada yang dah baca, tapi saya baru pagi ni terbaca lepas dikongsi oleh bekas boss saya.
Memikirkan mungkin ramai lagi yang belum tahu, mungkin elok saya kongsikan di sini.

Ia berkenaan LED TV.
tuntutan seorang pengguna yang membeli LED TV tapi kemudian mendapatinya hanya LCD TV.
tuntutan dibuat di Tribunal Tuntutan Pengguna.
Menariknya adalah penjelasan syarikat penjual tv tersebut yang mengatakan

"...semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.
Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun."
Berita ini tersiar di Utusan Malaysia pada 28/5/2011 yang lalu.

Anda ada membeli "LED" tv di rumah?
pastikah ia benar-benar tv LED?

gambar hiasan dari http://www.3dtvled.biz/


ini artikel penuhnya

Beli televisyen LED, dapat LCD
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.
Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.
''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
''Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.
''Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,'' katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

Ulasan

haffizmohdnoor berkata…
wah..camtu rupanya..habis yg digembar-gemburkan selama ni hanyalah tipu je adoiii
Rohaniah Noor berkata…
haaa. tu lah.. konon je LED... kalau kat jepun pun ada satu dua je, kita kat malaysia ni lagi lah jangan harap

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...