Langkau ke kandungan utama

FOKUS: itu kata kuncinya

apa yang kita lakukan adalah pilihan kita
berjaya atau tidak kita adalah pilihan kita
gembira atau tidak yang kita rasa juga adalah pilihan kita

memang lumrah hidup kita ada waktu naik, ada waktu turun
ada waktu suka, ada waktu duka
ada waktu kita berlari, ada waktu kita duduk

tapi selama mana kita berlari, selama mana kita terduduk itu pilihan kita
selama mana kita rasa gembira, selama mana kita rasa sedih dan putus harapan pun adalah pilihan kita

Allah dah tulis di dalam al-Quran, Dia tidak akan ubah nasib sesebuah kaum jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri
Kita percaya pada ketentuan, tapi kita juga percaya dengan usaha dan doa, Allah akan makbulkan doa kita
ini bermakna, kejayaan dan kegembiraan adalah piihan kita

Apa jadi kalau kita gagal?
Bangun balik, usaha lebih kuat
Gagal bagi saya bermakna kejayaan yang dilengahkan

Apa jadi jika berlaku sesuatu yang menyedihkan
Alihkan fokus, tumpu kepada perkara yang menggembirakan atau mengujakan
Bergantung pada tahap serius atau tidak punca kesedihan itu, memang akan makan masa untuk terus mengalihkan fokus
tetapi kita mesti cuba

Bagai orang Acheh yang tabah selepas tsunami
Bagai orang jepun yang tabah selepas tsunami dan radioaktif

Yang paling penting sebenarnya adalah fokus kita
Jika kita fokus pada perkara yang sedih dan gagal itu lama-lama
selama itulah kita tersangkut di situ

Mari kita buat satu latihan
Lihat dua keping gambar ini

Yang mana satu yang anda lebih suka lihat dan renung lama-lama?

     
  
Adakah Zizan Nin yang handsome dan ceria (yang juga pojaan hati saya)?
atau lelaki yang sedih dan tertekan itu?

Saya pasti manusia normal pasti lebih suka melihat sesuatu yang cantik, ceria dan boleh menenangkan hati kan,
Jadi, jika anda normal, pasti di sini anda lebih suka lihat gambar Zizan Nin lama-lama.

Oh kalau anda lelaki pula?
pasti anda lebih suka gambar ini



Gambar wardina safiyyah yang tenang direnung
wajah maya karin yang cantik dan sedap mata memandang



.
.
.
.
.

Berbanding yang ini kan?


Tidak berniat menghina sesiapa.. 
saya cuma nak bagitahu, fokus kita memainkan peranan penting
Jika ada perkara sedih berlaku, alihkan fokus kepada perkara yang menggembirakan kita
Jika ada kegagalan berlaku, alihkan fokus kepada perkara yang masih boleh kita usahakan lebih baik

Insya Allah kita tidak tersangkut lama di dalam keadaan yang sedih atau tidak berjaya
Insya Allah kita akan terus bergerak dan gembira
kerana sifat semula jadi manusia sukakan benda yang cantik, yang gembira, yang mengujakan.

Saya juga sedang mengalihkan fokus saya
Di saat rakan yang sama2 belajar, sama2 habis Bachelor of Legal Studies sedang menyambung LLB (hons) untuk menjadi peguam, saya masih di sini.
Tapi daripada saya bersedih, lebih baik saya alihkan fokus saya kepada ebook pertama saya.

Walla!

Ulasan

zz berkata…
Uiks..ada e book gak, menarik nie...bila keluar??
Rohaniah Noor berkata…
zz, baru keluar malam isnin. saya umumkan di FB. kalau nak download, isi borang langganan kat tepi kanan sebelah atas tu ya! terima kasih banyak2 rajin baca dan beri komen di sini

Catatan popular daripada blog ini

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Orang yang tidur sambil TV on. Ini sebenarnya berlaku dari segi psikologi manusia

Tidur kena senyap? Mana boleh... Nak senang tidur, kena pasang tv. ---- Aku la tu… jenis yang lagi senang tidur bila TV menyala. Kalau tak ada TV, bukak je iPad, pasang YouTube ke Netflix ke… janji ada bunyi. Hahaha.  Siapa geng? Rupanya ada sebab tau dari segi psikologi, kenapa agaknya perangai macam ni wujud? --- Lari kejap dari topik travel... tadi saya terbaca satu artikel psikologi, katanya orang yang suka tidur dengan TV on ni sebenarnya ada 8 ciri personaliti tertentu.  Bila aku baca… Iskkk… macam ada kena. Meh saya cerita semula 8 ciri psikologi untuk orang yang senang tidur atau memang selesa tidur sambil tv on ni. --- 1. Kita pandai “adjust suhu emosi” sendiri Ada orang bila stress, dia melenting. Tapi kita… pasang TV. Bukan sebab nak tengok pun, tapi bunyi TV tu macam aircond emosi. Bagi rasa selesa, tak terlalu sunyi, tak terlalu bising. Just nice. Balance. 2. Senyap tu sebenarnya bising gila Bila semua senyap, otak kita jadi makin bingit. Lagi tak sele...