Langkau ke kandungan utama

Teknik panas: bagaimana untuk tidak membayar RPGT

Heboh orang memperkatakan dan mengongsi video ini

Mana tak hebohnya.. antara kandungannya adalah bagaimana untuk tidak membayar RPGT atas keuntungan jualan hartanah

untuk pengetahuan rakan-rakan, RPGT atau Real Property Gain Tax  ini bahasa melayu dipanggil Cukai Keuntungan Harta Tanah.
Ia cukai yang dikenakan atas setiap keuntungan jualan hartanah

Mulai 2013, kadar PRGT dinaikkan
kalau hartanah tu dijual dalam tempoh kurang 3 tahun dibeli, cukai dikenakan adalah 15%
kalau 3 - 5 tahun dibeli, cukai dikenakan adalah 10%
kalau lebih dari 5 tahun, barulah tiada cukai dikenakan.

Cukai ni memang wajib dibayar oleh penjual yang memperoleh keuntungan dari jualan hartanah
maknanya, jika harga jualan lebih tinggi dari harga belian
Peguam penjual dan peguam pembeli yang akan isytihar transaksi jual beli ini kepada LDHN

Tapi, jika bayar cukai itu wajib, bagaimana boleh ia boleh dielakkan untuk dibayar?

menurut video ini, apa yang mereka lakukan adalah

1) Sediakan 2 perjanjian.
Perjanjian pertama menunjukkan harga jualan hartanah yang kecil dan tidak menguntungkan. Hanya 10% dari harga jualan sebenar.
Perjanjian kedua menunjukkan harga jualan sebenar

2)Buat bayaran 10% harga itu di Malaysia. Maka apabila pengisytiharan dilakukan, tak perlulah bayar RPGT

3) Buat bayaran selebihnya di luar negara, iaitu di Singapura.

Wahh.. biasanya pembeli mark-up harga jualan di dalam perjanjian jual beli untuk dapatkan pinjaman 100%
ini terbalik pula.. mark-down harga jualan untuk lari dari RPGT?

Harus diingat, Seksyen 31 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah menyatakan bahawa seseorang itu didapati sengaja melarikan diri dari membayar cukai ini, dia  boleh
- dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
- didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya,
- dan hendaklah membayar suatu penalti khas sebanyak tiga kali ganda dari amaun cukai yang telah terkurang dikenakan itu akibat kesalahan itu atau yang tetap terkurang dikenakan jika kesalahan itu tidak diketahui.


Boleh saksikan kenyataan ini di minit 6:47 video di bawah

 

Ulasan

sitiezahim berkata…
orang gaji kecik skema membayar cukai, tapi orang2 kaya dok lari dari cukai..bagus2 dunia ni..huhu
Rohaniah Noor berkata…
betul.. itu sebabnya peraturan macam ni hanya memberi tekanan pada orang biasa dan orang miskin.
orang yang dah kaya, mereka tak kisah, tak terkesan atau ada sahaja jalan untuk lari darinya

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...