13 Februari 2013

pemaju pejam mata, pembeli yang merana

Semalam berlangsung sesi khas
'Saya Mahu Check Defect'

sesi ini bukan sesi kursus hartanah yang biasa
sesi ini istimewa sebab saya membawa peserta ke rumah yang baru dapat kunci
di sana mereka diajar bagaimana nak check defect

bukan teori semata-mata
bukan juga lihat presentation
bukan juga tengok video

tapi mereka ditunjuk secara live
dan terus kena buat praktikalnya
cek cat, cek pintu, cek lubang di dinding, cek tiles yang lompang, cek dinding yang tak rata dan lain-lain
semuanya praktikal dan secara sempoi



sebenarnya ini idea spontan
saya sedang membuat pemeriksaan kerosakan dari pemaju untuk rumah saya ini
dan saya dapati banyak betul defectnya

jadi saya terfikir
kan lebih bagus jika ia dapat dikongsikan kepada sesiapa yang akan menerima kunci rumah baru mereka tak lama lagi
sebab saya percaya, ramai yang masih belum sedar kepentingan check defect secara terperinci
ramai juga yang kurang mahir bagaimana nak lakukannya

sebab pemaju hanya mahu jual rumah dan dapat wang
jika ada kecacatan pembinaan, mereka pejam mata sahaja
selagi pembeli tak membuat aduan, makin kuat mereka pejam mata

kita beli rumah bukan murah
beratus ribu harganya

harga itu untuk rumah yang baik
bukan untuk rumah yang catnya comot
bukan untuk rumah yang tilesnya pecah
bukan untuk rumah yang lantainya tak rata


pembinaan rumah ada standardnya
pembeli rumah ada haknya

sebab itulah saya membuat pelawaan ini
supaya pembeli sedar hak kita

alhamdulillah, walaupun last minute ada 2 orang rakan fb yang sertai
ini maklumbalas mereka berdua mengenai sesi ini



syukur saya berjaya menyumbang sesuatu semalam
syukur saya berjaya menambah nilai kepada mereka berdua

kepada tuan Azahari dan tuan Azrin
Selamat cek defect rumah sendiri nanti ya!

1 ulasan:

Haruki berkata...

Wow, live session!