Langkau ke kandungan utama

Dari Penoreh Getah ke Pelabur Hartanah


Saya seorang pelabur hartanah dan penulis.
Apa yang saya kongsikan di blog ini adalah dari pengalaman saya sendiri
sebahagiannya juga dari apa yang saya pelajari secara formal di universiti atau di dalam seminar-seminar.

terima kasih kepada pengajian undang-undang saya.
Ia memberi saya pengetahuan dari perspektif undang-undang atas apa yang saya lakukan ini

Mungkin rakan-rakan di Facebook sudah tahu siapa saya dahulu
saya ada kongsikan di status saya

Semasa zaman persekolahan, saya seorang penoreh getah separuh masa.
Saya bukan berasal dari keluarga senang.
Jam 6.45 pagi keluar menoreh, pulang rumah jam 1.30 atau 2 petang.
Bawa balik 2 tong besar getah cair untuk dihantar ke Pusat Mengumpul Getah, Felda.
Bila tiba 'hari gaji', ibu beri saya upah RM 5 sehari.

saya berhenti menoreh semasa saya di tahun akhir di Universiti
iaitu apabila Felda tebang semua pokok getah kami dan tanam semula dengan kelapa sawit.


kredit gambar: http://kgsilou.blogspot.com

saya telah dilatih berdikari
mahu wang beli buku? menoreh dulu.
mahu wang beli majalah? menoreh dulu
mahu wang beli toiletteries? menoreh dulu
malah dua, tiga tahun sekali mahu berjalan-jalan pun kena menoreh dulu.

Bagi saya, tiada beza lelaki atau perempuan.
Kalau kedua-duanya rajin berusaha dan punya hati yang gigih dan kental, insya Allah kita boleh capai apa yang kita mahu
Hanya cepat atau lambat sahaja

Jika dari kosong, nak terus jutawan, pasti ambil masa lebih lama
berbanding mereka yang terus boleh mewarisi harta pusaka ibu bapa bernilai sejuta ringgit

Saya tak mahu jadi penoreh getah sampai tua
Saya juga tak mahu bekerja sampai tua
Saya mahu capai kebebasan kewangan.

Itu sebab saya lakukan pelaburan hartanah
sebab saya nampak itu peluang untuk saya menjadi jutawan walaupun masih bekerja
itu juga satu cara untuk saya capai kebebasan kewangan

Kredit foto: Tuan Asan Taring https://www.facebook.com/asanrivas?fref=ts


Alhamdulillah..
hari ini saya belum lagi seorang jutawan
portfolio hartanah saya pun baru 2.1 juta
tak sehebat kawan-kawan lain..

tapi saya tak kecewa kerana saya tahu saya akan jadi jutawan juga satu hari nanti
pelaburan hartanah bukan skim cepat kaya
dan saya memang bukan berasal dari golongn kaya atau sederhana
maka apa yang saya peroleh hari ini adalah satu pencapaian yang saya sangat banggakan.

Jika saya yang dahulunya penoreh getah ini pun boleh menjana wang besar melalui pelaburan hartanah
apatah lagi kawan-kawan yang mungkin dulunya seorang pesawah padi, penternak kambing, penternak lembu, pengechop kelapa sawit, pengutip telur ayam, pekerja McDonalds atau pembantu stesen minyak.

Kawan-kawan ingin tahu caranya?

Saya akan anjurkan Seminar Wang Besar melalui Pelaburan Hartanah di mana saya akan kongsikan bagaimana kawan-kawan boleh jadi jauh lebih hebat dari saya!

Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Mac 2013
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Bilik Seminar Sifu Pie, no 12-1, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, Kajang.

Untuk harga early bird iaitu pembayaran pada atau sebelum 3 Mac 2013, yuran hanya RM 188 seorang atau RM 350 untuk dua orang.

Selepas 3 Mac, harga akan naik.

Jika berminat,kawan-kawan boleh membuat pembayaran ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.



Oh ya, dalam sesi ini nanti, akan ada penampilan khas Sifu Pie. 
Beliau akan berkongsi mengenai pelaburan homestay.



Selain itu, akan ada satu sesi khas bersama peguam iaitu Puan Hazlin Aslina dari Firma Hasnan Hamzah.
Beliau merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas dalam prosedur guaman pembelian rumah dalam pembinaan dan subsale.

Tempat terhad. Maksima peserta yang boleh muat cuma 30 orang sahaja.

Jadi kalau berminat, boleh buat pembayaran segera sementara harga early bird masih dibuka.
Boleh bank in ke akaun CIMB 16010000461106  atas nama Kaseh Trading and Services.

Mohon maklumkan kepada saya jika kawan-kawan telah pun membuat bayaran tersebut melalui email saya rohaniahnoor@gmail.com atau no hp saya 0192648628.

Atau, kawan-kawan boleh isi borang di bawah:


semoga saya dapat kongsikan yang terbaik untuk kawan-kawan nanti.
Semoga kawan-kawn akan jadi lebih hebat dari saya.

Jumpa nanti ya!

Ulasan

sitiezahim berkata…
good luck sis..nanti i peromot :)
Rohaniah Noor berkata…
sitiezahim, terima kasih :)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...