Langkau ke kandungan utama

selamat tahun baru

selamat tahun baru hijrah
dan selamat tahun baru masehi
lama tak update blog, saya harap saya masih belum terlewat.
byk projek hartanah menarik sepanjang 2009
kadar interest dan BLR terendah juga berlaku di 2009
dgn RPGT masih dikecualikan
2009 mmg masa terbaik utk membeli dan menjual hartanah
itu sebab sesetengh projek hartanah hanya 2 minggu dah sold out. hebat.
lama saya tak update blog sbb bila malam sibuk dgn projek lain
projek cuti semester.
tp aktiviti survey hartanah saya masih on.
cuma tak sempat menulis.
lately notebook saya dipinjam oleh kawan dan adik saya
so gambar2 rumah yg saya lawat tiada dgn saya
tu yg melemahkan semangat nak update blog tu..

baru2 ni saya melawat 633 residency.
freehold
condo build and sell di brickfield.
harga termurah utk studio 800++ sqft adalah rm403K
tolak bumi discount dan early bird jadi rm360K
lokasi bagus, target sewa bagus, bertentangan dgn villa scott.
free snp, free stamp duty.
yg tak bagus cuma poket saya takde 10% deposit.. hehehe

kemudian ada launching anggerik link depan rumah saya ni.
rumah teres, design kontemporari.
dulu mereka jual kepada pelanggan mereka sedia ada cuma rm259K
tp masa launching dah tinggal 280k plg murah
leasehold.
kalau takde deposit 10%, mereka akan guna harga non-bumi
tp stamp duty kena share bayar stamp duty dgn developer.. hehehe
yg paling best, tgk jiran2 ni sibuk pergi sana makan satay.
padahal mereka bukan nak beli pun.. isk isk...

pergi melaka hal kerja. sempat gak survey hartanah sana.
bayou lagoon park resort.
kat ayer keroh.
dah tak banyak unit tinggal.
dier buat style resot dan water theme park la..
ala2 tiara beach resort
yg tak best, tempoh leasehold dia tinggal 89 tahun.
dah rugi 10 thn.
dan kalau nak beli dan nak maintani sdr, kena beli tingkat 10 ke atas je..
dah tak banyak la dah.

masih ada few project yg dah diwarwarkan pada thn 2009 tp sampai sekarang masih belum start jual.
harap ada perkembangan.

p/s: org lain hepi hepi sambut thn baru.. tp saya dok baring tido sakit kepala lebih 24jam. apa hal.. huhuhu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...