Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Bakal Pengantin Nak Sewa Bilik

Minggu ini saya berbual-bual secara online dengan seorang rakan. Katanya dia sekarang tinggal seorang diri di rumah. Beliau belum berkahwin dan ada bilik kosong di rumahnya. Rumah yang dia duduk ni rumah sendiri. Masih ada hutang dengan bank Untuk menjana pendapatan dan mengurangkan bayaran bulanan rumahnya ini, beliau berhasrat untuk menyewakan dua biliknya. Kira sewa bilik lah.. tapi beliau musykil, nanti kalau berkahwin, bagaimana? bolehkah beliau tamatkan penyewaan lebih awal sekiranya tempoh kontrak sewaan belum tamat? sebenarnya sangat boleh, namum ia bergantung pada perjanjian sewaan. Sekiranya dalam perjanjian sewaan sekadar tertulis "tempoh sewaan adalah ___________ tahun bermula dari  ____ hingga ______" Tiada sebarang terma mengenai pilihan atau notis penamatan awal. bermakna apa pun terjadi, ribut petir, puting beliung.. kontrak sewaan hanya akan tamat pada hari tarikh akhir dalam perjanjian ini. Tiada pilihan. Tapi sekiranya dalam perjanj...

Pakej terhebat alaf ini - 3 dalam 1

Saya ada pakej terbaik untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Sekali lagi, saya akan menganjurkan dua bengkel pelaburan hartanah pada bulan Jun ini. ****************************** 1) Bengkel Wang dan Hartanah ****************************** Bengkel Wang dan Hartanah sangat sesuai kepada mereka yang baru mahu belajar mengenai pelaburan hartanah. Atau kepada mereka yang baru beli satu unit rumah tetapi masih kurang jelas mengenai tips dan trick penting. Menghadiri bengkel ini, peserta akan didedahkan dan memahami: - Pengurusan wang dan kewangan peribadi - Menggali hartanah panas - Prosedur beli rumah - mengenalpasti kelayakan pinjaman - Teknik mendapatkan pinjaman - kenalpasti jodoh hartanah - Pro dan Cons: Beli rumah under construction, subsale dan lelong. Bengkel ini akan diadakan pada 22 Jun, Ahad.. Tempat belum dipastikan, tetapi ia akan diadakan di kawasan Ampang atau Kuala Lumpur. ********************************* 2) Bengkel ...

Lepaskan Kekayaan Anda di tahun 2014

Belajar dari orang Cina Ramai orang kata, orang cina ni memang dah dari dulu pakar buat duit mereka dah lama mahir berbisnes mereka dah lama tahu main saham mereka lebih awal melabur hartanah beramai-ramai. Maka, bagi saya sangat beruntung kalau dapat belajar dari mereka bagaimana mereka lakukannya Itulah sebabnya saya banyak hadir ke kelas dan seminar yang speakernya adalah dari bangsa Cina. Saya mahu tahu rahsia mereka. Selain Dr Peter Yee, seorang lagi guru pelaburan hartanah saya adalah Michael Tan. Beliau memang seorang pelabur hartanah yang agresif dan bijak. Melalui FREEMEN, beliau menganjurkan beberapa siri seminar dan kelas pelaburan hartanah . Terbaru, FREEMEN akan menganjurkan satu lagi seminar sehari bertajuk Unleashing Your Wealth in 2014. Dalam bahasa melayu, Google translate kata Lepaskan Kekayaan Anda di tahun 2014. Seminar ini akan diadakan pada - 31 Mei di Petaling Jaya - 1 Jun di Kuala Lumpur - 21 Jun di Pulau Pinang. Selain Michael Tan, ...

Talk percuma, peta percuma

Wahhh... nampaknya Sabtu ini ada sesi talk hartanah percuma lagi. Kali ini Ahyat Ishak pula akan beri talk di I-Tech Tower, Shaftsbury Square Cyberjaya. Tajuk talk dia 'A Excitement in the Southern Corridor of Greater Kuala Lumpur' Khabarnya Ahyat juga akan edarkan peta khas Pejuang Hartanah secara percuma kepada semua yang hadir. Woww woww... Satu lagi yang menarik, kalau lihat pada itinerary ni, ada complimentary bus tour ke tapak Shaftsbury Avenue Putrajaya. ooo... maknanya, Shaftsbury Avenue ini adalah projek baru di Putrajaya. Ada pelancaran besar-besaran Shaftsbury Avenue @ Putrajaya pada hari Sabtu 24 Mei dan Ahad 25 Mei tu. Jadi, kalau kawan-kawan berminat nak tahu potensi lokasi di sebelah selatan Greater KL ini dan potensi projek baru di Putrajaya ini sendiri, jemput hadir ya. Tarikh : 24th May 2014, Sabtu Masa : 12 pm Speaker : Ahyat Ishak Lokasi : I-Tech Tower, Shaftsbury Square Cyberjaya.

mengecat ala adidas

Ingat lagi kisah cinta kawan saya? saya pernah kongsikan DI SINI dan DI SINI. Kawan saya ini dah dapat kunci rumah yang dibelinya beberapa bulan lepas. Alhamdulillah.... Rumah freehold, jadi proses pindahmilik dan loan disbursement ambil masa dalam 5 bulan sahaja. Kawan saya ni pun guna servis peguam rasmi saya yang saya dah percaya. Jadi, tiada masalah sepanjang proses pindahmilik rumah ni. Nak duduk rumah sendiri kan.. takkan nak duduk di rumah bercat putih je. Boring lah.. maka dia berangan nak cat sikit rumah ni. Biar ada deko sikit lah. Tapi adat orang sibuk... hari ke hari tak juga mengecat. Lampu, gril, kitchen cabinet pun tak ada pasang lagi. Last-last dia ada hal kena pindah masuk bulan 6 ni. haaa... baru terkancat. Sebagai kawan lama, saya tolong dia beli rekemen company yang pasang kitchen cabinet dan gril kemudian saya teman dia pergi beli sink, hood dan hob dan beberapa kelengkapan lagi. Masalah seterusnya, mengecat. Dia tak ada masa nak meng...

Penyewa pakai aircond banyak dan kongsi bilik air.

Saya menerima email dari seorang rakan Kelab Alien Hartawan. saya memilih untuk cuba menjawabnya di sini. Soalan Hi Miss Rohaniah, Saya ada dua soalan yang saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Tengah duk memikirkan penyelesaian, terlintas untuk bertanya pada miss Rohaniah. 1) Jikalau rumah sewa yang kita hendak sewakan mempunyai aircond setiap bilik dah setiap bilik disewakan kepada penyewa lain, saya faham bahawa bil utiliti perlu dikongsi untuk dibayar. Bagaimana pula apabila pengunaan aircond ini menyebabkan bill elektrik naik kepada lebih daripada rm150 sebulan. Ada penyewa yang jarang guna aircond. Maka, adilkah kita menyuruh dia pun membayar sama rata setiap bulan? Adakah cara untuk kita mengawal situasi sebegini? 2) Rumah yang saya sewakan ada dua bilik yang berkongsi bilik air. Kedua-dua penyewa adalah berlainan bangsa dan penyewa bilik pertama berkebolehan untuk memasuki bilik penyewa yang kedua melalui bilik air. Soalannya sekarang, adakah cara un...

Konvensyen Pejuang Hartanah - pertama dan terhebat

Sabtu dan ad lepas, iaitu pada 3 & 4 Mei, Konvensyen Pejuang Hartanah telah berlangsung dengan jaya. Saya telah dijemput sebagai salah seorang speaker Saya kongsikan kemeriahan, kehebatan dan perkongsian 10 speaker yang terlibat pada hari tersebut. Copy paste dari perkongsian live saya di Facebook. Tuan Azizi Ali Semasa kita hidup ni, make the most out of the opportunity. "Kalau saya mai dari Kampung Bongkok di Perlis tu boleh buat, tuan-tuan pun boleh buat juga" "Lebih banyak buku kewangan yang tuan-tuan baca, tuan-tuan akan menjadi lebih kaya." - tuan Azizi Ali Tuan surveyor Sulaiman Akhmady Tuan Sulaiman berkongsi statistik transaksi hartanah di Malaysia, perbandingan tahun 2012 dan 2013. CR Fadzli UNIC Untaz Fadzli banyak berkongsi mengenai niat. Apa niat kita untuk menjadi kaya? Beliau juga bercerita mengenai kalau kita mengambil ringan sesuatu perkara, kita takkan berjaya. Master Yusnizam "N...

Dari Pelabur ke Kontraktor Rumah

Minggu lepas saya ke Dungun. Ada hal kerja di sana. Tapi saya sempat luangkan masa di sebelah petang bertemu dengan kawan lama saya. Kawan sama kepala alien. Dah lama betul tak jumpa. ada lah 3 tahun agaknya. Best sebab dia belanja saya makan kopok lekor dan goreng pisang. hahaha.. dia nak belanja ikan bakar di sebelah malam tetapi saya yang ada kerja pula perlu disiapkan. Badan pula dah sangat letih. Tapi saya bukan nak cerita pasal keropok lekor yang dia belanja makan tu. Saya nak cerita pasal projek kontraktor dia. woww.. woww.. Dia dah maju banyak tapak ke hadapan dah rupanya Dah buka satu syarikat kontraktor untuk bina rumah. Buat permulaan, beliau bina rumah untuk ahli kelaurganya dahulu. Ahli keluarganya buat pinjaman kerajaan untuk bina rumah. Dari upah kontraktor lain untuk bina, baik upah kontraktor milik keluarga sendiri kan. Sebagai kontraktor dah tentu ada sedikit margin keuntungan kos binaan kan. Maknanya di situ dah ada penjimatan. Margin keu...