07 Oktober 2011

Pendaftaran Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dah dibuka


Pernah dengar pasal Program Perumahan 1 Malaysia kan?

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri kita pada pertengahan tahun ini.
Ia dikatakan projek perumahan rakyat bagi membantu rakyat yang belum memiliki rumah untuk memiliki rumah pada harga yang mampu milik.
Rumah2 bersaiz 800 - 1400 sqft akan dibina di beberapa kawasan yang strategik dan berharga antara RM150k - rm300k.

Boleh baca berita tersebut di sini

Ok, berita baik kepada semua yang menunggu-nungu projek ini.
Pendaftaran PR1MA bagi kawasan Putrajaya telah pun dibuka.
Boleh isi borang pendaftaran di sini

TAPI !!

Sila baca syarat-syarat permohonan dulu ya... saya copy paste

SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia.
Malaysian Citizen.

21 Tahun Ke atas.
21 Years old and above.

Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
Working OR Living in Putrajaya.

Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.

Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)

Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!

Please take note that any application which does not conform to the above conditions WILL NOT BE PROCESSED at once!

Ok, apa mcam kawan2? layak tak semua syarat di atas?

hehehe... bagi saya syarat ke3 boleh lah diterima sebab mungkin nak utamakan orang yang benar2 memerlukan rumah di putrajaya kan..
so, mestilah dia memang tinggal di putrajaya atau bekerja di putrajaya.

tapi alasan ke 5 tu...Pengundi berdaftar bagi Parlimen Putrajaya?
Apakah?

Ok, mari kita lihat semula tujuan projek ini diwujudkan.

Saya ambil dari laman web PR1MA ye...
Tujuan

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.

Tujuan tu untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana dan menggalakkan mereka memiliki rumah kediaman.

Mari kita lihat pula bagaimana cara utk mendaftar sebagai pengundi Parlimen Putrajaya.

Untuk mendaftar, anda mestilah menukar alamat di kad pengenalan dari alamat tetap sekarang kepada alamat Putrajaya terlebih dahulu.
Barulah boleh mendaftar sebagai pengundi Parlimen Putrajaya.

Jadi, bagaimana keadaannya jika:

1) kerja di putrajaya dan tinggal di kuarters kerajaan
- takde masalah.. tukar je lah alamat di kp kepada alamat kuarters.

2) kerja di putrajaya tapi menyewa apartment di presint 9 atau presint 11
- sanggupkah anda menukar alamat kp anda kepada alamat rumah sewa anda? rumah sewa ni biasanya sementara je.... apatah lagi kalau anda bujang. bila2 masa kalau gaduh dgn housemate atau nak kawen, anda akan keluar dari rumah tu....

3) kerja di putrajaya tapi menyewa atau tinggal di rumah keluarga / rumah sendiri yg lebih kecil di luar putrajaya
- tak boleh la tukar alamat ke rumah sewa / rumah keluarga / rumah sendiri yg kecil tu kan sebab alamat tu bukan di putrajaya. mungkin serdang, bangi, kajang, dengkil...
aikk.. takkan nak letak alamat pejabat kat kp kot?

4) duduk putrajaya menyewa tapi kerja di luar putrajaya (mungkin di Cyberjaya atau Serdang)
- nak letak alamat rumah sewa kurang sesuai.. nak letak alamat pejabat lagi tak boleh...

Maka, dengan adanya syarat ke5 ini, adakah tujuan asal projek ini dapat dicapai dengan jaya?

Adakah hasrat projek ini bagi menggantikan Skim Rumah Pertama yang kurang mendapat sambutan akan mencapai targetnya dengan telus?

nak membantu rakyat atau ada motif politik? Fikir-fikirkan....

inilah akibatnya jika semua perkara dipolitikkan.....


8 ulasan:

sitiezahim berkata...

ohhh sangat betul!!...kalau nak membantu biar ikhlas dan atas tanggungjawab, bukannya ada udang di sebalik mee meegi..hehehe

Rohaniah Noor berkata...

mee sedap terasa-rasa
pangkah dekat senang nak mengintainya

sitiezahim berkata...

hahahhaah...pantun 2 kerat yg sangat menarik!!

Rohaniah Noor berkata...

hahaha.. i pandai berpantun lak lately... bahasa jiwa bangsa..

zz berkata...

hahaa..sangat menarik bukan..siap kene tukar tmpt mengundi lagi..

pak wan berkata...

hurmm biasala tu.. yg penting buat.. kat negeri2 pantai timur ni sentimen dia, org bagi kita ambik tapi pangkah tak tentu lagi ahaks :P

Rohaniah Noor berkata...

zz, haaa.. tu lah.. lawak kan...ramai org yg kerja di putrajaya main hantam je apply skang ni wpun syarat tak cukup. hehehe...

ojah, ni lah namanya asal buat..
betul tu, org kasi amik... rezeki jgn ditolak.. tapi undi, kena lah pilih yg terbaik utk masa depan

Unknown berkata...

bukan esok ker?