Langkau ke kandungan utama

berniaga mesti mau jujur.. tribunal dan Tuhan ada...

Kita berniaga untuk mencari rezeki
Rezeki kenalah berkat
Berniaga kenalah jujur
Jangan tamak
Jangan tipu orang
Sebab kalau tipu orang, kalau tak jujur, duit banyak mana pun yang kita dapat takkan kekal.

Banyak kes-kes penipuan di kalangan penjual dan peniaga
Itu sebab kerajaan tubuhkan Tribunal Pengguna
Sebab banyak sangat kes..
kalau nak masuk mahkamah, saman menyaman memang lambat

Lain ke Tribunal dengan mahkamah?
Tujuannya sama.. nak buat tuntutan pada pihak satu lagi
Tapi penubuhannya berbeza

Mahkamah ni, semua dah tahu lah kan...
ada prosedur dier.. ada peraturan dia..kena ada peguam mewakili kita.. ada hakim..
nak selesai kes, ambil masa lama.. kena belanja banyak.

Tapi tribunal ni, kalau orang undang-undang kata, administrative law
maknanya is bersifat pentadbiran
Ingat tak kita belajar 3 kuasa terpisah di dalam Malaysia, kuasa perundangan, kuasa eksekutif  dan kehakiman.
Kehakiman adalah mahkamah
perundangan adalah Parlimen: dewan negara dan dewan negeri
Eksekutif adalah pentadbir kerajaan.. iaitu menteri dan kementeriannya (kalau kerajaan pusat) atau jabatan atau pejabat petadbiran (bagi kerajaan negeri).

Jadi Tribunal Pengguna ni di bawah kuasa eksekutif.
berasingan dari kuasa kehakiman. Jadi, prosedur lebih mudah.
Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah atau Mahkamah Buruh adalah contoh lain yang juga di bawah kuasa eksekutif.

Nak kata berapa banyaknya kes penjual yang menipu atau mengambil kesempatan pada pengguna, sampaikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terpaksa menubuhkan tribunal khas untuk menjaga kepentingan pengguna ni.

so saya lah antara mangsa nya nih
kelmarin beli headphone di kedai digi di alamanda
saya ckp, saya nak headphone original.
dier beri saya headphone ni rm49, minta kurang dapat rm45.
katanya ada waranti 6 bulan.



balik ofis, saya letak dulu dlm beg, sebelum balik, saya pun buka, ujilah headphone tu.
sekali sebelah kiri tak berbunyi.
aikkk , orginal apa macam ni?
saya tak puas hati, saya ke kedai tu terus.
saya komplen kat dier, tunjuk resit, dier tukarkan dengan unit lain tp jenis yg sama lah...

saya cuba dengar, dua-dua belah ok ada bunyi, tapi kualiti sound sangat mengecewakan.
tak ada bass langsung..
bising dan pecah
saya komplen, kalau ori kenapa bunyi mcmni?
dier jawab, tak tau.. ini je ori yang ada..


saya pujuk diri, bawa balik, dengar sambil atas motor wpun kualiti bunyi teruk
(rasanya beli yg lanun rm20 lagi sedap kot bunyi dia)
sampai rumah, saya nak caj handphone tu, saya cabut lah headphone
cabut mcm biasa.. takde ganas, takde pakai player atau spanar
sekali pin dier yg cucuk kat headphone tu sebelah tercabut.
apa da... baru sekali pakai


jadi semalam saya ke sana semula
baru buka mulut dan tunjuk barang, dia kata, "cik kalau dah guna tak boleh tukar".
aiikkkk... senang nya cakap.. jual barang tiruan kata ori, kemudian sedap2 tak nak bertanggungjawab.
mereka mula2 langsung tak mahu tukarkan barang saya tapi bila saya ugut nak ke tribunal, mereka suruh saya pilih antara barang yg sama yang saya rasa ciplak ni atau jenama lain yang langsung tak ada tulis jenama.

saya minta tukar dnegan headphone komputer sony yang lain yg saya biasa tgk dijual di carreforur harga rm35 - rm40, mereka cepat2 kata yang tu harganya rm70.
mereka suruh saya pilih antara dua barang cikai ni jugak.

siap perli2 saya.. mereka kata, kalau nak yg ok, ambil yang ni.. sambil tunjuk headphone yg mereka claim berharga rm99.
gila...

saya geram terus ambil nama sykt yg ada tulis di signboard tu dan pergi ke kaunter perkhidmatan pengguna di KPDNHEP
saya nak balik rm45 saya
tapi pegawai sana kata, saya perlu juga dapatkan no sykt mereka
hampeh la.. kedai tu tak tulis no sykt di signboard mereka..
walaupun kedai2 lain di alamanda ada tulis..
saya nampak MPH ada tulis..

pegawai KPDNHEP juga kata resit saya ni susah sikit nak claim
sebab resit kosong.. tak ada cop syarikat.
aiseyy.. memang biasa kan kalau kita beli barang2 aksesori komputer atau handphone dpt resit mcmni juga.

tapi pegawai KPDN kata, saya boleh cuba
beliau beri saya 4 salinan borang utk diisi dan hantar semula kepada mereka.

hm.. mungkin ada yang kata.. elle... rm45 pun kecoh
maaf la.. bagi saya rm45 tu besar nilainya kalau setakat nak dpt barang cikai yang tak boleh digunakan langsung macamni...

sebenarnya ni kali kedua saya kena kat kedai ni..
awal tahun dulu pernah beli charger kereta yg biasa je.. rm15
tapi boleh guna sekali je..
rosak yang sama.. pin tercabut.
tapi masa tu sebab saya beli barang tak original dan murah, saya anggap tak per lah.. salah saya sendiri
tapi kali ni saya minta yg original... dan saya bayar harga utk sepatutnya harga original..
hmm....




moral of the story
berhati-hati bila beli aksesori handphone di kedai ini
jangan terima resit yang takde nama sykt atau cop sykt.

Ulasan

sitiezahim berkata…
hummm...menarik unt dikongsi..
ameris berkata…
bagi saya nama penuh sykt tu. saya bleh dapatkan no sykt dia. saya keje SSM. hangin jugak bila baca entry nie.
ameris berkata…
antr kt shoutbox saya.
takut sy lupa nk cek sini.
zz berkata…
hari ni entri lain sikit tapi menarik..good info..
batu 9 berkata…
tu bukan original..selalu pasar malam jual rm10 jer. apepun cuba dahulu sebelum membeli..hak kita duit kita^_^
Rohaniah Noor berkata…
batu 9, dier sealed kemas. tak boleh buka tutup. nak buka kena guna gunting. tp dah nampak ori dan katanya siap ada waranti, surelah kita percaya.
Rohaniah Noor berkata…
zz, sekali sekala cerita pasal lain sket dr property :)
ameris berkata…
saya dh cek no sykt:680666-K
company ni rekod ok. takde plak pending2 dokumen.
so puan boleh proceed kt tribunal tuntutan pengguna.
Rohaniah Noor berkata…
puan ameris, terima kasih banyak tolong check no sykt. okeh, tuntutan akan dibuat. terima kasih banyak2 ya

Catatan popular daripada blog ini

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Risiko pinjaman dan jaminan sewa

Semalam saya ada menerima satu soalan cepu emas susulan dari perkongsian saya mengenai Terminal Pahlawan DI SINI . Soalan dari tuan Derok, iaitu Salam, Saya ada beberapa persoalan 1. Bagaimana jika loan pembeli tidak diluluskan oleh bank setelah unit siap, adakah pihak pemaju akan pulangkan semula wang 30% tersebut atau beberapa % ? 2. Beberapa bulan yang lepas, saya ada ditawarkan program seperti ini, unit kediaman di Serdang, pemaju menjanjikan beberapa % hasil sewa, segala urusan sewa, pemaju yang uruskan, tapi saya tidak terima pelawaan itu, kerana "takut", apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah membeli unit pahlawan ini selain dari hal persekitaran? apakah yang menyebabkan Cik Rohaniah percaya? Apakah dokumen2 yang harus kita teliti untuk mempercayai "program" seperti ini? saya tak reti bab2 under construction ni..mohon penjelasan. tq Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi mengunjungi blog saya. Walaupun blog ni tak bera...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...