Ramai lelaki berharap, untuk membeli rumah selepas kahwin.
Sebab boleh berkongsi pendapatan.
Ramai wanita pula mengangankan tinggal di rumah yang disediakan oleh suaminya.
Kerana itulah tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.
Ramai pula individu yang mengharapkan orang yang mereka sayang sentiasa di sisi mereka
untuk ketawa bersama di masa senang dan menangis bersama di masa susah
Tapi sedarkah bahawa sebenarnya masa depan kita, jalan hidup kita adalah di atas bahu kita
Kita yang menentukan masa depan kita
Bukan orang lain yang kita sayang
Kerana ada waktunya di kala kita sangat sedih
Sangat susah
Tiada siapa pun menemani kita dan meminjamkan bahu untuk kita
Hanya diri kita sendiri sahaja
Semoga Tuhan menyayangi kita semua
(gambar oleh https://www.facebook.com/3eesphotography)
Ulasan
hahaha saya pun tak tau pasal benda ni dulu.. dah kawin baru beli property..
if tau awal.. maybe beli banyak2.. sewakan.. pastu keep quiet.. rumah lepas kawin hubby beli or nama bersama.. boleh tak? :)
tu yg saya selalu cuba sampaikan. kita perempuan belilah at least 1 property sebelum kahwin supaya tak jadi harta sepencarian. mmg betul sgt lah kata2 ojah tu..