Langkau ke kandungan utama

bila nak pergi tengok rumah

salam hari isnin semua..
hari ni mata saya sangat mengantuk sebab malam tadi tidur lewat.
pukul 2.30 pagi baru tidur...
aduh...
hari ni selama 3 hari ada training. bukan berkaitan property tp berkaitan hal kerja saya yg langsung tiada kaitan dgn apa yang saya blogging ni.
mata dah manguap dari tadi.. huhuhu... tak tahu lah panjang umur ke tak ni dlm training nanti.

saya nak sambung kisah Kak As.
kalau tertinggal keretapi, boleh baca ba lik la ye entri lama di

http://www.propertywaltz.com/2011/05/protege-mcm-ae-ke-tak-lah.html

http://www.propertywaltz.com/2011/05/ok-ke-tak-ni-saya-dah-book.html

Selepas dia batalkan tempahan unit Menara U tempoh hari, beliau minta saya bantu dia alert kalau ada projek baru atau subsale yang bagus.

Hujung bulan 3, saya dengar ada orang nak jual apartment blok 21 taman bukit angkasa.
harag memang cantik.
RM125K
tapi masa tu saya sibuk sgt dgn kelas ganti dan hal keluarga.
terlewat pergi tgk.. sekali call, unit dah terjual.

Dalam bulan 4. agent tu bgtau saya ada satu lagi owner nak jual,
harga RM135K siap renovation.
bagus juga ni walaupun dah tak semurah yang mula2 tadi tapi harga mungkin boleh nego ke RM130K kan...
tapi saya memang tak boleh beli atau tgk rumah tu sebab dah sibuk nak exam sgt dah...
saya betul2 tak sempat nak buat sbb pada masa tu assignment menimbun, midterm test beratur dan kelas ganti pun banyak.
Sebab dah nak exam kan.. exam week start 22 hb april.

saya teringat kat Kak As.
dia pernah pesan bgtau dia kalau ada property bagus.
saya call lah.. bgtau.
jawapan yang saya dpt adalah
"best tu... tapi akak tak berani nak tgk rumah.. tak pernah kan.. so kalau nak gi tgk rumah, kita gi sama2 lah..."

hm.. Kak As nak saya bawak dia tgk rumah.
menung juga saya, macamana nak bantu dia pada waktu ni sdgkan saya pun tak cukup 24 jam sehari.

Last-last, terpaksa postpone la dulu propjek ni...

By the way, best sgt ke blok 21 taman bukit angkasa ni?
harga subsale owner biasa jual sekarang dlm 135K - 140K.
kadar sewa 800 - 900 utk unit kosong.
dekat dengan Bangsar South, Universiti Malaya, LRT Universiti.
Tak jauh la dari Vista Angkasa kesayangan saya dan abangensem tu.. hehehehe
Terget penyewa dalaha student UM dan org yg bekerja di KL terutama di Bangsar area Menara TM tu dan pekerja di Bangsar South.
Dekat sgt dari federal Highway, Mid Valley, PJ.

let say jual harga 135K, sewa 900
rental yield = (900 x 12 x 100 ) / 135000 = 8%

kalau sewa 850?
rental yield = (850 x 12 x 100) / 135000 = 7.5%

mmg sangat bagus sebab harus diingat, kawasan ni mmg sentiasa mempnuyai permintaan tinggi.
sewa akan naik dari masa ke semasa.

Lagipun kak As kan duduk di Klang sekarang. rumah keluarganya.
bekerja di KL.
so, kalau dia beli di pertengahan Klang - KL mmg sangat sesuai sebab mudah untuk dia maintain rumah ini.
kalau satu hari nanti dia nak duduk sendiri pun, sesuai juga sebab lokasi dan Blok 21 ni agak privasi berbanding blok lain di bukit angkasa ini.

Tapi dah saya betul2 tak dapat turun jalan2 cari property masa tu, rumah ni pun dah terjual kepada orang lain.

Takpe Kak As, di masa akan datang akan ada property yang bagus menanti.. asal kita rajin mencari.
:)

Ulasan

* ainul AB * berkata…
Kak Anie, sy tgh cari apartment nak beli... serious :-)

good luck for your exam
Rohaniah Noor berkata…
ainul, cuba tgk rimba 2 kat seksyen 16, mediterranean atau valencia seksyen 25 atau any apartment seksyen 13.nampak sgt menarik

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...