22 Mac 2012

saya masuk sekolah semula

saya akan masuk sekolah semula
semalam dah dapat keputusan rayuan pertukaran pengajian yang ditawarkan
alhamdulillah dah pun ditukarkan ke diploma lepasan ijazah syariah dan amalan

jadi, mulai minggu ni setiap sabtu saya akan berulang-alik ke shah alam
kelas dari awal pagi hingga lewat petang

hm.. bagaimana dengan seminar2 yang saya dah daftar yang diadakan pada hari sabtu ye?

dah lama tak pergi sekolah, belajar kan..
mana pergi beg sekolah saya?
kasut sekolah dah buruk, macamana?


kalau satu hari nanti dapat uruskan kes seperti ni, memang makcik kayoooo

KUALA LUMPUR 19 Julai – Bekas isteri Datuk Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K akan memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Jumaat ini.
Peguam syarie yang mewakili Tengku Zawiyah Tengku Izham, Zulkifli Che Yong berkata, pihaknya sedang mengemas kini perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Antara perkara dipersetujui ialah tiga buah rumah kediaman termasuk sebuah rumah di Bukit Antarabangsa di sini yang dianggarkan bernilai RM7 juta akan diserahkan kepada anak-anak manakala dua buah rumah di Damansara diberikan kepada Tengku Zawiyah.
berita penuh di sini http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm


tapi saya tak ada degree in property investment lah.. perlu ke?


kredit gambar: http://umno-online.com/?p=24708

4 ulasan:

sitiezahim berkata...

kredit gamba dr mana?? hahahahha tak tahan makcik

Rohaniah Noor berkata...

hahahaha.. tuuuu lah.. takper takper...amik gambar je.. kikiki

Unknown berkata...

Erksss? Ada ke Degree Property Investment di Malaysia ini?

Takpe, dah ada pengalaman dan ilmu, lebih hebat. Kena lebih amal dan praktik berbanding mereka yang lain. Anda pasti akan berlangkah-langkah ke hadapan dari yang lain, wallahua'lam.

Rohaniah Noor berkata...

duniaboleonline,hahaha.. mana ada degree tu.. saja melawak tu...
terima kasih atas doa anda. semoga makbul. amiinnn