Langkau ke kandungan utama

Bank Negara Sang Pembawa Sinar di Tahun Baru?

Saya harap saya masih tidak terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.

Apa azam rakan-rakan tahun ini?
apa pula prestasi kawan-kawan di tahun 2012?

2013 mungkin menjadi tahun yang lebih mencabar kepada semua rakan-rakan pelabur hartanah.
kadar RPGT dinaikkan, penilaian untuk kelulusan pinjaman perumahan diperketatkan.
Harga hartanah baru pula semakin meningkat menyebabkan banyak unit kecil sama ada studio atau satu bilik menjadi panas.



Nampaknya mulai 1 Januari 2013, Bank Negara akan menguatkuasakan satu arahan baru.
Semua dokumen pinjaman perumahan, iaitu melibatkan dokumen perjanjian antara pembeli dan bank mestilah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Bank Negara.
Ini berkuatkuasa untuk pinjaman berjumlah RM 500,000 ke bawah sahaja.

Jika nilai pinjaman melebihi RM 500,000, terpulang kepada bank untuk menggunakan standard ini atau template mereka sendiri.

Tujuan penyeragaman dokumen pinjaman perumahan ini adalah supaya semua dokumen ini dipersembahkan dalam satu format yang sama.
Ini akan memudahkan peminjam memahami terma tersebut.
Ye lah, jika formatnya sama, peminjam akan menjadi terbiasa dengan format tu dan lebih mudahlah untuk memahami kadar, tempoh, terma yang dipaparkan.
Tak perlulah tercari-cari di muka surat mana.

Lagipun, bila format sama dan peminjam mudah memahami dokumen tersebut, lebih mudah jugalah bagi peminjam untuk membuat keputusan berkenaan pakej mana yang terbaik untuknya.
Senang nak buat perbandingan.

Berita ini tersiar dalam akhbar The Star pada 29 Disember 2012 yang lalu.
Boleh baca DISINI tapi saya copy paste kan juga di bawah untuk kawan-kawan baca.
Boleh juga lawati laman web INI untuk maklumat lebih lanjut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bank Negara to standardise housing documents for better understanding



PETALING JAYA: From Jan 1, all commercial banks will be required to adopt standardised documents for housing loans and home financing agreements involving a principal sum of RM500,000 and below.

Bank Negara said the move was to enhance borrowers' understanding of the key terms and conditions of the loan agreements, including comparing such agreements.

It said banking institutions were required to present the key terms and conditions by following a template developed by the Association of Banks in Malaysia in consultation with Bank Negara Malaysia.

“The template describes these key terms and conditions using simplified language.

“This will assist consumers when making comparisons between banks and reduce the risk of borrowers who don't fully understand the contractual terms of their agreements.”

Bank Negara said the initiative was a collaboration between the central bank, Pemudah and the financial industry.

The public can access the template and FAQs at at www.abm.org.my.


Ulasan

Unknown berkata…
Agak2 ada term or syarat2 baru ker..
Derok berkata…
Arahan BNM yang ini dikira sebagai membantu pelabur hartanah la kan..hehehe
sitiezahim berkata…
so bagus la kan? hehehe (spt biasa agak blur :P)
Rohaniah Noor berkata…
@Sudir Sobri, ada standard template di laman web abm.org.my tu. rasanya terma yang sama, cuma dia standardizekan sahaja.

Derok, ya seoatutnya membantu semua pembeli dan pelabur hartanah.

SItiezahim, haa.. sepatutnya lebih bagus la sebab kita tak keliru bila baca agreemet tu sebab semua bank pakai terma dan format yang sama
Sudin Isa berkata…
Syarat-syarat yang ditetapkan Bank Negara ini adalah untuk menyekat spekulator hartanah. Kepada sesiapa yang ingin menggunakan wang orang lain untuk buat duit (use other people money to make money), ini adalah salah satu sekatan yang perlu dilepasi.
Rohaniah Noor berkata…
en sudin, saya tak rasa standardkan dokumen bertujuan nak sekat spekulator. ia hanay untuk memudahkan rujukan dan pemahaman peminjam sahaja. memudahkan pihak bank dan peguam juga

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...