Petikan dari Berita Harian, 31 Disember 2008 Oleh Che Wan Badrul Alias chewan@bharian.com.my Jatuh 15 peratus berikutan tempias krisis global KUALA LUMPUR: Harga rumah dan hartanah mengalami kemerosotan lima sehingga 15 peratus berikutan tempias kelembapan ekonomi global serta kejatuhan harga keluli, iaitu komponen penting pembinaan hartanah baru-baru ini. Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong, berkata berdasarkan makluman dan laporan ahli, pemaju perumahan terpaksa menurunkan harga berikutan permintaan semakin berkurangan. Katanya, ia disebabkan semakin ramai pembeli mengurangkan perbelanjaan dan bebanan kredit sebagai persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia yang dijangka mula dirasai tahun depan khususnya dalam industri perumahan dan hartanah. Beliau berkata, penurunan harga beberapa komponen utama bahan binaan seperti keluli yang kini hanya RM1,900 daripada RM4,100 satu tan turut menjadi penyumbang kepada kejatuhan...
Catatan dan pengalaman Rohaniah Noor dalam pengembaraan, pelaburan hartanah, takaful, perbukuan dan self-love.