Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Bila Masa yang Sesuai Untuk Jual Rumah? Ini 5 Jawapannya.

Orang selalu tanya, bila masa sesuai nak beli rumah. Tapi jarang orang tanya — bila sebenarnya masa sesuai untuk kita jual rumah? Kita kongsi sikit beberapa situasi. Yang mungkin masuk akal. Yang mungkin kita sendiri pernah alami. 1. Bila harga rumah tu dah naik… dan mungkin tak naik banyak lagi. Contohnya rumah kos rendah atau medium. Di kawasan yang dah matang. Bukan kawasan yang sedang membangun. Harga rumah macam ni biasanya naik banyak masa awal je. Lepas tu, dia macam statik. Kalau masa kita beli dulu harga RM120,000, Sekarang dah cecah RM200,000, Tapi kawasan tu makin banyak projek baru. Jadi, ada kemungkinan akan over supply. Tapi tak ada faktor kuat untuk naikkan demand. Ini mungkin masa sesuai untuk jual. Ambil untung yang ada sebelum harga dia mendatar. 2. Bila kita dah berusia 60 tahun ke atas — dan masih sihat. Anak-anaksemua dah besar. Ada yang dah kerja, dah ada keluarga sendiri. Rumah yang dulu kita simpan untuk "masa depan" an...

Saya seorang Business Development Manager sebuah legal firm.

Saya Dah Sertai Firma Guaman Ramai yang mungkin tak tahu. Sebenarnya saya ada dua ijazah dan satu diploma lanjutan. Ijazah pertama saya dalam Teknologi Maklumat. Sarjana Muda Teknologi (UTP, 2002). Lepas tu saya sambung belajar undang-undang. Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (UiTM, 2012). Kemudian saya ambil pula Diploma Lanjutan Amalan dan Syariah (UiTM, 2013). Walaupun ada kelulusan undang-undang, saya bukan peguam bertauliah. Saya belum lengkapkan syarat untuk jadi peguam beramal. Tapi minat dalam bidang undang-undang masih kuat. Dan sekarang... saya terlibat semula dalam industri undang-undang. Bukan sebagai peguam, tapi sebagai Business Development Manager di firma guaman. Saya kini secara rasmi bersama Murni & Co Advocates & Solicitors . Peranan saya lebih kepada bantu dari sudut pemasaran. Saya cari prospek. Dan sambungkan orang dengan servis legal yang sesuai. Apa yang Murni & Co tawarkan? • Urusan hartanah dan conveyancing. • Jual beli ru...

Insurans Konvensional vs Takaful – Apa Sebenarnya Beza Mereka?

Ramai orang tahu takaful itu patuh syariah. Insurans konvensional pula tidak. Tapi hari ni kita tak borak soal hukum. Kita tengok dari segi pengurusan duit. Cara dana diurus. Siapa tanggung risiko. Dan ke mana duit itu pergi. Kita mula dengan insurans konvensional. Model ini dah lama wujud di Malaysia. Ramai orang dah ambil sejak dulu lagi. Strukturnya lebih kepada kontrak antara kita dan syarikat. Bila kita bayar premium, duit itu terus jadi milik syarikat. Syarikat akan guna duit itu untuk bayar pampasan bila ada tuntutan. Kalau tiada tuntutan langsung, mereka simpan semua untung. Pelaburan pula bebas. Syarikat boleh labur dalam mana-mana sektor yang sah di sisi undang-undang. Tiada sekatan dari segi jenis industri. Selagi memberi pulangan, ia boleh dipertimbangkan. Dan ya, syarikat juga tanggung semua risiko kewangan. Kalau terlalu banyak tuntutan, syarikat boleh alami kerugian. Sekarang kita tengok pula model takaful. Takaful dibina atas konsep ...

7 Personaliti Yang Buat Seseorang Enjoy Travel Dengan Orang Tak Kenal

Saya ni jenis yang lagi prefer travel solo daripada travel dengan orang yang saya tak kenal. Tapi sejak dulu, saya perasan satu benda dalam banyak grup traveler atau group backpacker. Ramai betul yang suka post cari travel buddy. “Siapa nak join trip ke Balkan bulan 7?”, “Saya nak ke Brazil, nak cari geng, siapa free nak join?” Haaa lebih kurang macam tu la. Sebenarnya saya takjub, boleh mereka ni ajak orang yang langsung dia tak kenal untuk travel sama? Bukan kawan lama, bukan mutual pun. Tapi boleh je dengan selamba cari travel buddy dari kalangan strangers.  Hal ni buat saya curious. Apa yang buat mereka ni boleh selesa gila travel dengan orang yang baru kenal? Jadi, saya pun cari sedikit info tentang ni. Rupa-rupanya, ada kaitan dengan personaliti dan psikologi manusia.   Ramai pakar psikologi setuju, personality traits kita banyak pengaruh cara kita travel. Ni saya senaraikan 7 ciri yang biasa ada pada orang yang enjoy travel dengan strangers: --- 1. Terb...

Memahami Bakal Jodoh Backpack Anda

Ramai yang tegur bila Nampak kita pakai backpack masa nak travel. Tak berat ke? Ok malam ni saya nak cerita pasal backpack.  Disclaimer, info ni basic ya kepada Kawan-kawan yang tak biasa pakai backpack atau yang baru nak belajar backpacking. Kalau dah terer dan banyak pengalaman, tulisan saya ni mungkin tak sesuai untuk anda. Ok kita mulakan. Backpack ni sebenarnya bagi saya, ia bukan sekadar beg. Dia adalah kawan baik kita waktu kuta redah hujan, panjat tangga hostel, tunggu bas kat terminal kecik pukul 6 pagi bila kena menapak 10,000 kaki mencari kat mana stessn Keretapi. Jadi, kalau kita tersalah pilih, memang boleh buat kita rasa nak lempar beg ke laut. Tapi kalau jumpa yang ngam, perghhh... rasa ringan je walau bawa stok 16 kg hidup satu bulan. --- Satu benda penting yang kita kena faham awal-awal:  Backpack tu sebenarnya tak berat mana pun. Yang buat dia berat, selalunya sebab bentuk dan saiz backpack tu tak fit dengan badan. Kalau backpack tu sesuai dengan ...

Ambik diploma dapat elaun bulanan di kolej Mara.

Hari ni newsfeed dipenuhi dengan kesyukuran parent anak mereka ambik results SPM. Tahniah buat semua. Saya cuma nak kongsikan satu peluang melanjutkan pengajian diploma untuk parent yang cari pilihan pengajian yang lebih murah. Atau nak elakkan anak dia berhutang dengan PTPTN.  Cuma ini untuk kawan-kawan berbangsa bumiputera sahaja. Maaf untuk bukan bumi. Ada rangkaian kolej MARA, namanya Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Mereka tawarkan banyak pengajian diploma yang berasaskan kemahiran. Yang bestnya, - yuran masuk pengajian cuma RM500 - asrama percuma - dapat elaun dalam RM300 sebulan.  - bukan pinjaman MARA ya.. tapi memang elaun yang diberi oleh MARA dan kos pengajian yang lain serta kos asrama memang mara tanggung. Ada dua anak sedara saya belajar di KKTM. Sorang dah habis belajar pun di KKTM Sri Gading di Parit Raja. Dia ambik bidang teknologi kejuruteraan bangunan (teknologi hijau). Sorang lagi sedang belajar di KKTM Lenggong. Belajar bidang teknologi makanan. Oleh kerana MA...

Lapar ke...atau haus je sebenarnya?

Pernah tak, rasa lapar sangat... Tapi lepas minum air je, terus tak rasa apa-apa? Tadi saya rasa lapar gila. Padahal baru sejam lepas makan. Perut pun tak berbunyi, tapi tangan ni macam nak capai makanan je. Saya cuba minum segelas besar air. Tunggu dalam 10 minit. Eh, rasa lapar tu hilang? Terus saya teringat... Orang selalu cakap, "Minum air banyak-banyak, nanti tak lapar dah." Sebenarnya ada sebab saintifik kenapa ini berlaku. Dalam otak kita, ada satu tempat nama dia hypothalamus — Hypothalamus ni jaga dua benda: rasa lapar dan rasa haus. Kadang-kadang bila badan kekurangan air, hypothalamus boleh tersilap hantar signal. Buat kita rasa macam lapar, padahal badan sebenarnya dehydrated je. Sebab tu, bila kita minum air, "lapar" tu hilang. Bukan sebab kita kenyang. Tapi sebab badan dah cukup air. Moral of the story: Kalau tiba-tiba rasa lapar, cuba minum air dulu. Kalau lepas tu rasa lapar hilang, confirm tadi badan kita cuma minta AIR. ---  Pernah ada ...

"Mati atau Lumpuh, Duit Tetap Jalan."

Ramai ingat, hibah takaful ni bayar bila mati je. Padahal, kalau kita masih hidup tapi tak upaya kekal, duit pun tetap masuk. Hilang upaya kekal (TPD) tu apa? Senang je ... Bila badan kita dah tak boleh berfungsi macam biasa.  Contoh: Hilang dua tangan, atau Hilang dua kaki, atau Hilang dua-dua mata, atau Kombinasi tangan + kaki / tangan + mata / kaki + mata. Ataupun, kita masih cukup anggota tapi dah tak boleh buat benda asas hidup macam: Pakai baju sendiri Bergerak dari bilik ke bilik Masuk keluar katil Mandi basuh badan Kawal buang air Makan sendiri Kalau kita tak boleh buat 3 benda daripada senarai ni tanpa bantuan, kira layak claim TPD. Tapi ingat: Cover TPD ni sampai umur 70 tahun je. Takaful tak cover kalau kecederaan tu sebab benda-benda macam cuba bunuh diri, buat aktiviti ekstrem, jenayah, atau perang. Jadi, jangan ingat ambil hibah takaful ni untuk bila kita dah mati je. Kita ambil juga untuk masa kita masih hidup, cuma dah hilang upaya dan tak nak menyusahka...

Rezeki Waris, Tak Tinggal Sehelai Sepinggang

Ramai yang fikir nak ambil hibah bila dah ada duit lebih. Atau bila hutang dah habis. Tapi kalau sekarang pun duit cukup-cukup makan, macam mana kalau tiba-tiba hilang sumber pendapatan? Macam kes ni, client ni baru je ambil hibah. 10 hari lepas tu, berlaku sesuatu yang tak dijangka.  Tapi sebab dia dah buat keputusan awal, waris dapat lebih RM400,000. Duit ni jadi penyambung rezeki untuk anak-anak teruskan hidup tanpa beban kewangan. Tak perlu tunggu kaya baru nak buat hibah.  Sekarang kita ada promosi sampai hujung bulan. Dengan bermula RM40 sebulan pun dah boleh ambik perlindungan untuk tinggalkan sesuatu buat keluarga.  Kalau tak ada apa-apa berlaku, ada cash value. Boleh dapat wang tunai pula. Perlindungan+ simpanan. Nak tahu macam mana hibah takaful boleh bantu lindungi waris?  Boleh wassap saya ya. 0123547636 Atau klik link wassap ni wassap.my/60123547636/hibahtakaful 

Kadang-Kadang, Saya Tipu Masa Travel Solo

Bila saya travel solo, ada satu soalan yang selalu muncul, terutama dari pemandu tuktuk,  teksi motor atau pemandu beca. Soalannya adalah... ( Selepas diterjemah ke bahasa melayu..) "Sorang ke?" Jawapan saya jujur? Ya, saya travel seorang. Tapi biasanya akan ada soalan susulan.  "Suami mana?" Haaa kat sini akan muncul jawapan bohong sunat. "Oh, suami kerja, tak dapat ikut travel." Hehehe.... Bukan sebab saya takut atau fikir yang bukan-bukan. Tapi kadang-kadang, lebih senang macam tu. Sebab kalau saya cakap saya single dan travel solo, terus ada sesi soal jawab yang panjang: "Oh, belum kahwin? Kenapa belum kahwin?" "Tak ada boifren ke?" "Tak risau travel sorang?" Dan kalau di negara yang pemikirannya lebih konservatif, lagi panjanglah topik tu. Dari “tak kahwin lagi?” boleh berkembang jadi sesi motivasi kahwin dan contoh-contoh tauladan jiran tetangga dia yang berkahwin. Kadang-kadang saya okay je nak sembang. Tapi...

Travel bukan perawat, tapi jeda.

Travel Bukan Perawat, Tapi Jeda Aku dah lama sedar—travel bukan ubat. Dia tak ada kuasa magik untuk sembuhkan hati yang retak, atau pulihkan luka yang dalam.  Tapi travel ada satu benda yang sukar nak dapat dalam kehidupan biasa: jeda. Jeda dari rutin. Jeda dari suara yang terlalu bising dalam kepala. Jeda dari perasaan yang bersimpul-simpul, yang dalam kehidupan biasa mungkin terlalu berselirat untuk dirungkai. Bila aku travel, aku rasa masa seolah-olah berhenti sekejap. Aku tak perlu kejar deadline. Tak perlu fikir apa orang nak kata. Tak perlu pura-pura okay.  Aku hanya perlu berada dalam momen—di sebuah kota asing, di tepi pantai yang belum pernah aku jejak, di sebuah kedai kopi kecil yang sunyi, memerhati hidup orang lain sambil cuba memahami hidup sendiri. Sebab itu, masa travel, aku suka baca buku self-help atau buku tentang self-love. Masa kita terjeda, minda lebih terbuka untuk menyerap sesuatu yang baru.  Kalau dalam kehidupan biasa kita hanya ulang-ulang skrip ...

Seni Mengimbangi Attach dan Detach dalam Hubungan (Termasuk Friendship)

Dalam hidup, kita akan jumpa orang yang buat kita rasa selesa, seronok berbual, dan terasa ada connection yang baik. Tapi tak kira dalam hubungan cinta atau persahabatan, ada satu perkara penting yang kita kena faham—bagaimana untuk mengimbangi antara attach dan detach .  Kalau kita tak kawal keseimbangan ni, kita mungkin akan terperangkap dalam hubungan yang tak sihat atau merasa terlalu terbeban dengan perasaan sendiri. 1. Fahami Kenapa Kita Attach Kadang-kadang, kita tak perasan yang kita terlalu melekat pada seseorang. Kita seronok berbual, berkongsi cerita, dan akhirnya kita letak harapan bahawa mereka akan ada untuk kita setiap masa. Ini normal, sebab manusia memang suka connection . Tapi, bila kita terlalu attach , kita mula letak expectation tanpa sedar—contohnya, kita harap mereka akan balas mesej cepat, selalu ada untuk kita, atau tak berubah dari cara mereka sebelum ni. Tapi realitinya, manusia ada hidup mereka sendiri. Bila mereka sibuk atau tak dapat b...

Kalau nak meninggal, meninggal sekarang. Jangan meninggal selepas tu.

Ada banyak kes lelong. Rumah terpaksa dilelong sebab suami meninggal dunia. Selama ni rumah yang keluarga ini duduk, suaminya bayar ansuran. Isteri tak bekerja. Tiba-tiba suami meninggal dunia. Isteri ingat, boleh duduk je rumah ni dengan anak-anak.  Tapi, rupanya hutang rumah ni belum settle. Suami tak ambik mrta / mrtt yang cukup untuk baki hutang rumah. Untuk yang belum jelas, mrta (insurans konvensional) atau mrtt (takaful) adalah perlindungan yang diambil oleh peminjam loan rumah untuk cover baki hutang rumah sekiranya meninggal dunia. Let say loan ada lagi 10 tahun. Insurans atau takaful dah kira anggaran berapa baki hutang jika tinggal lagi 10 tahun. Baki hutang tu syarikat insurans atau takaful akan bayar. Tapi disebabkan bank tak wajibkan peminjam ambil mrta / mrtt, ada ramai peminjam yang tak ada ambik perlindungan ni. Ada juga yang ambik mrta untuk tempoh yang lebih pendek dari tempoh pinjaman. Loan 30 tahun, tapi ambik mrta / mrtt cuma 15 tahun. Sebabnya? Kelayakan loan...