Langkau ke kandungan utama

Utropolis: jalan kaki je pergi kelas.

Bagaimana kalau saya katakan, ada projek baru cun dengan harga kurang dari  RM 300K?
Projek tu pula dekat giler dengan kampus universiti baru yang akan dibuka pada tahun 2015.
Nak lagi best, area tu nak cari freehold susah.. banyak leasehold.
Tapi projek ni freehold...
Kemudian akan dibina retail lot pula di bawah tu... untuk shopping-shopping, cuci mata dan beli barang keperluan.

Kalau tengok lokasinya tu, sebelah Subang Jaya. Jadi ada potensi tempat ni boleh jadi sehebat Subang.

ahaaa... apa macam?

Masa saya dapat tahu ada projek ni, saya nampak potensi yang besar di sini.



Pertama kerana ada wow factor. ada IPT dan shopping mall.
saya selalu tekankan, cari wow factor bila beli rumah under construction.

Kedua, sebab freehold.
Jika kita ambil beberapa projek yang sedia ada yang freehold di kawasan ini, memang kenaikan harga sangat baik.
Dan kalau gerak ke kiri sedikit, semuanya dah leasehold.

Ketiga, ada matching atau pemadanan jenis hartanah dan infrastruktur di sini.

Jenis unit yang sedang dijual adalah lifestyle suites, ala-ala studio unit atau SOVO / SOFO.
ada kampus baru KDU University College akan dibuka pada tahun 2015 berhampiran projek ini.
Boleh jalan kaki je ni.

Biasanya kolej swasta akan mengambil pelajar dari luar negara, selain pelajar tempatan yang berasal dari keluarga yang boleh tahan kaya juga.
Jadi, unit studio seumpama ini memang diminati golongan sebegini.



Ok..
Projek yang saya maksudkan adalah Utropolis.
Lokasi di Glenmarie, Shah Alam.
Pemajunya Paramount Property.
Projek terdahulunya di sebelah utara Semenanjung Malaysia, di Kemuning Utama dan Cyberjaya.



Lifestyle suite Utropolis ni keluasannya 447 sqft.
setiap unit akan dapat satu tempat meletak kereta.
tanah berstatus komersial, maka perjanjian jual beli nya bukan standard ikut Housing Development Act.
Jadi, pastikan kita sebagai pembeli faham setiap terma dalam perjanjian jual beli tu nanti.

Harga jualan bermula dari RM 329,200 untuk Tower 1
dan RM 297,800 untuk Tower 2.
Mereka ada juga tawarkan unit 2 bilik tidur pada harga RM 600,000.

Ada diskaun bumiputra 7%.

Namun begitu suka saya sebut di sini, yuran penyenggaraan adalah sebanyak RM 0.45 per kaki persegi.
Jadi, untuk unit seluar 447 sqft ni, yuran penyenggaraan bulanannya adalah 447 x RM 0.45 = RM 201.15


Kemudahan yang disediakan adalah dewan serbaguna, gimnasium, kolam renang, surau dan landskap dengan water feature.



Berdasarkan kajian, didapati rumah-rumah di Glenmarie semuanya rumah bertanah berharga lebih kurang RM 1.6 juta.
Jadi, untuk memiliki satu kediaman di sini, ini pilihan paling murah lah.
sebab harga kurang dari RM 300,000 kan.

Untuk maklumat lanjut pasal Utropolis ni, boleh klik di sini
http://www.utropolis.my/

Tapi kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kampus baru KDU College University, boleh klik website KDU sendiri DI SINI.

Ulasan

Ummie berkata…
Saya tetiba sgt berminat dgn hartanah...saya ada rm300,000 cash dan plan nk beli 1 lot tnh beserta rumah berkembar 2 di kawasan dungun dgn harga kurang dari rm250, 000 adakah berbaloi...sy pula tinggal di rawang...boleh saya dapatkan nasihat Cik Puan...terima kasih sgt...
Unknown berkata…
Salam cik rohaniah
Semasa di havoc hartanah 2 hari tu,ada 2 projek yg menarik perhatian saya.salah satunye adalah projek ultrapolis ini serta satu lg projek di bukit jelutong.mohon cik rohaniah memberi ulasan sedikit mana satu projek yg cik rohaniah rs worth for money.
Terima kasih
Unknown berkata…
Saya ada beli satu unit projek ni. Dengan keluasan 450sqft berapakah tenant yang sesuai untuk mendiami soho seperti ini dan berapakah rental yang boleh dikenakan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...